Friday 27 June 2014

Salam Ramadhan Al-Mubarak =)

Assalamualaikum
 
Hai semua! Alhamdulillah, dipanjangkan lagi umur untuk berjumpa Ramadhan tahun ni. Semoga Ramadhan yang datang akan beri kita lebih pengajaran untuk muhasabah diri dan memberi keberkatan pada kita. Tinggal hari ni dan esok je tau boleh makan siang hari! Hehe

Selamat berpuasa semua & Selamat beramal! :D

Wednesday 11 June 2014

Ready Stock for RAYA 2014 :)

Assalamualaikum =)

Morning lovers!
Lagi berapa hari je lagi bulan ramadhan akan tiba, then raya. Rasanya kalau sekarang dah takde tailor yang amek tempahan. Am I right? Heee
Still belum ada baju raya? Dont worry! Mai la singgah sini. Tengok-tengok apa yang patut. Limited Stock!! :) 
Tak minat baju kurung? Nak try jubah or maxi dress? Boleh tengok gamba-gamba ni pulak :)
 
Nak corak lain? warna lain? nak tau size? boleh pergi dekat SINI.

Boleh direct sms/wechat/whatsapp kat no ni 0132760463 untuk order or pertanyaan. Happy shopping uolls =)

Friday 6 June 2014

It's FRIDAY =)

Stop Thinking too much. Its alright not to know all the answers. Just smile! Have a great Friday. Better days are coming. Have a good rest =)

Tuesday 3 June 2014

Nikah Gantung


Assalamualaikum =)

Hai korang, entry aku kali ni nak bincangkan tentang "Nikah Gantung". Familiar with it? Rasanya perkataan ni familiar dikalangan remaja masa kini, especially kat kalangan students.
 Okay, first of all..mesti ramai yang tertanya-tanya dalam islam ada ke istilah nikah gantung ni? Jawapannya adaaa. Kalau nak tau nikah gantung dalam bahasa arab ialah nikah khitbah. Nikah khitbah ni sah dalam agama islam. Malah, Nabi Muhammad S.a.w juga pernah nikah khitbah semasa berkahwin dengan Saiditina Aisyah. =)
Ape sebenarnya nikah khitbah atau lebih dikenali sebagai nikah gantung dikalangan masyarakat melayu? Nikah gantung ialah dimana kedua pasangan telah sah diijabkabulkan sebagai suami isteri tetapi tidak tinggal serumah. Malah nafkah yang patut diberi oleh suami juga boleh dilepas atau dikurangkan. Nikah gantung selalunya terjadi pada mereka yang bergelar pelajar. Dimana si lelaki masih belum mampu untuk menyara si perempuan tetapi nafsunya dah membuak-buak. Ianya juga adalah salah satu langkah yang bijak untuk mencegah zina :)
For your information, nikah gantung masih lagi diamalkan dalam kalangan masyarakat arab sehingga kini. Jika di Malaysia, adat masyarakat melayu ialah bertunang. Dimana dalam tempoh bertunang, si lelaki akan mencari wang untuk meraikan majlis walimatul urus. Tetapi di negara Arab, instead of bertunang, mereka memilih untuk nikah khitbah. Konsep yang sama, dalam tempoh masa yang dipersetujui, si lelaki akan mencari wang hantaran untuk melangsungkan majlis. Bezanya disini, jika bertunang masih lagi ada batas antara lelaki dan perempuan. Sedangkan bila bernikah khitbah semuanya telah halal. 
Bila seseorang perempuan telah bernikah gantung, nafkah masih pada si ayah sehingga laa dia dan suami duduk serumah. Suami isteri yang telah nikah gantung bebas berjumpa tanpa ada batas tetapi mereka tidak boleh tinggal sebumbung. Jika telah tinggal sebumbung maka terbatallah nikah gantung ini dan disini nafkah si isteri tidak lagi pada ayah tetapi pada suami sepenuhnya. 
 Jelas sekali disini, sepatutnya kita boleh membawa amalan ini di Malaysia. Tetapi mentaliti masyarakat kita terlalu obses dengan perkahwinan yang gah. Ibu bapa pula menghalang anak-anak berkahwin. Maka tidak hairanlah jika setiap hari kita mendengar laporan tentang pembuangan bayi dan sebagainya.
Aku pun sebenarnya takde la arif sgt. Tapi pada aku, nikah gantung adalah satu benda yang sgt logik. Bukan setakat mencegah zina malah mendapat pahala.
Wallahualam. Jika tersalah harap betulkan. Ini hanyalah pendapat peribadi aku. Mungkin ada yang kat luar sana yang ada pendapat yang lebih bernas. Sama-sama kita renungkan :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...