Thursday 28 February 2013

Masuk Sem Baru ^^


Assalamualaikum w.b.t :D


Hai korgs korgs! Lame tak update ni meyh. Little bit busy. Semalam hari last aku keje. And hari ni free beb! :) Ngehehehe. Tapi dah nak kene balik segamat :( Benda tu mmg selalu berat je hati aku nak buat. Lisa ngn Aisyah ajak balik esok. Tapi rasa cam nak balik hari ahad. HAHA. Tumpang org kene la ikut hari dan waktu dieorang. So, mana-mana pun still kene lik Segamat kan? wuuuuu :(

Isnin ni dah start kelas. Maka mulalah kehidupan aku sebagai pelajar semula selepas hampir 2 bulan aku bercuti. Di harap sem baru ni, aku akan lebih semangat tok blaja. And dpt result yg lebih baik dari sem ni. First class honor for degree should be in my hand! jyeaahhhh :)

Walaupun aku tahu, dugaan sem baru ini pasti akan lebih hebat buat aku tanpa abang disisi. Aku kene belajar berdikari tanpa harap pada sesiapa. Jika dulu ada abang tempat aku bergantung. Sekarang? Belajarlah hidup diatas kaki sendiri. Aku pasti boleh.

Sepanjang cuti ni sempat la aku shopping dengan mak. Alaaa, cuma beli 2 helai tudung, kain labuh and kasut! Ngehehehe. Kemeja tak cari lagi ni. Adoyyy, susah betol jadi pmpuan ni. Macam-macam kan? Tak lame lagi dapat voucher buku. Hurms, mulalah aku dok pk nak beli novel ape. Hihi

Apa pun dugaan yg mendatang, aku pasti boleh hadapinya dengan adanya mak ngn abah :) Dengan adanye rakan-rakan seperjuang dan tak lupa pada BFF tersayang ! me love you so much! :)

Wish me luck korgs. Much love. xoxo

Thursday 21 February 2013

Chocolate Cheese Cake. Sedap? ;)

Assalamualaikum.Selamat Malam semua :)

Dinner dah sume? ngee. Mestilah dah kan, dah pukul 11 malam pun. Hehe. Okay ari ni aku nak share ngan korang resipi chocolate cheese cake. Sape penah makan mesti taw rase die kan? Lagi lagi kalau orang yg giler cheese. Terasa kelemakannye! ngehehehe

Actually ade sorang kawan yg request resipi ni. Ini tok HANG okay! :)

Oryte. First aku nak ajar buat base dulu. Untuk yg bawah. Ngee

Bahan-bahan yg korang perlukan Make sure kat umah ade timbang bahan-bahan ye!

  • 100gm Tepung Gandum
  • 50gm Serbuk Koko
  • 1 sudu kecil Baking Powder
  • 1 sudu kecil Soda Bikarbonat
  • 180gm butter
  • 180-200gm gula. yg biasa taw, bukan yg ising
  • 2 biji Telur
  • 1 sudu besar Aisin Vanila
  • 200ml Susu Cair. Aku guna Ideal.
Cara-caranya? Mudah je. Hehehe


Okay, first sekali korang campurkan dulu tepung, serbuk koko, baking powder and soda bikarbonat sekali. Gaulkan sampai sebati. Lepas tu, dengan menggunakan mixer, korang pukul mentega dengan gula sampai naik. Naik tak? Hehe. Agak-agak dah okay tu, korang masukkan telur. Pecahkan satu per satu ye. Dah? Okay, pukul lagi dalam seminit dua. Dah abes pukul belum? Kalau dah, masukkan pulak tepung and bahan-bahan lain yg korang dah mixed masa awal-awal tadi. Masukkan sikit-sikit. Pukul sampai sebati okay! Then, last sekali korang masukkan susu cair. Kali ni tak bolehlah guna mixer tu, kang habes percik air susu tu. Guna senduk kayu k? Hehehe -.-

Sekarang, bahan-bahan untuk buat yg cheese pulak. Woot woot 

  • 250gm Cream Cheese
  • 70gm gula yg dah di blend. caster sugar tuuu
  • 1 biji Telur
  • 1 sudu besar Aisin Vanila
  • 65gm Sour cream. Tade pun tak ape. ngee
Cara nak buat ni? Lagi la mudah. Hihihihi

Korang campur je sume bahan-bahan tu. Then gaul sebati. Tapi masuk satu-satu tau. Jgn hentam masuk semua sekali gus. Hehehe

Skang masa untuk membakar sampai terbakar. Hehehe
Korang guna oven ke guna pembakar kuih yg kat gas tu? Haaaa, p cek tgok.
Kalau yg guna oven, first korang kene masukkan and bakar yg coklat tadi. Suhu dalam 170C. Agak-agak da separuh masak, korang masukkan pulak yg cheese tu. Then bakar dalam 40 ke 45 minit. Suhu turunkan ke 150C.

Tu kalau guna oven. Bg yg tak biasa guna oven. Biasa guna yg bakar kat gas tu, lebih mudah kot. Cuma agak lambat nak dibandingkan kalau guna oven. Caranye sama je. Cuma masa and suhu tu, korang adjust2 la ye. Kene rajin cek. Hee

Kalau korang tak nak cheese tu ade kat atas setepek, korang nak die bercampur-campur, korang boleh letak cheese tu masuk dalam coklat tu lepas 20 minit. Hasilnye berbeza taw! :)

Atas tu, terpulang la korang nak letak chocolate chip kee, chocolate rice ke. Ikut kreativiti and cita rase masing-masing okay?

Tadaaaaaaa!
Terasa cam nak buat esok la! Hee~


Done, Selamat Mencuba! ^____^

Sunday 17 February 2013

Sedikit Rasa Gembira

Assalamualaikum :)

Seminggu sudah arwah abang tinggalkan kami semua. Kami redha dengan segala yg Allah dah tentukan. Aku yakin dan pasti ada hikmah disetiap apa yg berlaku. Sebab Allah itu maha Adil, maha mengetahui. DIA tahu apa yg terbaik untuk hambanya. Ada orang lain diduga lebih hebat dari dugaan yg kami terima. Apa yg pasti, setiap yg jadi, membuat aku jadi lebih kuat dan matang. Menyedarkan aku siapa kawan, siapa sahabat dan siapa teman. Aku redha... Jika ini yg terbaik buat kami, aku redha seredhanya. Aku cuba menjadi kuat sekuatnya di depan semua orang. Hati aku biarlah hanya Allah yg tahu.

15 Februari ari tu, result keluar. Ya Allah, aku berterima kasih padaMu atas rezeki yg KAU berikan. Aku mmg tak expect langsung dgn result yg aku dapat. Alhamdulillah sgt sgt. Orang pertama yg aku bgtahu mestilah emak. Emak terus peluk aku. Ya Allah, aku terharu sgt sbb aku dapat buat emak senyum disaat hati emak dan abah sedang berduka. Ini hadiah untuk emak dan abah. First class honor for degree? InsyaAllah. I will make it for you, mom and dad! :)


Betul lah kata orang, disebalik awan yg mendung, Allah bagi pelangi yg indah. Tapi jujur aku sangat rindukan abang. Aku masih trase di awang-awangan. Tapi aku kene redha. Aku kene terima. Ku tahu ku adaMu Allah. Semoga aku kuat untuk emak, abah dan kak Ila :) InsyaAllah.

So, itu je yg aku nak share setakat ni. Selamat malam semua! xoxo :*

Tuesday 12 February 2013

Moga Kau Tenang Disana :(


Assalamualaikum sahabatku semua. 

11 FEBRUARY 2013 telah mengubah kehidupan kami sekeluarga....

Seminggu sebelum kejadian (Hari terakhir aku jumpa abang)

Minggu tu abg dengan kak ila, keje shift malam. Balik pagi tu, dia tunggu aku kat tempat keje untuk amek moto. Dia isikan minyak moto full. Tengahari tu dia amek aku balik tok makan kat uma. Lepas tu, aku tak jumpe dia, sbb aku balik malam, dia dah pegi keje. And kebetulan minggu tu dah masuk turn umah kak Ila plak. Itu laa terakhir kalinye aku berjumpa dengan abg aku :(

Hari Kejadian. (Jam 10 pagi)

Hari tu abg dgn kak ila masih bercuti (CNY). Kebetulan minggu tu, mereka keje shift pagi. Jadinye, turn duduk kat rumah kak ila. Pagi tu, abah hantar aku pegi keje macam biasa. Tapi malam sebelum malam kejadian, sebelum aku tydo, aku tiba-tiba teringat satu ayat dari kawan sekolah aku. "Setiap pertemuan ada perpisahan. Kalau tak hari ini, pasti dipisahkan dgn kematian". Malam tu aku seakan-akan memberitahu pada diri sendiri agar sentiasa bersedia dengan kematian. Lebih kurang jam 10 pagi, waktu tu aku tengah serve customer. Tiba-tiba aku nampak kelibat mak dengan abah dtg arah aku dengan tangisan. Aku tengok abah sangat kelam kabut and aku melihat air mata mak mengalir laju. Aku bingung, perasaan jadi tak menentu. Aku siapkan keje aku secepat mungkin. Lepas siap, aku terus pergi ke arah mak. And smpai ke hari ini, ayat tu masih terngiang-ngiang dalam kepala aku. "Abang dah tak ada!"
Masa tu air mata aku terus mengalir laju tanpa aku pedulikan orang sekeliling. Dunia aku jadi gelap. Aku seakan tak percaya dengan apa yg aku dengar. Kami terus bergegas pulang kerumah, menunggu kepulangan jenazah yg akan dibawa dari Serkat.

(Jam 1.00 tengahari)

Rumah semakin ramai. Kami masih menunggu van jenazah yg masih belum sampai. Air mata aku tak berhenti mengalir. Aku betul-betul trase sesak nafas. Lebih kurang pukul 1.20, van jenazah sampai. Aku melihat sekujur tubuh yg kaku dibaringkan. Aku macam tak percaya apa yg aku nampak. Aku tak sedar yg aku telah meraung. Aku tengok kak ila menangis tersedu-sedu. Aku nampak kelibat akak yg baru sampai. Aku terus peluk akak, dan air mata kami tak mampu nak dibendung. Kami berempat memang sangat rapat. Aku tengok mak masih menangis, tapi masih mampu tersenyum melayan ragam manusia sekeliling.Tabahnya ibuku!

Selepas jenazah siap dimandikan, dikapankan semua, kami dibenarkan untuk mencium jenazah buat kali terakhir. Aku menggigil, Aku tengok wajah abang senyum, tak berubah langsung, sama seperti dia tidur. Aku mencium berkali-kali, seakan tak nak melepaskan. Aku dengar suara yg suruh aku bertenang. Masa abah cium jenazah abang, abah rebah. Aku terus peluk abah. Ini kali ke3 aku melihat abah menangis teruk selepas arwah Uncle and atok. Tapi pemergian abang seakan memberi impak yg sgt besar buat kami.

(Jam 3 ptg)

Jenazah dikebumikan, Aku mengiringi jenazah dengan kak ila dengan menaiki van. Mereka yg lain sendiri. Sampai je ditanah perkuburan, hujan turun rintik-rintik dan semakin lebat. Hujan yg turun terasa sayu seperti turut berasa kesedihannya.Tiada guruh, tiada kilat, hanya kesayuan. Mengiringi pemergian abang buat selamanya :(

(Hari Kedua)

Kami masih terasa kehilangan. Suara abg masih terngiang. Tade lagi yg akan ganggu tidurku, tade lagi yg akan jadi teman aku bergaduh. Dia satu-satunya abg yg aku ada. Aku lemah sangat. Aku seakan tak percaya. Tapi aku kene redha. Allah lebih sayangkan abang :(
Petang tu masa kak ila tengah angkat jemuran, dia bgtahu kat akak and mak, ada bau wangi. Bau setanggi. Tapi bila mak dengan akak dtg cium kain-kain tu tade bau pun. Kata mak, mungkin arwah abang dtg temankan kak ila. Sbb selalunya, tiap-tiap petang mmg abang akan temankan kak ila kat belakang buat keje. Sayunya hati,

Cerita Kak Ila.

"Malam tu, abg okay sangat. Tak ada tanda-tanda yg pelik. Cuma sehari sebelum kejadian, petang tu, kteorang ada pusing-pusing naik moto. Abg sempat pesan, jaga baby baik-baik. Jangan buat keje berat-berat. Pagi tu, abg mmg pelik. Bangun je tak penah2 dia bukak tingkap, dia bukak tingkap. Dia tengok luar. Lepas tu dia pergi toilet. Balik dari toilet tu, akak panggil dia, dia buat tak tahu je. Lepastu dia baring balik. Banyak kali akak panggil, dia buat tak tahu je. Lepas tu, akak tengok dia tak sedarkan diri. Akak terus bawa dia g klinik and doktor sahkan dia memang tak boleh nak diselamatkan."

Cerita Abah.

"Pagi tu abah anta adik pergi keje mcm biasa. Lepas tu abah lepak minum kat kedai Arsad. Baru nak minum, Ila call kate Eddy dah tak ade. Astaghfirullah. Terlepas cawan kat tangan, tumpah semua, pecah. Kawan-kawan kat kedai semua tenangkan abah. Abah terus cepat-cepat balik rumah nak bgtahu emak."

Cerita Emak.

"Pagi-pagi tu dapat call kate Ajim pengsan, mak dah tak sedap hati. Mak pun buat sembahyang hajat. Banyak kali telefon bunyi, mak tak angkat. Lepas tu mak call balik nombor Kak Ila, tapi Doktor yg agkat. Die kate anak makcik dah tak ade. SubhanaAllah. menjerit terus. Terus call akak, amek adik keje. Lepas tu baru dapat call kak ija."

Cerita Saudara-Mara.

"Tak sangka Ajim pegi dulu. Budaknye baik. Diam aje. Pergi ni pun tade susahkan sape-sape. Senang sangat. Mudah-mudahan dia tenang kat alam sana. Allahuakbar."

Ye, abang memang seorang yg pendiam dengan orang yg dia tak rapat. Tapi dia seorang yg sangat periang and manja dengan kami semua. Dengan adik-beradik, dengan mak. Perginya abang dalam hidup kami, peritnya hanya Allah S.W.T yg tahu. Aku betul-betul lemah. Tapi aku tahu, sesedih sedih aku, sedih lagi mak dan kak ila. Abg sempat tinggalkan zuriat dalam perut kak ila. Itulah satu-satuye harta yg paling bernilai. Dia tinggalkan kasihnye untuk kami. Ya Allah. Kata orang, 44 hari sebelum kita meninggal, kita dah nampak bayang Malaikat. Bila dikira 44 hari dari abang meninggal ialah dari tarikh sehari selepas abg diijabkabulkan dengan kak ila. Mungkin sebab tu die seboleh-boleh nak kahwin awal. Tercapai jugak hajat dia nak kahwin dengan kak ila.

Eddy Azimad Bin Md Amin,  abangku.. Kau permata AZIMAD kami buat selamanya :(

Ya Allah, ya Tuhanku. Kau terangilah "rumah" abangku. Tempatkan laa dia dikalangan orang-orang yg beriman. Aku berdoa padamu ya Allah, semoga arwah abang tenang disisiMU..Dan aku berdoa padaMu ya Allah, kau berikanlah kekuatan pada kakak iparku, pada kedua ibu bapaku, pada adik-beradikku dan juga pada diriku. Semoga kami tabah hadapi ujianMu ya Allah. Kami tau Kau menyayangi kami kerna itu Kau menguji. Terima Kasih Allah. Al-Fatihah.....

Sunday 10 February 2013

Sunyi & Sepi



Sunyi..
Aku sunyii..semenjak kau pergi,
Idupku bagaikan tiada erti..
Tiada lagi gelak tawamu yang menghiasi hariku..
Tiada lagi dendangan suaramu di malam hariku..
Tiada lagi gurau senda dan jenakamu..
Tiada lagi leteran kedegilanku..
Tiada lagi yang mengisi masa masa kekosonganku…

Sepi..
Hatiku sepi bila tiada kau disisi,
Pergi menjauh dari idupku..
Sepi bila tiada yang memegang erat jemariku..
Sepi bila tiada yang membelaiku..
Sepi bila tiada yang risaukanku..
Sepi bila tiada yang menegur silapku..
Sepi bila tiada yang menjaga dan membimbingku..
Dulu, kau umpama bulan yang menerangi kegelapan hidupku..
Dulu, kau umpama bunga yang sentiasa mekar di hatiku..
Dulu, kau umpama pelangi yang mewarnai kekosongan hidupku..

Kini, kau ibarat kaca yang mencalar kehidupanku..
Kini, kau ibarat belati yang menghiris hati kecilku..
Kini, kau ibarat racun yang menghancurkan diriku..
Siapa pun dirimu, ku hanya ingin kau tahu..
Diriku teramat mencintaimu..
Jika mencintaimu satu jenayah,
Aku rela andai dihukum 1000 tahun sekali pun..
Jika mencintaimu satu kesilapan,
Izinikan aku untuk terus sesat sepanjang hidupku..
Kerana ku tahu,
Walau apa pun alasanmu, diriku masih dihatimu..
Ku akan tetap menunggumu sehingga akhir hayatku..
Biarlah aku sunyi dan sepi,
Asalkan ada dirimu untuk aku terus mencintai sehingga tarikan nafasku yang terakhir !

# Err, Ianya tak ditujukan untuk sesiapa. Saje berjiwang malam-malam. Achheeewwwaahhh. Actually benda ni da lame aku karang, tapi baru hari ni terdetik nak share. Muehehehe. Okay, nak tydo daaa. Sebelum tydo jgn lupa basuh kaki, cuci muka. And paling penting, doa tydo! jyeeeahhh. xoxo :) Assalamualaikum and selamat malam :D


Friday 8 February 2013

BR1M yg ke2

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia :)

Actually aku tengah rehat and ini adalah cerita semalam. Tapi memandangkan aku ade sedikit masa lebih, so aku nak share ngan korg sikit. Hee :)



Mesti semua pun tau kan ape itu BR1M? BR1M ialah Bantuan Rakyat 1 Malaysia yg diperuntukkan oleh Perdana Menteri kita kepada golongan yg kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah. Especially untuk mereka yg tinggal di kawasan luar bandar. BR1M sudah dilaksanakan sebanyak dua kali. Sekali pada tahun lepas dan kali kedua adalah tahun ini.

Semalam, mereka yg namanya berada di dalam kelompok pertama kawasan Zon Benut telah menerima wang sebanyak RM500. Seawal jam 8 pagi, mereka telah menghadirkan diri ke dewan serbaguna untuk mendapatkan bantuan yg telah dihulurkan. Melihat pada nilai RM500, ada yg berpendapat ianya terlalu sedikit. Memandangkan kos perbelanjaan sara hidup sekarang sangat tinggi. Tapi pada mereka yg tinggal di kawasan luar bandar, RM500 terlalu bernilai pada mereka. Dengan wang sebanyak tu, mereka mampu untuk membeli semua kelengkapan yg diperlukan.

Gambar Sekadar Hiasan
Tak dinafikan, program BR1M ini telah mendapat sambutan yg luar biasa dari rakyat Malaysia. Ada yg bersetuju, ada pula yg membangkang. Tapi pada aku, usaha yg Perdana Menteri kita buat perlulah dihargai. Sekurang-kurangnya dia mencuba untuk memberi pelbagai kemudahan kepada kita rakyat Malaysia. Terima Kasih PM :) Kelompok kedua dijangka akan menerima bantuan pada 2 minggu lagi atau bulan hadapan. Jangan risau, insyaAllah semua akan dapat. 


Ape-ape pun semoga pemerintahan PM boleh kita terima selagi dia menjalankan tanggungjawabnye sebagai pemimpin. Cuma berharap semoga satu hari nanti, Malaysia dapat mengamalkan hukum hudud seperti yg Islam sarankan. InsyaAllah ^_^

Monday 4 February 2013

PENGECUT

Okayy skang da pukul 12.14 malam. And actually aku baru lpas on call dgn BFF aku yg sorg ni. Cerita ini ditujukan untuk dia yg bernama LELAKI.

Buat dia yg bergelar Adam. Wahai kaum Adam sekalian,
Tahukah awak, awak kelihatan seperti seorang pengecut bila awak melepaskan tanggungjawab awak mcm tu je?
Tahukah awak, awak kelihatan sangat pengecut bila meninggalkan Hawa yg awak sayang tanpa sebutir bicara pun?
Tahukah awak, awak kelihatan seperti seorang pengecut bila awak hanya berdiam diri dan tak mampu berkata-kata?
Tahukan awak, awak kelihatan seperti seorang pengecut bila awak meletakkan salah sendri atas orang lain?
Tahukah awak, awak kelihatan seperti seorang pegecut bila awak seboleh-boleh pertahankan ego dan seboleh-boleh menegakkan benang yg basah?

Kalau awak seorang lelaki yg bertanggungjawab, tak kan awak sesekali melalaikan tanggungjawab awak sebagai seorang lelaki? Mana perginye tanggungjawab tu hilang?
Kalau awak seorang lelaki yang budiman, sanggup ke awak membiarkan gadis yg awak sayang, yang awak kasihi, terkapai-kapai sendirian? Mana perginya sifat kepimpinan yg harus ada pada seorang lelaki? Bukan ke tugas lelaki untuk membetulkan apa yang salah pada gadisnya dan membimbingnya kembali ke jalan yg betul? Tapi kenapa dibiarkan gadis itu terus silap tanpa sepatah perkataan pun?

Ye, aku tau tak semua lelaki tu sama. But most of them are like that. Come on guys, even korang cuba pertahankan ego tu, tapi boleh dilihat... hati lelaki pun sama lembut seperti perempuan. Bezanya, lelaki pandai menyembunyikan apa yg ada dalam diri dan berpura- pura. Most of them, not all.

Memang dalam percintaan, tak semestinya hanya lelaki yg salah. Perempuan pun mungkin ada yg lebih teruk. Just boleh berdoa semoga kita semua dilindungi hatinya dari kerapuhan dan kekecewaan. Semoga kita mendapat jodoh yg baik. InsyaAllah.

Kerana seseungguhnya, Cinta sejati hanya Cinta pada ALLAH S.W.T yg abadi dan hakiki :)


Friday 1 February 2013

Sahabat ^^

Assalamualaikum Si kacak dan Si cantik!


Buat SAHABAT :)
Buat mereka yg ku gelar Sahabat.
Aku mungkin bukan sahabat yg sempurna, dan tak mampu jadi yg sempurna.
Namun, disebalik kekurangan yg ada, aku sentiasa bersedia tok ada disisi korg :)

Aku mungkin tak mampu nak selesaikan segala masalah korg,
Tapi aku berjanji untuk mampu melegakan :)
Aku mungkin tak mampu nak mencoret banyak kebahagiaan dalam idup korg,
Tapi pasti aku mencuba untuk memadam segala kedukaan :)
Sahabat Sejati DiMana jua.
Korg adalah insan insan teristimewa dalam sebuah kehidupan ini.
Menceriakan dan melengkapkan segala kekurangan dalam diri.
Aku sentiasa berdoa semoga ikatan persahabatan ini akan terus kekal abadi selamanya.
Dear Sahabat,
Aku berjanji aku akan cuba sedaya dan semampu untuk terus gah disisi korg walau badai dtg melanda.
Biarkan ikatan persahabatan ini terus tersimpul mati.
Dan hati ini akan terus menyayangi dia yg bernama sahabat!
Much Love : Fara ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...