Sunday 9 November 2014

FIRMAN juara AF 2014

Assalamualaikum.. :)

Haaaaa ni spe yg liat sgt nk bgn pg hari ni?mesti sbb smlm tgok final AF kan? Heeee. Sama la kita!

Tahniah Firman sebab bergelar juara untuk AF tahun ni..actually kecewa sikit bkn Adel. Tp ttp rasa berpuas ati Firman mng. U deserve it bro :)

Okay meh imbas jap persembahan mlm tadi...


Adel. Penyanyi yg berasal dari sabah ini penah tersingkir disebabkan undian yg rendah. Tapi diserap semula disebabkan bakat yg ada pada si cantik ni. Seperti biasa Adel mmg akan bg persembahan yg superb setiap minggu. Dan seperti mlm tadi, pembukaan yg cukup menggegar dengan lagu I am nothing yg dibawanya. Mmg sesuai dgn ton suara dia. Untuk lagu baru Adel pun mmg best sgt. Walaupun dapat tempat ke5 dengan undian yg paling rendah tapi Adel ttp super awesome. Ini baru permulaan bukan pengakhiran. Good luck Adel! 


Nuhaaa!! Start dari mula smpai la ke final, Nuha ni mmg ade satu semangat yg kuat. Nak diikutkan suara dia ni mmg best. Cuma mungkin cara penyampaian tak begitu bagus. Cuba ketengahkan muzik sendri pada konsert terakhir mgkin bkn satu tindakan yg bijak. Tapi Nuha mmg sgt berani dan mempunyai self confidence yg tinggi. No wonder la mng anugerah personaliti terlajak laris. Hihi. Tapi apa pun tahniah buat Nuha. Wish you success in your carrer choice ;)

This is Ewal. One of my favourite peserta selain Adel & Zharif. Hewhew. Bakat yg ada pada Ewal ni mmg tak boleh nk disangkal. Dia mmg sgt bersedia pada setiap minggu. Dan boleh dikatakan seorang pelajar yg sgt konsisten. Pun begitu Ewal mungkin takde keunikan dlm persembahan untuk dia menjadi bintang mlm tadi. Tapi apa pun dia tetap memberi persembahan yg terbaik semalam. You did very good job bro! Congratulation. You're the top 3!! All the best ;)


Here we go. Siapa sangkaa Aman akan sampai ke final sekaligus dinobatkan sebagai naib juara AF 2014. Dari awal kte tau Aman antara pelajar yg agak pemalu dan tidak begitu menonjol  dlm persembahannya. Tapi mlm tadi dia dah buktikan yg dia mmg layak untuk apa yg dia dpt. Mlm td mmg tak sangka sgt Aman boleh buat persembahan yg bombastik. Boleh pun dia menyanyi dengan baik. Mmg semalam nampak sgt dia bekerja keras and all out dalam persembahan. You did very well and congratulation on your achievement! :)
Yeayyy ni la dia juara AF untuk tahun ni. Tahniah Firman. Seperti yg kita rau Firman dengan rock mmg tk ley pisah. Mcm kene je dengan jiwa dia kan. Persembahan mlm tadi mungkin over sikit tapi still sgt enjoyable. Dia bersungguh sungguh untuk capai apa yg sepatutnya. And sememnagnya dia layak bergelar juara. Ton suara yg unik dan kreativiti dlm persembahan satu kelebihan buat dia. Jgn lupa tunaikan niat suci tu ye. Semoga lebih berjaya di masa akan dtg :)

Haaa spe nak dengar lagu baru dieorg ley download kt itunes ye. Have a nive day! :)

Wednesday 5 November 2014

Tips Bertahan Lama Dalam Perhubungan

Assalamualaikum!!

Morning wahai si cantik dan si kacak! :)
Wahhh its been so long time tak update blog since dpt keje baru. Im super duper busy womann woooo. 
Mana tak, hari2 berulg kl bangii redah manusia yg ramai rebutkan train. Exhausted sgt! Phewwwww
Okayy tk perlu cte panjang. Balik pd topik asal. Sape kat sini yg bercinta lebih dari 5 years? Korg mmg super duper awesome! Bkn sng nk stick pd satu dlm tempoh mse yg lme. Apatah lg hati manusia ni mudah berubah ubah. So apa yg petlu untuk kekal lama?
Ikhlas, Jujur, Setia
Ni adalah 3 points penting dlm hubungan. Make sure korg ikhlas bila terima psgn korg. Bukan apa, bila tak ikhlas ni banyak yg korg akan merungut. Terlalu banyank sgt komplen. Tu laa ni laa. Klu ikhlas, sruh renang lautan api pun tak merungut punye! Hehe. Tp klu ikhlas je tk jujur pn tk boleh. Pada aku sesebuah hubungan tk perlu terlalu berahsia. Jujur je. Suka ckp suka. Tk suka ckp tk suka. Jgn berpura pura! Hati anda tk kn bahagia. Then ofcourse setia adalah tunggak dlm sesebuah hubungan. Jgn sesekali bg ruang untuk org ke 3 4 5 dan seterusnya. Mksdnye bkn dr pihak dia saje. Korg pun! Jgn sesekali keluar berdua dgn org lain tanpa pengetahuan si dia. Okay?
Kepercayaan dan Komunikasi
Korg mmg ikhlas jujur setia. Semua korg all out. Tp klu takde rse percaya pd psgn pun tk blh jugak. Kdg2 sebuah kepercayaan ni la yg plg bahaya. Ia membentuk juga memusnahkan! Sbb tu la pntgnye komunikasi. Klu ada problem better cte kt psgn korg. Tanpa komunikasi tkde la chemistry antara korg.
Saling Memahami
Ini jugak salah satu faktor yg kdg2 boleh membawa kepada pergaduhan. Just sbb takde kefahaman dan keserasian antara keduanya. Dlm perhubungan give and take sgt perlu. Ape yg korg nak dari dia korg kena la bg benda yg sama. Sentiasa berfikiran positif akan membawa kpd sifat saling memahami dan toleransi yg tinggi. Tak caya? Try it out! 
Tidak terlalu Exposed
Haaaa ini cara era zaman skrg bercinta. Kalau boleh semua benda nk up kt laman sosial. Kononnya nk semua org tau yg awak tu bahagia sgt. No need my dear. Korg happy ke korg gaduh ke lebih baik smpan sndri. Kt lman sosial ni ramai sgt detective conan. Kdg kita tk sdar ada yg sdg perhati. Gamba ke ape semua tu smpn je tok kngan sendri. Blm kawen lg pun. Klu da kawen skali pun tk perlu la upload yg hardcore sgt. Be humble sudah. Yg pntg kita bahagia. Tak gitu?
Jangan Kira Tempoh Perhubungan
Sape kat sini yg selalu celebrate anniversary dlm hubungan? Haaaaa jgn ye. Ini sgt penting. Kalau korg asik dok kire je tempoh hubungan korg, takut2 nanti korg rasa terlalu lama and mudah rasa bosan. Tahun pertama kedua mgkin happy la okay. Takut bila tiba tahun seterusnya? Hmmm hambar. Kalau da kawin nnti awk kira la. Kalau bosan pn tak ley lari mana. Kui kui kui.
Okay itu sje tips tok hari ni. Pokok pangkal hati syg. Zaman skrg bkn sng nk cari yg betul2 jujur ikhlas dgn kita. Jadi hargailah mereka yg ada di sisi. And yg plg penting jgn terlalu menaruh harapan bila bercinta. Ingat laa jodoh itu rahsia Allah. Semoga kit semua diberikan psgn yg baik dunia akhirat. Aamiin :)
Nahhh belanja gamba sikit! 




Thursday 21 August 2014

Valiram Group

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah. Memanjatkan seribu rasa kesyukuran atas rezeki yg diberikan. Akhirnya penantian selama ni berakhir. Finally! dapat jugak kerja tetap. Even tak la gah mana. But it's okay to start dari bawah kan? At least I can learn more.
Thanks pada mak + abah yang sentiasa mendoakan anaknya. Dapat ni pun berkat doa dari dieorang. Dan tak lupa juga pada si peneman setia yang sentiasa bagi semangat and ada di sisi selalu. I love you all! 
Siapa-siapa yang masih mencari kerja, mungkin boleh refer SINI. Kot-kot la ada position yang sesuai. Heee =) All d best!

Wednesday 20 August 2014

Samsung untuk di jual

Assalamualaikum! =)
Nak letgo:
Samsung mega 6.3 + bb curve 9320 
◇ Android (4.4.2, 4.2) 
◇ white colour for both items 
◇ super clear LCD 233 ppi 
◇ 8 MP 
◇ 3200 mAh 
◇ 8GB internal storage 
◇ tampered glass 
Samsung tu bru pakai setahun. BB still in good condition. Dua2 siap dengan cover, charger and earphone.
 Cod - Bangi, putrajaya, kajang, serdang & nilai shj 
Serious buyer only. 
Berminat boleh call / whatsapp 0132760463 atau 0122776544 TQ! ♥
* SPREAD THE WORDS PLEASE. THANK YOU SO MUCH! =)

Monday 11 August 2014

Boikot

Assalamualaikum
Satu dunia sedia maklum tentang peperangan yang berlaku antara Israel dan Palestine. Kita di Malaysia turut berasa kesedihan, kesakitan yang dirasai saudara seislam kita di sana. Walhal mereka yang bukan Islam juga turut bersimpati dengan apa yang menimpa rakyat di bumi Gaza atas dasar peri kemanusiaan. Mana letaknya hati nurani seorang manusia? Kezaliman mereka semakin dilihat dunia. Semoga kita yang beragama Islam terus bersatu dan berdoa untuk kebaikan sesama Islam. Sesungguhnya, doa itu la senjata yang paling bermakna buat kita. Allahuakbar!!
Jumaat lepas adalah hari di mana seluruh rakyat Malaysia yang Islam dan juga bukan Islam, sama-sama memboikot MCD. Aku harap bukan hanya pada MCD semata-mata, bukan hanya pada kata-kata semata-mata, bukan hanya pada luaran sahaja dan yang paling penting, bukan hanya pada musim ni sahaja!

Sebelum nak boikot, kita kena faham apa itu boikot? Kenapa kita nak boikot? Jangan buat tanpa sebab. Jangan buat sebab ikut orang lain. Jangan buat sebab nak timbulkan kontroversi. Tapi lakukan la kerana hati yang ikhlas, tulus memang untuk berjuang demi Islam.
Definisi boikot itu sendiri pada aku ialah membuang terus dari fikiran kita. Jangan jadikan ianya pilihan langsung. Kita kene faham, tujuan asal kita memboikot adalah untuk menyekat sumber kewangan mereka yang disalurkan kepada 'Negara' Israel dan lantas menjadi sumber dan kekuatan untuk zionis terus menindas manusia yang tidak berdosa. 
Yang menjadi persoalan, mcm mana dengan mereka yang bekerja di syarikat yang menyalur sumber kewangan pada Israel? Mereka tidak bersalah! Mereka hanya mencari rezeki. Kita sendiri boleh fikir dengan akal yang diberi, hari ni berhenti esok boleh dapat kerja ke? Tak semudah itu kawan! Kita tak berada di situasi mereka. Isu meludah pekerja Starbucks adalah satu tindakan yang memalukan agama dan bangsa kita. Mana perginya nila murni seorang yang beragama Islam? Berfikirlah sebelum bertindak. 
Sama-sama lah kita terus istiqamah dan muhasabah diri dalam nak memboikot ni. Yang tak nak boikot tu takpe la, dok diam-diam. Tapi janganlah melemahkan semangat orang yg nak memboikot. Dan yang memboikot ni pula, boikot lah dengan cara yang betul bukan dengan menimbulkan kekecohan.
Renung-renungkan dan selamat beramal! =)

p/s : credit to google.com for those photos.

Friday 8 August 2014

Segment BlogWalking Ogos By Karya Mahirah

Assalamualaikum ;)
Klik banner untuk Join.
Selamat berBlogWalking! =)

Mak Datin Pun Kalah

Assalamualaikum, Hello readers! ;)

Heee, kesibukan melanda diri..sampai tak sempat langsung nak buat entry. Al-maklum la cuti raya panjang sangat plus dengan macam-macam benda nak kene buat.

Last wednesday..kelmarin la kan? Aku ada attend satu lagi interview. Kali ni kat KL pulak. As a Account Exec. Still belum ada keputusan. Within a month. Klu takde jawapan lepas sebulan, mmg tak dapat la tu. Tapi skang ni mcm ade harapan. Still 50-50. Berdoa dan berharap akan dapat keje ni. Okay done cite pasal benda yg tak sudah.

Orang lain dah buat entry pasal raya dah berkurun kan? Tapi takpe la. Aku nak jugak share a few gambar raya aku. Hihi

Okay, gamba atas ni gamba family aku. My beloved parents, beloved sisters, nieces and brothers in-law. NI raya kedua punye cite. Raya pertama ada aku mak dengan abah je. Sebab masing-masing balik umah mentua. Mentua aku? In shaa Allah coming soon. Wakakaka. They are my life. Nothing more important than them. The best parents ever. Thanks abah, thanks emak sebab berjaya mendidik adik jadi macam sekarang. Thanks kakak kakak ku yang menjadi teman dan kawan yang sentiasa berada di belakang tengah tepi aku. Sayangnyeeee :)
Yang ni? Ini semua kegilaan and kesayangan aku. Gamba atas tu gamba kawan-kawan sekolah. Dari kecik sampai la da tua kerepot. Alhamdulillah, we're still together. Gamba bawah gamba kawan-kawan masa diploma. The best buddies ever. I'm really thankful to Allah for sending them in my life. Glad to have all of you as my "SAHABAT" dunia akhirat. Aamiin :)
Haaaa ni aku tak tau la sapa. Dok bajet-bajet je ni. Haha. G beraya naik vespa je oi. Hehe :p
Have a great Friday and enjoy your weekend everyone! xoxo

Friday 18 July 2014

Mari bertukar ke ALTEL :)

Assalamualaikum =)
Haii semua. sihat? Haaa malas la nak cerita pasal interview. Tak semangat. Kalau ada rezeki, In shaa Allah. hehe
Korang tau tak ALTEL ni ape? Actually before ni aku pun tak pernah tau kewujudan ALTEL ni. Sebab tak famous langsung. Aku start kenal ALTEL ni bila dekat FB dok heboh yang cina sekat perniagaan orang melayu, camtu la, cam ni la. Kalau korang ada terbaca la kisah seorang hamba Allah ni. So, aku pun buat la research aku sendiri pasal ALTEL ni. Kenapa smpai berkait ke cina pulak ni. Bunyi berbau racist sangat.
So, basically rupanya ALTEL ni salah satu telco yang ada kat Malaysia ni selain Celcom, Maxis dan lain-lain. Tapi tak ramai yang tau. And d most important thing, ALTEL ni satu-satunya telco yang dtg dari company melayu. Owner die mmg semua org mesti kenal punye la. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Mesti kenal kan? Tak perlu la aku nak bercerita panjang tentang owner die. Hehe
Sedikit pengenalan tok yang masih blur lagi. Altel Communications Sdn Bhd (ALTEL) merupakan sebahagian daripada kumpulan Syarikat Al-Bukhary. Ianya dibawah anak syarikat Puncak Semangat Sdn Bhd. Altel telah menyelinap masuk dalam industri telekomunikasi dan diperuntukkan spektrum untuk membina sebuah rangkaian mudah alih dan ingin menjadi pembekal khidmat telekomunikasi utama yang menyediakan Long Term Evolution (LTE) (4G), bagi semua perkhidmatan yang berkaitan dengan pembekalan servis telekomunikasi, penyampaian strategik, teknologi telefon bimbit dengan kepantasan yang laju berdesup. Yang menariknya pasal ALTEL ni dia punya pelan data yang ditawarkan. Boleh dikatakan murah jugak la. 
Altel 4G LTE
PELAN DATA JALUR LEBAR ALTEL

Kalau pasal liputan tak perlu risau. Aku dah pun bertanya pada mereka-mereka yang dah guna telco Altel ni. Mmg memuaskan dan tak mengecewakan sebabnya buat masa ni Altel bekerjasama dengan Celcom untuk membangunkan infrastuktur 4G LTE. So, kat mana ada Celcom, kat situ ada Altel ;)
Kadar panggilan pulak, dia ni ada macam telco lain jugak. Daftar nombor teman-teman rapat kat sistem and dapat la kadar yang lagi murah. Cuma aku tak pasti ianya untuk berapa orang. Kadar dia, 8sen untuk call and 2 sen untuk sms. Nombor teman rapat yang boleh register tak limit pada Altel sahaja. Mana-mana yang guna celcom or Tunetalk pun boleh masuk dalam list. Best kan? Kalau kadar biasa, tak salah aku, 16 sen untuk call and 5 sen untuk sms. Ini untuk kesemua rangkaian.
Kat mana nak dapat sim Altel ni? Disini aku nak tegaskan, mmg ada segelintir bangsa lain yang tak nak jual sim Altel ni kat org melayu. Apa motif dia, itu aku tak tau. Tak nak la kupas lebih-lebih. Aku berani cakap sebab mmg aku pun dah terkena. TAPI...hanya segelintir sahaja. Tak semua macam tu. 
Semalam kan aku balik Johor interview, then after interview, membe aku ajak pergi angsana. Dia kata kat sana ada dealer Altel. Mmg aku semangat la. Sebab aku cari kat Selangor ni, mmg merata kata takde. Aku nak gak la tengok kat Johor ni mcm tu jugak ke. NO! Aku dapat jumpa sendiri dengan dealer tu. Kedai tu sendiri nama ALTEL. And yang serve aku pun bangsa Cina. Dia siap suggest kat aku nombor mana yang cun. See? Jangan kerana seorang manusia, kita blame semua bangsa dia. Kita kan satu Malaysia, kalau boleh buang la sikap Racist tu. Peace ^^
Tadaaaa, dah beli dah pun. RM7 je! :) Saya dah bertukar ke ALTEL. Anda bila lagi? :p

SUMBER:
http://ikhmals.blogspot.com/2014/02/prabayar-altel-4g-lte-semakin-mendapat.html
http://amanz.my/2013/07/laman-altel-dikemaskini/
http://amanz.my/2013/07/altel-ogos-2013/

Wednesday 16 July 2014

Interview Skim Latihan Tabung Haji

Assalamualaikum..
Morning Peeps! ;)
Semalam cuti, hari ni jadi bermalas-malasan je nak keje. Hewhew
Haaaa ni nak cte ni..sape kat sini yg pernah dengar tentang Skim Latihan yg dianjurkan Tabung Haji?
Sekarang ni Tabung Haji tengah buat open interview, khas untuk graduan yang masih belum mendapat kerja tetap atau yang masih mengganggur. Pada korang yang berkelulusan Ijazah and CGPA 2.5 above, boleh la try open interview ni. 
So, disebabkan aku pun belum dapat kerja tetap, aku nak la gak try interview ni. Kot-kot ada rezeki. Skim Latihan ni kita akan diberi latihan selama setahun dan elaun akan diberikan sebanyak RM1500 sebulan. Ok la kan? Dulu RM1000 je. Sekarang da naik RM500. Tak salah mencuba kan? Heee
Sape-sape yang pernah pergi interview Tabung Haji boleh tak share pengalaman korang? Ape je soalan yg ditanya. Dengar-dengar disuruh membaca Al-Quran. Agak-agak ada tanya pasal Haji semua tu tak? 
Kecut perut ni. Ni aku tengah membelek semula hukum-hukum tajwid. Yelaa, takut ada yang terlepas pandang, tersilap. 
Apa-apa pun harap berjaya la Interview esok ni. Wish me luck ya! 

Wednesday 9 July 2014

PESTA GOL!!!!

Assalamualaikum ;)
Hai, good morning!
Ada sape-sape bangun sahur pastu tengok bola pagi tadi? *SAYA*
Mana taknyee, set jam kol 4.30 tapi kol 4 lebih da terjaga disebabkan bunyi bising dari bawah. Yelaa, bawah uma aku kan kedai mamak. Mmg port  tok lepak tgok bola..Lagi-lagi student..
Mula-mula tahan je, last-last tak ley handle gak, aku pun bangun la. Makkk aihhh, bukak2 dah 6 gol!!HAHAHA
Go GERMANY!
Aku punye la rsau bila German match dgn Brazil. Bukan calang-calang negara. Yelaaa, even Neymar tengah injured..but still laa, ramai lagi player yg bagus. Risauuuu
Tapi dah tak risau da bila tau menang 7-1! Banyakkkkk tuuu.
Pagi esok Argentina VS Netherlands pulekkk. Aku? Haruslah sokong ARGENTINA ;)
Senyum sampai telinga pagi ni. Hewhew

Monday 7 July 2014

Bunch of thanks ;)

Assalamualaikum =)

Selamat pagi!

Hari tu aku ade join segmen dari blogger otai kita, Kak Mia Liana =)
Alhamdulillah, ramai yg dtg berkunjung ke blog ni. Thanks! Sementara tgh free ni, mmg nk g terjah satu-satu blog yg sama sama join segmen ni.

 
Haaaa, sape sape yg tgh bosan tu, meh la join blogwalking blog-blog ni. Boleh pegi SINI.

Marilah kita mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim dan meramaikan sahabat..

Selamat berjalan!

Friday 27 June 2014

Salam Ramadhan Al-Mubarak =)

Assalamualaikum
 
Hai semua! Alhamdulillah, dipanjangkan lagi umur untuk berjumpa Ramadhan tahun ni. Semoga Ramadhan yang datang akan beri kita lebih pengajaran untuk muhasabah diri dan memberi keberkatan pada kita. Tinggal hari ni dan esok je tau boleh makan siang hari! Hehe

Selamat berpuasa semua & Selamat beramal! :D

Wednesday 11 June 2014

Ready Stock for RAYA 2014 :)

Assalamualaikum =)

Morning lovers!
Lagi berapa hari je lagi bulan ramadhan akan tiba, then raya. Rasanya kalau sekarang dah takde tailor yang amek tempahan. Am I right? Heee
Still belum ada baju raya? Dont worry! Mai la singgah sini. Tengok-tengok apa yang patut. Limited Stock!! :) 
Tak minat baju kurung? Nak try jubah or maxi dress? Boleh tengok gamba-gamba ni pulak :)
 
Nak corak lain? warna lain? nak tau size? boleh pergi dekat SINI.

Boleh direct sms/wechat/whatsapp kat no ni 0132760463 untuk order or pertanyaan. Happy shopping uolls =)

Friday 6 June 2014

It's FRIDAY =)

Stop Thinking too much. Its alright not to know all the answers. Just smile! Have a great Friday. Better days are coming. Have a good rest =)

Tuesday 3 June 2014

Nikah Gantung


Assalamualaikum =)

Hai korang, entry aku kali ni nak bincangkan tentang "Nikah Gantung". Familiar with it? Rasanya perkataan ni familiar dikalangan remaja masa kini, especially kat kalangan students.
 Okay, first of all..mesti ramai yang tertanya-tanya dalam islam ada ke istilah nikah gantung ni? Jawapannya adaaa. Kalau nak tau nikah gantung dalam bahasa arab ialah nikah khitbah. Nikah khitbah ni sah dalam agama islam. Malah, Nabi Muhammad S.a.w juga pernah nikah khitbah semasa berkahwin dengan Saiditina Aisyah. =)
Ape sebenarnya nikah khitbah atau lebih dikenali sebagai nikah gantung dikalangan masyarakat melayu? Nikah gantung ialah dimana kedua pasangan telah sah diijabkabulkan sebagai suami isteri tetapi tidak tinggal serumah. Malah nafkah yang patut diberi oleh suami juga boleh dilepas atau dikurangkan. Nikah gantung selalunya terjadi pada mereka yang bergelar pelajar. Dimana si lelaki masih belum mampu untuk menyara si perempuan tetapi nafsunya dah membuak-buak. Ianya juga adalah salah satu langkah yang bijak untuk mencegah zina :)
For your information, nikah gantung masih lagi diamalkan dalam kalangan masyarakat arab sehingga kini. Jika di Malaysia, adat masyarakat melayu ialah bertunang. Dimana dalam tempoh bertunang, si lelaki akan mencari wang untuk meraikan majlis walimatul urus. Tetapi di negara Arab, instead of bertunang, mereka memilih untuk nikah khitbah. Konsep yang sama, dalam tempoh masa yang dipersetujui, si lelaki akan mencari wang hantaran untuk melangsungkan majlis. Bezanya disini, jika bertunang masih lagi ada batas antara lelaki dan perempuan. Sedangkan bila bernikah khitbah semuanya telah halal. 
Bila seseorang perempuan telah bernikah gantung, nafkah masih pada si ayah sehingga laa dia dan suami duduk serumah. Suami isteri yang telah nikah gantung bebas berjumpa tanpa ada batas tetapi mereka tidak boleh tinggal sebumbung. Jika telah tinggal sebumbung maka terbatallah nikah gantung ini dan disini nafkah si isteri tidak lagi pada ayah tetapi pada suami sepenuhnya. 
 Jelas sekali disini, sepatutnya kita boleh membawa amalan ini di Malaysia. Tetapi mentaliti masyarakat kita terlalu obses dengan perkahwinan yang gah. Ibu bapa pula menghalang anak-anak berkahwin. Maka tidak hairanlah jika setiap hari kita mendengar laporan tentang pembuangan bayi dan sebagainya.
Aku pun sebenarnya takde la arif sgt. Tapi pada aku, nikah gantung adalah satu benda yang sgt logik. Bukan setakat mencegah zina malah mendapat pahala.
Wallahualam. Jika tersalah harap betulkan. Ini hanyalah pendapat peribadi aku. Mungkin ada yang kat luar sana yang ada pendapat yang lebih bernas. Sama-sama kita renungkan :D

Friday 30 May 2014

Complicated -_____-

Assalamualaikum...

 Hidup selalu di dtgkan dengan pilihan. Lagi banyak kita pk tentang pilihan yang tepat lagi keliru kita dengan rasa hati kita....
Pilihan yang baik adalah yang dipilih oleh Allah untuk kita. Guna akal dan hati untuk buat sesuatu. Pilihan yang datang mengajar kita untuk lebih matang dan menjadikan kita sentiasa berani untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Moga aku tidak tersalah pilih. Mungkin sekarang semua orang nampak salah aku. Mungkin esok mereka akan faham, kenapa jalan ini yang aku pilih.

Sesungguhnya cuma Allah yang tahu apa yang ada dalam setiap hati hambanya.

Moga ini terbaik buat kita. Aamiin

Wednesday 7 May 2014

Under Construction

Assalamualaikum! ;)

Fuhhh, seharian mengedit blog. Mmg tak cukup masa..
Da 2 hari terpaksa privatekan blog sebab blog huru hara..Aku skang mmg nak try men coding..So, macam-macam aku buat..Last time aku gune blogskin, mmg simple, mmg nice tapi tak larat la nk ejas code die, susah sikit nk match ngn blog..

So, aku pun tukar la ke template yg biasa. And now saja-saja la pulak nk guna template denim. Try and error. Alhamdulillah menjadi. Tapi ada banyak benda nak kene ejas.

So now, my blog is under construction untuk beberapa hari akan datang.

Sorry for any inconvenience! Thanks readers! ;)


Wednesday 30 April 2014

Kaki Wayang? Meh sini! :)

Assalamualaikum ;)

Hey there! how are you? okay, I know you're good! :)

Memandangkan aku tengah free and terasa dah lama tak merepek kat sini, so aku nak share something dekat korang2 yang kaki wayang ni. Eh, yeke korang ni kaki wayang? Kalau betul korang kaki wayang, movie day ari ape? Haaaa, tettttt!

Sepanjang aku keje kat GSC, macam-macam orang aku jumpe. Okay, this is not my first time keje kat bahagian customer service ni, tapi seriously customer yang nak dtg tengok wayang lagi pelik-pelik rupanya. 

credit : google image

First, aku nak nasihat la kat korang, before korang nak pergi kaunter nak beli tiket tu, make sure korang tau la korang nak tengok cte ape, pukul bape. Mana-mana panggung pun dah ada sediakan da list movie on that day siap dengan masa. Janganlah nanti time dekat kaunter korang baru nak tanya ada cite ape, ade pukul bpe. Tu semua membazir masa kami tau. Kami jaga customer service ade timing kami sendiri. Tak boleh la nak lama-lama layan awak sorang. Tu kat belakang tu, ramai lagi yang tengah beratur. Peace ^^

Second, make sure la korang ade backup movie yang korang nk tengok in case kalau seat tok movie yang korang nak dah fullhouse. Bukan apa, korang tak boleh expect korang sorang je yang datang tengok movie. Lagi la kalau cerita tu mmg blockbuster movie, then dtg beli nk tgok time tu, jgn mimpi la ada seat kosong. Contohnya untuk minggu ni GSC Alamanda buat advance sales untuk Spiderman 2 yang akan keluar 1hb Mei ni. What do you expect? Nak tgok 1 Mei, time tu baru beli? Mmg takde kosong. Belum 1 Mei ni pun hall da almost full untuk semua masa. Better beli awal-awal ye :)
credit : google image

Okay la, tu semua normal la takde backup plan, tak tau nk tgok movie ape..Sebab kalau aku jadi customer pun sometimes aku macam tu jugak. Tapi yang aku pelik, bila time nak pilih seat, ni selalu terjadi bila couple yang dtg nk becinta. Alahai, nk selang satu seat. Ni aku nk bagitau, procedure kat mana-mana pawagam pun kami tak boleh tinggal satu seat. Unless la orang tu mmg datang sorang atau dtg dalam nombor kumpulan yang ganjil. Mungkin akan menyebabkan adanya satu seat tertinggal. Tapi yang mmg sengaja nk tinggalkan tu tak boleh la. Alasannya sebab tak nak duduk sebelah orang. Errrr. Kalau rasa tak nak dok sebelah orang lain, jangan tengok wayang please. Kalau ko nak selang, nanti ada jugak orang beli seat tu. Bkn tkde org dtg tgok movie sorang2. Ramai! Kalau tak nak campur dgn org ramai, tgok movie kat uma sendiri ye ;)

Haaaa, lagi satu aku nk pesan kat korang. Before nk dtg tengok wayang, korang buat la survey dulu kat movie yang korang nak tengok. Baca sinopsis ke tengok rating ke, whatever la. Janganlah tanya dengan kami, cite ni best tak, cite tu best tak. Adehh. Kami ni jaga kaunter bukan jaga dalam hall, mana la kami tau cerita tu best ke tak. Kadang tu sebab nak save time kami terpaksa tipu kata cite tu best. Tapi padahal kami tak tengok pun. Mmg kami keje wayang, tapi jangan la expect kami boleh tengok semua cite free2 cmtu je. Kene bayar cam uolss jugak okay. 

Actually banyak lagi yang aku nak share kat korang, tapi nanti bosan pulak, so sampai sini dulu ye. Hehe. Akhir kata..selamat menonton SPIDERMAN 2 yang akan release 1 Mei ni. GSC Alamanda da start buat sneak preview malam ni. See you tonight, enjoy your movie :D

credit : google image
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...