Monday, 9 September 2013

Dear Soul Sister ;)

Assalamualaikum ;)

Yeahhh ari nii dah ari isnin. Monday blues. Malass sgttt nak koje.. Tapi kene laa koje kan, tanggungjawab. *yawning*

Jumaat ari tu aku lik melaka, balik keje je terus gerak. Sebenarnya malas nak balik tapi disebabkan Aisyah lik uma abg dia, then Ain pun tak balik lagi, aku terus la bawa diri pergi ke Melaka. Ngehehe. Layan karenah si An, hilang segala stress. Bila la si kocik ni nak pandai jalan. Hee

Semalam kol 6 aku sampai bangi terus g Kajang. Jumpa kakak ! :) Miss her a lot. Mmg da banyak kali jumpa, tapi asik rindu je. Lagi dah dekat, lagi nak jumpa. Yelaa, hari ni dia da start kelas. Da balik Melaka da pun, so nanti tade masa lak nak jumpa. Hehehe.

muka gua tanpa secalit mekap nampak pucat. Beza dgn kakak

I love you my dearest sister :* Nanti kita jumpa lagi ye. Dah lama tak tengok movie sama-sama. Waiting for the good time. Muahx! :*

P/S - ari ni student da naik, melambak-lambak manusia kat kaunter. Haaaa, penat layan karenah dieorang. Waktu rehat harus digunakan sebaiknya. ehehehe

Wednesday, 28 August 2013

PABLO AIMAR main untuk JDT?

Assalamualaikum! =)

Haaaa sape yg minat bola for sure kenal kan sape Pablo Aimar tu? International footballer pulak. Kalau kata minat bola tapi tak kenal, parah tu parah.


credit to Google Image

Haaa pada sapa yg tak kenal Pablo Aimar, ini lah orangnyee ketika muda. Macho kan? Haaa ni baru kat luar, kalau tengok die beraksi dalam padang lagii umppphhh! 

Bekas pemain Argentina ini dikatakan akan bermain untuk pasukan Johor Darul Takzim pada season depan (2014) sebagai pemain tengah (midfielder). Berita ini pastinya menggembirakan peminat bola sepak terutamanya penyokong-penyokong JDT sendiri. (sayalah tu) hihihi. Thanks TMJ! Ramai yang tertanya-tanya kenapa Pablo Aimar memilih untuk bermain dengan JDT sedangkan beliau ada mendapat tawaran yang lebih lumayan dari Dubai dan Brazil.

Beliau hanya tersenyum ketika soalan ini diajukan kepadanya. Katanya lagi, keputusan untuk bermain bersama JDT adalah kerana sebelum ini beliau pernah tiba di Johor dan beliau sangat sukakan suasana kehidupan di Johor dan merasakan tempat itu sesuai untuk beliau serta keluarganya. Untuk pemain professional seperti beliau, wang ringgit bukanlah segala-galanya. Ditambah lagi, beliau juga memilih untuk bermain bersama pasukan Johor kerana penyokong Johor sendiri. Tidak banyak pasukan didunia ini yang mempunyai penyokong seperti penyokong Johor dan ia merupakan satu penghormatan untuk beraksi dihadapan mereka.

credit to Google Image

Acece sape la yg edit pic ni mesti eksaited macam kite jugak! Hahaha. Tapi dengar-dengar Nunez dgn Safee Sali dah tak main lagi untuk JDT musim depan. (Sedih) Jasa korang tetap dikenang. Saya penyokong Johor tetap bersama Johor. Go JDT! Thanks TMJ =)



Monday, 19 August 2013

Jangan Menunggu........ :D

Assalamualaikum. =) Nak share something. Terjumpa dekat internet and sangat menarik hati. Renungkan :)

Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah maka kamu akan bahagia.

Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah maka kamu akan semakin kaya.

Jangan menunggu orang peduli kamu baru kamu nak peduli, tapi pedulilah dengan orang lain juga, maka kamu akan dipedulikan.

Jangan menunggu rezeki baru bekerja, tapi bekerjalah maka rezeki akan menunggu kamu.

Jangan tunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai maka kamu akan dicintai.

Jangan menunggu berjaya baru kamu bersyukur, tapi bersyukurlah maka bertambah kejayaan kamu.

Jangan menunggu bersemangat baru melakukan, tapi lakukanlah maka kamu akan lebih bersemangat.

DON'T WAIT ANYMORE!


A smile can hide thousand pains. Be thankful for everything you have. Never regrets. Be strong. Move on. Live your life happily. ILY. xoxo :)









Thursday, 15 August 2013

Gila Novel? Mari Sini ! *kenyit mata*

Assalamualaikum w.b.t =)

Hello, hi, hoi and sewaktu dengannye! sape kat sini suka baca novel angkat kening *kekening* hehehe
Aku memang antu novel and plus aku suke mengarang novel. tetttt.. Nanti aku ada masa aku upload ye cerpen aku. Gaya cam best sgt je. Haha

Bagi mereka-mereka yg gila novel sama cam aku, ni haa aku nak suggest kat korang 2 novel yang pada aku mmg best la. Best sbb apa? Sebab......haaa kene laaa baca entry ni sampai habis :D

Novel pertama yang aku nak korang baca...jeng jeng jeng


Dush3, Projek Memikat Suami. Aku bet mesti ramai antara korang yg da khatam buku ni kan? Ntah2 dah 3, 4 kali. Ye tak? weeehuuu. Novel ni keluar tahun lepas kot. If im not mistaken laa. Tapi aku baru baca buku ni. ngehehe. Mula-mula aku baca novel ni aku tengok cam sama je ngan novel-novel lain sebabnya berkisahkan pasal kahwin paksa. Mesti la rasa cam, alahaii kahwin paksa lagi. Cam dah tade cerita lain je kan? Haaaa tapi novel ni lain. Even ia berkisahkan kahwin paksa, tapi cara penyampaiannya sangat berbeza. Kata orang novel ni agak 'keras'. Tetttt. Hahahaha. Bukan keras hantu tauu. Ngehehehe

Nawwal Husna seorang gadis kecil molek. Dia disuruh berkahwin dengan seorang lelaki yang sama sekali tidak dikenalinya. Dek kerana mahu membantu perniagaan ayahnya, dia menerima lamaran dari keluarga Zahrain Alimin. Zahrain Alimin seorang usahawan muda. Pertama kali mereka bersua muka Nawwal dah pun jatuh hati pada kekacakan Zahrain namun sikap Zahrain yg macam ketul ais membuatnya keliru dengan keputusannya. Diteruskan juga perkahwinan itu demi babah! Sejak hari pertama diijab qabulkan, Nawwal nekad mahu memikat suaminya supaya perkahwinan ini berjaya. Pelbagai usaha yg dilakukan. Memang menarik, kelakar, romantik. Segala rasa ada bila baca novel ni. Aksi-aksi seprti 'butter cream' dan 'now' sangat mencuit hati. Tau tak now tu ape? Haha. Nak tahu kenela baca okay! 

Baru-baru ni dapat tahu yang novel ni akan didramakan! phewwittt *gaya Amy Search*. Tak sabar nak tengoknyaa. Ngehehe. Dikhabarkan pelakon yg akan membawa watak hero dan heroin cerita ni ialah si hero malaya Aaron Aziz and si cantik manis Emma Maembong. Nak tau menjadi ke tak lakonan dyowg, kenelaa tunggguuuuu.....

Korang rasa okay tak? ;)

Sama-samalah kita tunggu kemunculan dieorang ye. :)

Haaaa, novel kedua tu nak tau tak? Novel ini......


Haaa sape penah baca cepat buat gaya alaaa-alaaa anak Tomok yg comel tuhhh. Hahaha comel je korang ni :) Ni laa novelnye, Awek Buku dan Cornflakes Madu!
Nak tau kenapa aku kata novel ni best? Sebab kan korang da boring dengan cerita kahwin paksa.. Haaa kita baca yang ni. Tak ada pun berkisahkan kahwin paksa. Romantik plus sedih ye. Ngehehehe

Penulis menceritakan tentang seorang remaja perempuan yang baya-baya aku ni dilamun cinta dengan seorang jejaka. Kelalaian Zaireen menjaga sebuah bukunya menemukan dia dengan si Arjuna yang lantas menggelarnya sebagai Awek buku. Arjuna atau nama sebenarnya Zaffrul seorang lelaki yang sangat pemalu dalam meluahkan isi hatinya. Tetapi gerak tubuhnya sudah cukup membuktikan cintanya pada seorang gadis. Percintaan yang ingin diakhiri dengan ijab dan qabul hancur berkecai apabila Zaffrul terlibat dalam satu kemalangan yang telah meragut nyawanya. Zaireen kecewa bertahun lamanya lantas membiarkan hatinya tertutup. Kehadiran Ruzaizi si jejaka Cornflakes madu mirip sekali tingkahnya dengan Zaffrul telah mencuri hati Zaireen dalam diam. Namun dek kerana cinta pada Zaffrul, dia mengabaikan rasa hatinya. Siapa Ruzaizi? Apa hubungannya dengan Zaffrul? Sejauh mana Zaireen mampu menahan rasa hatinya? 

Haaa tertanya-tanya kan? Nak tau baca laa. Confirm puas hati. Tapi permulaan cerita dia agak boring kot.. Tapi still menarik. Novel ni pun sebenarnya dah lama. Tapi tak kira nak share jugak. Ehehehe ;p

p/s - ari tu aku abeskan voucher beli novel tapi dikebas sumenye oleh abg ipau aku. Ish3. Sedih. Sobs sobs



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...