Monday 25 November 2013

Cerita Hujung Minggu

Assalamualaikum =)


Biasa laa bila hari isnin je jadi malass sangat..Rasa mcm cuti 2 hari tak puas.. Hehe

Hujung minggu hari tu korang buat ape? Dok uma ke jalan-jalan ke atau kene kerja? Heee

Aktiviti aku? Hehehe.. Disebabkan sekarang ni dah berhenti buat part time, hujung minggu sangat free. Ape lagi, bersiar-siar laa. Lama tk berjalan! Hehehe

Acah-acah macam gemok tapi keding!

Okay, semua orang sekarang da start panggil aku kerengga. Rasa cam nak gigit-gigit je dieorang ni.. Da makan banyak pun cmtu gak, still underweight :'( Ada tips nak gemok tak? Heee

Ish tak kan la keluar sensorang kan.. Mestila berteman. Hehe.. 

Bonzer ni! Hahaha ;p

Semestinya aku dengan Ain. Bff dunia akhirat, in shaa Allah. Actually ada watak ketiga antara kami berdua tapi watak itu dirahsiakan. Watak tu bukan dari aku tau, dari Ain. Heee.. Im happy for you my dear. Always pray d best for you. May him is the last one =)

Ni gamba amek kat TS. Rasa cam muda balik pulak bila jalan-jalan cmni. Tgok movie, lepak-lepak =)

Then malam kteowg lepak pantai and ada watak keempat yg ditambah oleh mereka berdua. Siapa? Itu pun dirahsiakan! Hahahaha. 

Ok bye. This weekend viva, so takde la nak berjalan-jalan sgt. Wish me luck! =)





Friday 15 November 2013

Balik Kampung

Assalamualaikum

Heee, minggu ni balik Johor. Tak sabar nak tunggu pukul 5. Ptg ni balik Melaka dulu amek anak buah. Cuti sekolah kan. Budak-budak akan temankan nenek di kampung. Esok pagi baru balik Johor. Yeahhh rindu. Rindu abah, rindu emak. Semoga selamat sampai :)



Thursday 14 November 2013

Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy


ASSALAMUALAIKUM

Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..


Car Boot Sale

Assalamualaikum 



Mai la ramai-ramai kita pakat berniaga. Mengisi masa terluang dihujung minggu. Sambil-sambil tu boleh jana pendapatan. Details semua dah ada dalam gambar. Tunggu apa lagi? :)

Wednesday 13 November 2013

Pertukaran Cuti Umum

Assalamualaikum




JOHOR dengan rasminya telah menukar cuti umum dari sabtu ahad ke jumaat sabtu. Wah! Da macam negeri pantai timur. Tapi rasanya ini adalah idea yang baik since sebenarnya dalam islam pun memang jumaat adalah hari yg baik untuk cuti. Jumaat kan penghulu segala hari.

Alhamdulillah Johor dah melangkah ke satu arah yang lebih baik. Terima kasih kerajaan johor, terima kasih Sultan, terima kasih semua. Saya bangga jadi rakyat Johor :D

Tuesday 12 November 2013

Super Friends Giveaway by Aina, Afiqa & E

Assalamualaikum =)

KLIK BANNER

Bila owner GA ni invite terus je rasa eksaited. Sebab pasal friendship! =)

Actually apa yg diharapkan dalam sebuah persahabatan? Kalau ikut fara, apa yg fara harapkan dalam sebuah hubungan adalah keikhlasan. Tak kira la hubungan apa sekali pun, keikhlasan adalah asas yg paling penting.

Kenapa keikhlasan? Sebabnye, bila hati kita sentiasa ikhlas, kita tak kan pernah merungut bila disusahkan, kita yg terlebih eksaited bila org kita sayang gembira. Dari keikhlasan akan lahir sendiri rasa sayang, akan lahir sendiri kejujuran dan juga kesetiaan. InsyaAllah, tidak akan ada rasa terpaksa dalam diri. Malah sentiasa bersedia untuk harungi susah senang bersama.

Marilah kita sama-sama mengekalkan persahabatan yang terjalin dan jgn biarkan tali yg tersimpul rapi itu terlerai!


Faiz, Why & Iena menjadi pilihan!

Salam ukhwah fillah :D







Thursday 7 November 2013

Pemain JDT 2014

Assalamualaikum =)



Me love Johor =)

Senarai Pemain JDT untuk tahun 2014 :

  • Muhammad Al-Hafiz Hamzah
  • Nurul Azwan Roya
  • NOrshahrul Idlan Talaha
  • Jasazrin
  • Mohd Akram Mahinan
  • Mohd NAzri Ahmad
  • Aidil Zafuan Abd Radzak
  • Safiq Rahim
  • See Kok Luen
  • Braulio Rodriguez
  • Hariss Harun
  • Pablo Aimar
  • Mohd Amri Yahyah
  • Mahali Jasuli
  • Norazlan Razali
  • Nazrin Nawi
  • Fadhli Shas
  • Irfan Fazail
  • Fandi Othman

Keeper, middle and striker masih belum diisi. Masih mencari-cari pemain yg sesuai kot..
Mahali Jasuli, Fadhli Shas and Amri Yahyah masuk JDT, teruja gilerrr! Favorite footballers pulakkk.. Memang musim depan aku aje la yg beli tiket bola. Hehehe :p


Tapi actually aku frustrated sket laa sebab Safee buah hati kesayangan aku tak main tok JDT season depan :'( No matter what, aku tetap support Safee. Malaysia footballer yg mmg tetap no 1 dihati =)

#Congrats Pahang! JDT tetap dihati :D






Betul ke bohong?

Assalamualaikum =)



Good morning! 

Heee. Siapa suka makan coklat angkat tangan! Yeahhh, sepp sikit! Me love chocolate sesangat. Hantu coklat kot! Sampaikan my sis kata adik makan coklat macam makan nasi. Boleh imagine?

Coklat menggemukkan? Betul ke bohong? 

Hurmss, pada pendapat aku la kan,coklat tu tak menggemukkan lgsg! Seriously. Tak tau la kalau aku badan aku ni mmg jenis yg ssh sgt nak naik kan. Tapi sepanjang 23 tahun hidup ni, coklat tu da mcm makanan harian, tak gemuk pun :'( Ini semua bohong :p

Lagi pun sebenarnya kan, coklat ni mampu mengurangkan stress dan perasaan nervous. Ini betul, tak tipu. Aku kalau stress mesti akan makan coklat and mesti rasa release je. Kawan-kawan yg lain pun sama tau! And kalau korang tengah nervous, yelaa ada interview ke, test JPJ ke, ape-ape jela, korang try la makan coklat, insyaAllah boleh reda sikit perasaan gemuruh tu. Just nak share tips je sebab masa aku test JPJ dulu aku buat cmni. Ehehehe :p



    

Yummyyy! Sedappnyeeee coklat. Jom breakfast coklat! =)


Tuesday 5 November 2013

Terpaksa Berhenti

Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah =) Semoga tahun baru ni akan memperbanyakkan lagi amalan baik kita. Amin

18hb ni due tok hantar sypnosis thesis. Know what? Banyak lagi tergendala. Mungkin aku terpaksa berhenti buat part time. Sebabnye aku dah tak mampu nak bahagi masa untuk thesis aku. Hari tu sempat la balik segamat jumpa my lovely lecturer bincang pasal thesis. Sir Ariff dengan baiknye bersedia untuk run data aku dgn sem. Terharuuu *sobssobs

Permanent untuk brand aku skang still dalam cuti sempena deepavali. Naik cuti ni aku akan bgtau dia tentang berhenti keje ni. Kesian kakak, tapi apakan daya, saya terpaksa. Takde thesis, tak boleh la nak grad :'(

Wish me luck. Pray for me, may Allah ease my ways :)

Monday 4 November 2013

Full Blog Edit :D

Assalamualaikum =)

Taddaaa, blog da berubah wajah. A big thanks to Dayang Deno sebab edit blog ni dengan cantiknyee.

Pada korangs yg suke dengan hasil keje Cik Deno kite boleh la terjah ke blog dia. Harga yg berpatutan dgn hasil yg memuaskan :D

#sukasesangat =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...