Thursday 21 August 2014

Valiram Group

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah. Memanjatkan seribu rasa kesyukuran atas rezeki yg diberikan. Akhirnya penantian selama ni berakhir. Finally! dapat jugak kerja tetap. Even tak la gah mana. But it's okay to start dari bawah kan? At least I can learn more.
Thanks pada mak + abah yang sentiasa mendoakan anaknya. Dapat ni pun berkat doa dari dieorang. Dan tak lupa juga pada si peneman setia yang sentiasa bagi semangat and ada di sisi selalu. I love you all! 
Siapa-siapa yang masih mencari kerja, mungkin boleh refer SINI. Kot-kot la ada position yang sesuai. Heee =) All d best!

Wednesday 20 August 2014

Samsung untuk di jual

Assalamualaikum! =)
Nak letgo:
Samsung mega 6.3 + bb curve 9320 
◇ Android (4.4.2, 4.2) 
◇ white colour for both items 
◇ super clear LCD 233 ppi 
◇ 8 MP 
◇ 3200 mAh 
◇ 8GB internal storage 
◇ tampered glass 
Samsung tu bru pakai setahun. BB still in good condition. Dua2 siap dengan cover, charger and earphone.
 Cod - Bangi, putrajaya, kajang, serdang & nilai shj 
Serious buyer only. 
Berminat boleh call / whatsapp 0132760463 atau 0122776544 TQ! ♥
* SPREAD THE WORDS PLEASE. THANK YOU SO MUCH! =)

Monday 11 August 2014

Boikot

Assalamualaikum
Satu dunia sedia maklum tentang peperangan yang berlaku antara Israel dan Palestine. Kita di Malaysia turut berasa kesedihan, kesakitan yang dirasai saudara seislam kita di sana. Walhal mereka yang bukan Islam juga turut bersimpati dengan apa yang menimpa rakyat di bumi Gaza atas dasar peri kemanusiaan. Mana letaknya hati nurani seorang manusia? Kezaliman mereka semakin dilihat dunia. Semoga kita yang beragama Islam terus bersatu dan berdoa untuk kebaikan sesama Islam. Sesungguhnya, doa itu la senjata yang paling bermakna buat kita. Allahuakbar!!
Jumaat lepas adalah hari di mana seluruh rakyat Malaysia yang Islam dan juga bukan Islam, sama-sama memboikot MCD. Aku harap bukan hanya pada MCD semata-mata, bukan hanya pada kata-kata semata-mata, bukan hanya pada luaran sahaja dan yang paling penting, bukan hanya pada musim ni sahaja!

Sebelum nak boikot, kita kena faham apa itu boikot? Kenapa kita nak boikot? Jangan buat tanpa sebab. Jangan buat sebab ikut orang lain. Jangan buat sebab nak timbulkan kontroversi. Tapi lakukan la kerana hati yang ikhlas, tulus memang untuk berjuang demi Islam.
Definisi boikot itu sendiri pada aku ialah membuang terus dari fikiran kita. Jangan jadikan ianya pilihan langsung. Kita kene faham, tujuan asal kita memboikot adalah untuk menyekat sumber kewangan mereka yang disalurkan kepada 'Negara' Israel dan lantas menjadi sumber dan kekuatan untuk zionis terus menindas manusia yang tidak berdosa. 
Yang menjadi persoalan, mcm mana dengan mereka yang bekerja di syarikat yang menyalur sumber kewangan pada Israel? Mereka tidak bersalah! Mereka hanya mencari rezeki. Kita sendiri boleh fikir dengan akal yang diberi, hari ni berhenti esok boleh dapat kerja ke? Tak semudah itu kawan! Kita tak berada di situasi mereka. Isu meludah pekerja Starbucks adalah satu tindakan yang memalukan agama dan bangsa kita. Mana perginya nila murni seorang yang beragama Islam? Berfikirlah sebelum bertindak. 
Sama-sama lah kita terus istiqamah dan muhasabah diri dalam nak memboikot ni. Yang tak nak boikot tu takpe la, dok diam-diam. Tapi janganlah melemahkan semangat orang yg nak memboikot. Dan yang memboikot ni pula, boikot lah dengan cara yang betul bukan dengan menimbulkan kekecohan.
Renung-renungkan dan selamat beramal! =)

p/s : credit to google.com for those photos.

Friday 8 August 2014

Segment BlogWalking Ogos By Karya Mahirah

Assalamualaikum ;)
Klik banner untuk Join.
Selamat berBlogWalking! =)

Mak Datin Pun Kalah

Assalamualaikum, Hello readers! ;)

Heee, kesibukan melanda diri..sampai tak sempat langsung nak buat entry. Al-maklum la cuti raya panjang sangat plus dengan macam-macam benda nak kene buat.

Last wednesday..kelmarin la kan? Aku ada attend satu lagi interview. Kali ni kat KL pulak. As a Account Exec. Still belum ada keputusan. Within a month. Klu takde jawapan lepas sebulan, mmg tak dapat la tu. Tapi skang ni mcm ade harapan. Still 50-50. Berdoa dan berharap akan dapat keje ni. Okay done cite pasal benda yg tak sudah.

Orang lain dah buat entry pasal raya dah berkurun kan? Tapi takpe la. Aku nak jugak share a few gambar raya aku. Hihi

Okay, gamba atas ni gamba family aku. My beloved parents, beloved sisters, nieces and brothers in-law. NI raya kedua punye cite. Raya pertama ada aku mak dengan abah je. Sebab masing-masing balik umah mentua. Mentua aku? In shaa Allah coming soon. Wakakaka. They are my life. Nothing more important than them. The best parents ever. Thanks abah, thanks emak sebab berjaya mendidik adik jadi macam sekarang. Thanks kakak kakak ku yang menjadi teman dan kawan yang sentiasa berada di belakang tengah tepi aku. Sayangnyeeee :)
Yang ni? Ini semua kegilaan and kesayangan aku. Gamba atas tu gamba kawan-kawan sekolah. Dari kecik sampai la da tua kerepot. Alhamdulillah, we're still together. Gamba bawah gamba kawan-kawan masa diploma. The best buddies ever. I'm really thankful to Allah for sending them in my life. Glad to have all of you as my "SAHABAT" dunia akhirat. Aamiin :)
Haaaa ni aku tak tau la sapa. Dok bajet-bajet je ni. Haha. G beraya naik vespa je oi. Hehe :p
Have a great Friday and enjoy your weekend everyone! xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...