Friday, 18 July 2014

Mari bertukar ke ALTEL :)

Assalamualaikum =)
Haii semua. sihat? Haaa malas la nak cerita pasal interview. Tak semangat. Kalau ada rezeki, In shaa Allah. hehe
Korang tau tak ALTEL ni ape? Actually before ni aku pun tak pernah tau kewujudan ALTEL ni. Sebab tak famous langsung. Aku start kenal ALTEL ni bila dekat FB dok heboh yang cina sekat perniagaan orang melayu, camtu la, cam ni la. Kalau korang ada terbaca la kisah seorang hamba Allah ni. So, aku pun buat la research aku sendiri pasal ALTEL ni. Kenapa smpai berkait ke cina pulak ni. Bunyi berbau racist sangat.
So, basically rupanya ALTEL ni salah satu telco yang ada kat Malaysia ni selain Celcom, Maxis dan lain-lain. Tapi tak ramai yang tau. And d most important thing, ALTEL ni satu-satunya telco yang dtg dari company melayu. Owner die mmg semua org mesti kenal punye la. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Mesti kenal kan? Tak perlu la aku nak bercerita panjang tentang owner die. Hehe
Sedikit pengenalan tok yang masih blur lagi. Altel Communications Sdn Bhd (ALTEL) merupakan sebahagian daripada kumpulan Syarikat Al-Bukhary. Ianya dibawah anak syarikat Puncak Semangat Sdn Bhd. Altel telah menyelinap masuk dalam industri telekomunikasi dan diperuntukkan spektrum untuk membina sebuah rangkaian mudah alih dan ingin menjadi pembekal khidmat telekomunikasi utama yang menyediakan Long Term Evolution (LTE) (4G), bagi semua perkhidmatan yang berkaitan dengan pembekalan servis telekomunikasi, penyampaian strategik, teknologi telefon bimbit dengan kepantasan yang laju berdesup. Yang menariknya pasal ALTEL ni dia punya pelan data yang ditawarkan. Boleh dikatakan murah jugak la. 
Altel 4G LTE
PELAN DATA JALUR LEBAR ALTEL

Kalau pasal liputan tak perlu risau. Aku dah pun bertanya pada mereka-mereka yang dah guna telco Altel ni. Mmg memuaskan dan tak mengecewakan sebabnya buat masa ni Altel bekerjasama dengan Celcom untuk membangunkan infrastuktur 4G LTE. So, kat mana ada Celcom, kat situ ada Altel ;)
Kadar panggilan pulak, dia ni ada macam telco lain jugak. Daftar nombor teman-teman rapat kat sistem and dapat la kadar yang lagi murah. Cuma aku tak pasti ianya untuk berapa orang. Kadar dia, 8sen untuk call and 2 sen untuk sms. Nombor teman rapat yang boleh register tak limit pada Altel sahaja. Mana-mana yang guna celcom or Tunetalk pun boleh masuk dalam list. Best kan? Kalau kadar biasa, tak salah aku, 16 sen untuk call and 5 sen untuk sms. Ini untuk kesemua rangkaian.
Kat mana nak dapat sim Altel ni? Disini aku nak tegaskan, mmg ada segelintir bangsa lain yang tak nak jual sim Altel ni kat org melayu. Apa motif dia, itu aku tak tau. Tak nak la kupas lebih-lebih. Aku berani cakap sebab mmg aku pun dah terkena. TAPI...hanya segelintir sahaja. Tak semua macam tu. 
Semalam kan aku balik Johor interview, then after interview, membe aku ajak pergi angsana. Dia kata kat sana ada dealer Altel. Mmg aku semangat la. Sebab aku cari kat Selangor ni, mmg merata kata takde. Aku nak gak la tengok kat Johor ni mcm tu jugak ke. NO! Aku dapat jumpa sendiri dengan dealer tu. Kedai tu sendiri nama ALTEL. And yang serve aku pun bangsa Cina. Dia siap suggest kat aku nombor mana yang cun. See? Jangan kerana seorang manusia, kita blame semua bangsa dia. Kita kan satu Malaysia, kalau boleh buang la sikap Racist tu. Peace ^^
Tadaaaa, dah beli dah pun. RM7 je! :) Saya dah bertukar ke ALTEL. Anda bila lagi? :p

SUMBER:
http://ikhmals.blogspot.com/2014/02/prabayar-altel-4g-lte-semakin-mendapat.html
http://amanz.my/2013/07/laman-altel-dikemaskini/
http://amanz.my/2013/07/altel-ogos-2013/

Wednesday, 16 July 2014

Interview Skim Latihan Tabung Haji

Assalamualaikum..
Morning Peeps! ;)
Semalam cuti, hari ni jadi bermalas-malasan je nak keje. Hewhew
Haaaa ni nak cte ni..sape kat sini yg pernah dengar tentang Skim Latihan yg dianjurkan Tabung Haji?
Sekarang ni Tabung Haji tengah buat open interview, khas untuk graduan yang masih belum mendapat kerja tetap atau yang masih mengganggur. Pada korang yang berkelulusan Ijazah and CGPA 2.5 above, boleh la try open interview ni. 
So, disebabkan aku pun belum dapat kerja tetap, aku nak la gak try interview ni. Kot-kot ada rezeki. Skim Latihan ni kita akan diberi latihan selama setahun dan elaun akan diberikan sebanyak RM1500 sebulan. Ok la kan? Dulu RM1000 je. Sekarang da naik RM500. Tak salah mencuba kan? Heee
Sape-sape yang pernah pergi interview Tabung Haji boleh tak share pengalaman korang? Ape je soalan yg ditanya. Dengar-dengar disuruh membaca Al-Quran. Agak-agak ada tanya pasal Haji semua tu tak? 
Kecut perut ni. Ni aku tengah membelek semula hukum-hukum tajwid. Yelaa, takut ada yang terlepas pandang, tersilap. 
Apa-apa pun harap berjaya la Interview esok ni. Wish me luck ya! 

Wednesday, 9 July 2014

PESTA GOL!!!!

Assalamualaikum ;)
Hai, good morning!
Ada sape-sape bangun sahur pastu tengok bola pagi tadi? *SAYA*
Mana taknyee, set jam kol 4.30 tapi kol 4 lebih da terjaga disebabkan bunyi bising dari bawah. Yelaa, bawah uma aku kan kedai mamak. Mmg port  tok lepak tgok bola..Lagi-lagi student..
Mula-mula tahan je, last-last tak ley handle gak, aku pun bangun la. Makkk aihhh, bukak2 dah 6 gol!!HAHAHA
Go GERMANY!
Aku punye la rsau bila German match dgn Brazil. Bukan calang-calang negara. Yelaaa, even Neymar tengah injured..but still laa, ramai lagi player yg bagus. Risauuuu
Tapi dah tak risau da bila tau menang 7-1! Banyakkkkk tuuu.
Pagi esok Argentina VS Netherlands pulekkk. Aku? Haruslah sokong ARGENTINA ;)
Senyum sampai telinga pagi ni. Hewhew

Monday, 7 July 2014

Bunch of thanks ;)

Assalamualaikum =)

Selamat pagi!

Hari tu aku ade join segmen dari blogger otai kita, Kak Mia Liana =)
Alhamdulillah, ramai yg dtg berkunjung ke blog ni. Thanks! Sementara tgh free ni, mmg nk g terjah satu-satu blog yg sama sama join segmen ni.

 
Haaaa, sape sape yg tgh bosan tu, meh la join blogwalking blog-blog ni. Boleh pegi SINI.

Marilah kita mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim dan meramaikan sahabat..

Selamat berjalan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...