Wednesday 28 August 2013

PABLO AIMAR main untuk JDT?

Assalamualaikum! =)

Haaaa sape yg minat bola for sure kenal kan sape Pablo Aimar tu? International footballer pulak. Kalau kata minat bola tapi tak kenal, parah tu parah.


credit to Google Image

Haaa pada sapa yg tak kenal Pablo Aimar, ini lah orangnyee ketika muda. Macho kan? Haaa ni baru kat luar, kalau tengok die beraksi dalam padang lagii umppphhh! 

Bekas pemain Argentina ini dikatakan akan bermain untuk pasukan Johor Darul Takzim pada season depan (2014) sebagai pemain tengah (midfielder). Berita ini pastinya menggembirakan peminat bola sepak terutamanya penyokong-penyokong JDT sendiri. (sayalah tu) hihihi. Thanks TMJ! Ramai yang tertanya-tanya kenapa Pablo Aimar memilih untuk bermain dengan JDT sedangkan beliau ada mendapat tawaran yang lebih lumayan dari Dubai dan Brazil.

Beliau hanya tersenyum ketika soalan ini diajukan kepadanya. Katanya lagi, keputusan untuk bermain bersama JDT adalah kerana sebelum ini beliau pernah tiba di Johor dan beliau sangat sukakan suasana kehidupan di Johor dan merasakan tempat itu sesuai untuk beliau serta keluarganya. Untuk pemain professional seperti beliau, wang ringgit bukanlah segala-galanya. Ditambah lagi, beliau juga memilih untuk bermain bersama pasukan Johor kerana penyokong Johor sendiri. Tidak banyak pasukan didunia ini yang mempunyai penyokong seperti penyokong Johor dan ia merupakan satu penghormatan untuk beraksi dihadapan mereka.

credit to Google Image

Acece sape la yg edit pic ni mesti eksaited macam kite jugak! Hahaha. Tapi dengar-dengar Nunez dgn Safee Sali dah tak main lagi untuk JDT musim depan. (Sedih) Jasa korang tetap dikenang. Saya penyokong Johor tetap bersama Johor. Go JDT! Thanks TMJ =)



Monday 19 August 2013

Jangan Menunggu........ :D

Assalamualaikum. =) Nak share something. Terjumpa dekat internet and sangat menarik hati. Renungkan :)

Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah maka kamu akan bahagia.

Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah maka kamu akan semakin kaya.

Jangan menunggu orang peduli kamu baru kamu nak peduli, tapi pedulilah dengan orang lain juga, maka kamu akan dipedulikan.

Jangan menunggu rezeki baru bekerja, tapi bekerjalah maka rezeki akan menunggu kamu.

Jangan tunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai maka kamu akan dicintai.

Jangan menunggu berjaya baru kamu bersyukur, tapi bersyukurlah maka bertambah kejayaan kamu.

Jangan menunggu bersemangat baru melakukan, tapi lakukanlah maka kamu akan lebih bersemangat.

DON'T WAIT ANYMORE!


A smile can hide thousand pains. Be thankful for everything you have. Never regrets. Be strong. Move on. Live your life happily. ILY. xoxo :)









Thursday 15 August 2013

Gila Novel? Mari Sini ! *kenyit mata*

Assalamualaikum w.b.t =)

Hello, hi, hoi and sewaktu dengannye! sape kat sini suka baca novel angkat kening *kekening* hehehe
Aku memang antu novel and plus aku suke mengarang novel. tetttt.. Nanti aku ada masa aku upload ye cerpen aku. Gaya cam best sgt je. Haha

Bagi mereka-mereka yg gila novel sama cam aku, ni haa aku nak suggest kat korang 2 novel yang pada aku mmg best la. Best sbb apa? Sebab......haaa kene laaa baca entry ni sampai habis :D

Novel pertama yang aku nak korang baca...jeng jeng jeng


Dush3, Projek Memikat Suami. Aku bet mesti ramai antara korang yg da khatam buku ni kan? Ntah2 dah 3, 4 kali. Ye tak? weeehuuu. Novel ni keluar tahun lepas kot. If im not mistaken laa. Tapi aku baru baca buku ni. ngehehe. Mula-mula aku baca novel ni aku tengok cam sama je ngan novel-novel lain sebabnya berkisahkan pasal kahwin paksa. Mesti la rasa cam, alahaii kahwin paksa lagi. Cam dah tade cerita lain je kan? Haaaa tapi novel ni lain. Even ia berkisahkan kahwin paksa, tapi cara penyampaiannya sangat berbeza. Kata orang novel ni agak 'keras'. Tetttt. Hahahaha. Bukan keras hantu tauu. Ngehehehe

Nawwal Husna seorang gadis kecil molek. Dia disuruh berkahwin dengan seorang lelaki yang sama sekali tidak dikenalinya. Dek kerana mahu membantu perniagaan ayahnya, dia menerima lamaran dari keluarga Zahrain Alimin. Zahrain Alimin seorang usahawan muda. Pertama kali mereka bersua muka Nawwal dah pun jatuh hati pada kekacakan Zahrain namun sikap Zahrain yg macam ketul ais membuatnya keliru dengan keputusannya. Diteruskan juga perkahwinan itu demi babah! Sejak hari pertama diijab qabulkan, Nawwal nekad mahu memikat suaminya supaya perkahwinan ini berjaya. Pelbagai usaha yg dilakukan. Memang menarik, kelakar, romantik. Segala rasa ada bila baca novel ni. Aksi-aksi seprti 'butter cream' dan 'now' sangat mencuit hati. Tau tak now tu ape? Haha. Nak tahu kenela baca okay! 

Baru-baru ni dapat tahu yang novel ni akan didramakan! phewwittt *gaya Amy Search*. Tak sabar nak tengoknyaa. Ngehehe. Dikhabarkan pelakon yg akan membawa watak hero dan heroin cerita ni ialah si hero malaya Aaron Aziz and si cantik manis Emma Maembong. Nak tau menjadi ke tak lakonan dyowg, kenelaa tunggguuuuu.....

Korang rasa okay tak? ;)

Sama-samalah kita tunggu kemunculan dieorang ye. :)

Haaaa, novel kedua tu nak tau tak? Novel ini......


Haaa sape penah baca cepat buat gaya alaaa-alaaa anak Tomok yg comel tuhhh. Hahaha comel je korang ni :) Ni laa novelnye, Awek Buku dan Cornflakes Madu!
Nak tau kenapa aku kata novel ni best? Sebab kan korang da boring dengan cerita kahwin paksa.. Haaa kita baca yang ni. Tak ada pun berkisahkan kahwin paksa. Romantik plus sedih ye. Ngehehehe

Penulis menceritakan tentang seorang remaja perempuan yang baya-baya aku ni dilamun cinta dengan seorang jejaka. Kelalaian Zaireen menjaga sebuah bukunya menemukan dia dengan si Arjuna yang lantas menggelarnya sebagai Awek buku. Arjuna atau nama sebenarnya Zaffrul seorang lelaki yang sangat pemalu dalam meluahkan isi hatinya. Tetapi gerak tubuhnya sudah cukup membuktikan cintanya pada seorang gadis. Percintaan yang ingin diakhiri dengan ijab dan qabul hancur berkecai apabila Zaffrul terlibat dalam satu kemalangan yang telah meragut nyawanya. Zaireen kecewa bertahun lamanya lantas membiarkan hatinya tertutup. Kehadiran Ruzaizi si jejaka Cornflakes madu mirip sekali tingkahnya dengan Zaffrul telah mencuri hati Zaireen dalam diam. Namun dek kerana cinta pada Zaffrul, dia mengabaikan rasa hatinya. Siapa Ruzaizi? Apa hubungannya dengan Zaffrul? Sejauh mana Zaireen mampu menahan rasa hatinya? 

Haaa tertanya-tanya kan? Nak tau baca laa. Confirm puas hati. Tapi permulaan cerita dia agak boring kot.. Tapi still menarik. Novel ni pun sebenarnya dah lama. Tapi tak kira nak share jugak. Ehehehe ;p

p/s - ari tu aku abeskan voucher beli novel tapi dikebas sumenye oleh abg ipau aku. Ish3. Sedih. Sobs sobs



Tuesday 13 August 2013

Do you understand?


Kata hati seorang sahabat..aku tak mampu nak puaskan hati semua insan di sekelilingku...tak mungkin aku mampu..Aku juga manusia biasa yg punya hati dan perasaan. Jangan. Jangan ditanya kenapa hati ini merekah. Ada di satu tahap, manusia akan jadi seorang yg sangat sensitif. Dan aku berada di zon itu sekarang. Aku hanya mampu berdoa semoga ikatan persahabatan antara kita akan terus terjalin dan simpulannya tak terbuka. I really love you my dear friends. Dont break it. Enough.

Monday 12 August 2013

BICARA HATI.....

Assalamualaikum :)


Haiii korangsss. Lom terlambat kan nak wish raya kan kan kan? Hee

"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN"


How's your Raya? Mesti best kan? Aku tade la best mana pun. Hari ni da start keje da pun. Haha jadi la kan dari tade cuti langsung. Ye tak? :)

Bicara hati? why3? Kata hati berbisik sesuatu yg sangat merunsingkan hati. Aicehhhh! Ayat gua tak boleh blah. Lately ni banyak sgt benda yg jadi. Memerlukan kesabaran yg sangat tinggi. Alhamdulillah aku masih mampu bersabar. Tapi hati aku umpama ais. Tak mampu dicairkan lagi dan terus membeku. I'm Heartless :) Akan aku terus mengorak langkah ke hadapan tanpa memandang ke belakang. Pray for me Dear. I really need support from someone. A friend maybe. Just wondering where all my friends yg ngaku bff when I really need them? Am I not important as I thought? Move on.

Itu cerita kawan. Cerita family? Aku dah pun berpindah. Start a new life with my beloved family. I really hope everything would be fine. Really tired with all this. Just need some space to have ever after happiness. Always pray for my parents. I really love you mom & dad :) Tade siapa pun yg tau aku pindah and I think tade sape pun yg berminat nak tau. Phewww. Move on.

Practical? Harharhar. Aku happy kat MFI. My new family. Semua orang baik sgt3 :) sudi bagi tunjuk ajar. Tak stress pun. Harap-harap dapat laporan yg baik and dapat A! InsyaAllah :D Move on.

Love? Oh no! Time raya ni la jumpe makcik pakcik sedara mara. Aku pun tak tau la da bape kali soalan kawen tu diajukan kat aku. Calon pun tade camne nak kawen? Ngehehe! My heart still empty and I'm not ready yet to having any serious relationship with anybody. Allah dah pun tetapkan jodoh kite. Dah ade nama di luh mahfuz. Hanya serahkan pada DIA sebaik-baik perancang. Berdoa dan terus berdoa. InsyaAllah :) Move on.

Sambung koje. Bicara Hati seterusnya akan bersambung. Hiks. xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...