Wednesday, 9 December 2015

Surprise Birthday Party :)

Assalamualaikum! :D
Hai korang, entry kali ni aku nak share macam mana nak plan suprise birthday party untuk yang tersayang!
Actually da lama giler nak buat entry ni tapi asik bertangguh je. So, here we go!
2hb ari tu bufday MR. Nerdy and ofcoz aku buat surprise untuk die. Tu yang nak share dgn korang semua :)
Okay, first sekali, korang kene tau orang yang diraikan tu jenis mcm mana. Suka surprise ke tak, suka ramai ramai org ke tak. Ini penting! Sbb kita naik raikan dia and semestinya kita nak buat dia rasa happy. Tak nak la nanti dia tak selesa dgn apa yg kita buat. Sia-sia usaha kita. Hehe
Macam MR. Nerdy, dia ni mmg sgt pemalu. Dia suka surprise tapi tak suka ramai ramai org. So hari tu masa celebrate bufday dia cuma ada aku, dia and sorang kawan baik aku. Enough! Lebih dari cukup. Tapi kalau org yang korang nak raikan tu mmg jenis tak kisah, happy go lucky, lagi suka something yg meriah, ini lagi senang sebenarnya! Hehe
Tadaaaa! Aku malas nak masuk gambar banyak banyak. So, combined jadi satu je. Hehe. Okay, untuk bufday MR. Nerdy ni, aku celebrate dekat Mixwell Garage Bangi. Lokasi betul betul belakang stesen keretapi UKM. Dekat sini semua western. Tapi makanan dieorg mmg superb! Harga pun berbaloi. Nampak tak, gamba yang ada tulisan Happy Birthday? Yang tu, owner kedai bagi. As a gift sebab pilih kedai dieorang untuk celebrate bufday yang tersayang :)
First, aku booking tempat. Korang kene cari tempat yang sesuai dgn org yang nak diraikan. Macam Mixwell Garage ni, kedai dia ada bilik bilik. So aku booked 1 bilik. Privacy sikit. Sesuai dgn sifat dia yg pemalu and tak suke terdedah dgn ramai org :)
Bilik tu aku deko sendiri. Part ni korang mmg kena creative abes! Thats why aku ajak kawan baik aku. Sebab dia banyak sumbang idea jugak. Haha -..- Takde deko apa sgt pun. Kat bawah ni list barang-barang yang aku beli (Make sure before beli da plan nak buat tema kaler ape sume) Tema aku Purple Hitam :)

  • Kain Satin Purple and Hitam 2 meter tiap satu (Untuk buat alas meja)
  • Lilin Hiasan 2 box. (1 Box ada dalam 10-15) Tgok pada jenis
  • Ballon Helium 6 (3 Purple, 3 Hitam) *Aku pilih plain sbb nak nampak simple
  • Kelopak bunga (Petals) *Purple jugak sbb nak ikut tema :p
Haaa tu je. Tak sampai 5 barang pun kan? Jimat pun jimat but still look grand! Kek tu aku tempah dengan kawan aku. Brownies layer Cheese. Sumpah sedap! Kalau korang nak try boleh usha IG dia, NZ Fingers :)
Aku terpaksa tipu MR Nerdy masa ni sebab nak lambatkan masa. Nasib baik dia tak marah. Masa dtg tu terkejut gak la dia. Hihi
Mmg sgt puas hati! Korang nak idea lain? Ada banyak je. Kalau nak lagi simple, boleh je search mana mana restaurant yang mmg ade buat service untuk birthday. Selalu ada pakej jugak. Haaa yang tu dieorg da siapkan deko. Tinggal bayar je. Hehe
Kalau korang reti buat kek, better korang buatkan kek sendiri. Lagi spesel! Kalau untuk pasangan yg dah kawin, boleh la masakkan untuk husband / wife and paling penting deko bilik cantik2! Beli je petals warna merah, then tabur kat katil. Beli belon helium banyak banyak letak gamba korang!
Ish kalau nak cerita pasal surprise ni, mcm mcm idea jaat ada dalam kepala. Haha. Okay untuk korang yang nak tanya pendapat / idea untuk buat birthday party, boleh email farafirhana@yahoo.com. In shaa Allah aku cuba tolong :) Free of Charge je. Janji korang happy! Hiks
Akhir kata, Happy Birthday Once Again MR Nerdy! Korang doakan yang terbaik untuk kami ye? Much Love :*

Sunday, 4 October 2015

Dove Nutritive Solutions

Assalamualaikum =)
Hai korangs. Busy ke? Haaa hari ni aku nak ucap thank you dekat Nuffnang sebab tempek iklan Dove kat blog ni. Rasanya mmg dah lama gila tak dapat iklan tau. Sampai merajuk da dgn Nuffnang ni. Kahkahkah
Okay, sbg tanda penghargaan, ni nak share sikit dengan korang pasal DOVE! Sape pengguna Dove sini? Yeyyy kita geng! Sbb aku juga pengguna Shampoo Dove :) Kadang kadang la. Haha. Sebab aku ni jenis tak suka stick pada satu shampoo. Selalunya aku akan tukar-tukar. Dove is one of it la. Sebab bau dia mmg wangi! Rambut pun jadi lembut. Gituuu. Tapi kena dengan conditioner sekali la. Kalau pakai shampoo je maybe tak lembut sgt :p

Okay pada yg tak tau, Dove adalah personal care brand di bawah company Unilever. Unilever ni company besar based dekat UK. Dulu aku pernah buat assignment pasal Unilever. Tapi semestinya, hanya cebisan je yg aku ingat. Hahaha. Kalau korang nak tau, Dove bukan hanya keluarkan produk penjagaan untuk wanita sahaja, tetapi ada jugak untuk lelaki.
Mana nak dapat produk Dove? Kat pasaraya banyak! Hehe. Selalu aku beli dekat Watson or Guardian. Tapi aku prefer Watson. Hihi. And kalau korang perasan sebenarnya ada sesetengah mall yg jual dengan harga yg lebih mahal berbanding Watson. That's why la aku selalu beli kat Watson.



credit to Google Image
Okay sebagai penutup, aku letak sikit gamba products Dove untuk korang. Till we meet again! :)

Monday, 7 September 2015

Tips Menabung Untuk Yg nak berkahwin - Kahwin Bajet :)

Assalamualaikum Dear Readers :)
Lately ni ramai naww yg WA aku Tanya pasal 1WHP. Okay kat sini aku nak jelaskan yg aku dah TAK join 1WHP :) Nak tau details boleh whatsapp personally 0132760463. Sebab entry ni aku buat khas untuk mereka-mereka yg bercita-cita nak menabung dengan gigih. Especially gadis gadis or jejaka jejaka kat luar sne yg nak berkahwin! ^_^
Aku akan bg 10 tips menyimpan duit yg korang boleh try :)

Credit to Google Image
1. Committed
Okay benda ni sgt sgt la penting. Korang cakap je nak simpan duit la ape la..Tapi kalau tak committed mcm mana nak start? Benda ni mmg kena tanam dalam dalam sedalamnya dalam hati korang. Hehe :p So, untuk terbitkan perasaan tu kat dalam hati, aku suggest korang simpan duit sebulan at least RM50. Takpe, mula mula RM50. Nanti bila korang da okay korang sendiri yg akan rasa nak simpan lebih. Depends :) Tapi make sure semua komitmen like sewa kereta, rumah, etc dah settle tau. Kalau tak nayaa kene kejar dengan bank. Heeeee
2. Simpan dekat ASB / TH
Kenapa TH / ASB? Sebab kat sini korang kalau nak withdraw, kene g Bank sebab takde ATM Card. So ini akan menyebabkan korang kene berlari waktu lunch hour pergi bank pastu nak cari parking, bla bla bla. Bila mengenangkan semua tu, automatik korang tak jadi keluaran duit dalam tu. Haaaaa, kan da selamat duit korang tu! Hehe. Tapi untuk bukak akaun ASB/TH pun korang kene g bank jugak kan? *For those yg takde la* Okay kalau untuk mereka yg tak ada akaun and malas nak g bukak ASB/TH, aku sugggest korang buat satu akaun khas untuk SAVING. Kad ATM korang sorok la mana mana. Yg pntg jgn ada depan mata :) Ada lagi 1 suggestion! Heeee~ Untuk yg plan nak kawin dalam tempoh lebih dari 5 tahun lagi, aku suggest orang simpan di Unit Trust (Selain ASB). Sebab apa? Sebab Unit Trust is one of financial platform yg stable. Plus nak bukak akaun tak payah susah susah pegi bank. Consultant Unit Trust akan tolong korang :) Ada banyak Unit Trust kat Malaysia. Yg paling femes CWA and Public Mutual. So kalau korang berminat nak simpan kat Unit Trust boleh contact aku. Haha *sempat promote* Aku tak nak bgtau aku Unit Trust mana. Kalau nak tau WA personally okay? :)
3. Menabung
Menabung ni bukan setakat boleh menyimpan tapi satu amalan yg mulia jugak. Tapi masih ramai yg liat sgt nak menabung. Aku sarankan korang beli satu tabung yg mmg tak boleh bukak. Which is kalau nak duit dlm tu korang kena pecahkan. Mesti syg kan? Pastu confirm tak jd pecahkan. Selamat duit duit dalam tu. Wajibkan diri untuk simpan syiling! Tak kira la walau 5sen, jumpa syiling je masuk tabung. Tapi syiling korang tau, jgn pulak syiling org lain korg masuk dlm tabung korang. Satu hal nk mencari kat padang masyar :) Satu tips menabung yg berkesan yg aku da buat is simpan duit RM5! Kalau korg mampu boleh buat untuk RM20 jugak :) Sebab duit ni kita jarang jumpa. So bila jumpa tu jgn guna. Korg simpan dalam tabung. Anggap je la sedekah untuk diri sendiri. Hehe
4. Tabung Couple
Hihi, ini adalah salah satu teknik menabung jugak. Aku pun tau dari internet. Cuma tak igt. But sgt menarik kot. Okay sekarang korg ajak pasangan korang untuk menabung sekali. Sebulan ada 31 / 30 hari kan? Cara menabung ialah simpan duit ikut tarikh. 1hb simpan RM1, 2hb simpan RM2 dan seterusnya. Siapa simpan tarikh ganjil dan genap? Itu korang bincang la ngn partner korg. Maybe korang boleh main satu game and siapa kalah kena simpan tarikh genap. Hihi. Selain seronok dapat jugak hasil kan? Sebulan korang boleh simpan dlm RM465. Kalau tak salah la. Malas pulak nak amek kalkulator kira. Korang kira la. Haha. Tapi kan aku suggest korang buat terbalik supaya tak rasa sgt. Means, 1hb simpan RM31, 2hb simpan RM30. Lagi okay kan? So hujung bulan takde la terasa sgt nak simpan banyak banyak.
5. Ikat Perut & Tahan Nafsu
Ini adalah fasa yang paling PENTING dalam membuat saving. Korg kene ikat segala apa yg boleh ikat. Ikat perut tu takde la kejam sampai tak makan. Kang pengsan, aku pulak dipersalahkan. Ikat perut means makan benda yg jimat. Kalau boleh masak kat uma. Super duper jimat! Tak rety masak? Goreng telur makan ngn kicap pun sedap. Janji kenyang, jimat pulak tu. Hihiks
Tahan nafsu dari membeli benda-benda yg tak penting! Jgn kerap sgt dating. Yela dating mesti nak mkn sedap sedap la, tengok wayang la. Kan? Apa kata korang tahan diri dulu. Duit nak dating tu simpan. Esok da kawin, korang dating la hari hari ye? Takde sape halang :)
6. Beli Barang Sikit Sikit
Bertunang? Depends la kalau korang mampu and mmg adat dr family. Kalau aku, aku suggest tak payah tunang. Buat sekali jalan majlis korg, Jimat banyak sgt! Kos nak tunang sekarang ni pun mau dekat RM5k. RM5k tu da boleh lepas duit bridal korang tau. Tambah sikit lagi da boleh dpt pelamin, baju and mekap yg grand grand gituuu. Beli barang perkahwinan korang sikit sikit, Ini sgt membantu sebab korang tak perasan sgt duit keluar. Instead beli brg sekali gus, banyaknyaa belanja :0
Gaji bulan ni, korang beli la bunga telur, bulan depan bayar duit bridal pulak, lepas tu beli gift pulak. Aku pun dah start buat mcm ni. Alhamdulillah, dah makin banyak barang. Hihi
7. DIY barang barang kahwin
Haaaa part ni pun aku dah start buat. Takpe kalau korang tak tetap tarikh lagi ke lambat lagi nak kahwin ke. Tak salah pun buat awal. By the time nanti senang semua dah ada. Jimat masa jimat duit. Habis tenaga jela. Hehe. Korang mesti nak majlis yg iut trend kan? Nak ada props, guestbook semua. Benda benda tu semua better buat sendiri. Lagi puas hati. Kalau beli ni takut ada yg tak kenann la pastu harga boleh tahan meletop letop. Kalau nak tau Kad Kahwin pun aku design sendri. Hihi. Guna adobe photoshop. Alaaa jgn risau kalau tak reti photoshop, photoscape ada, Tak reti jugak? Guna word / publisher / paint pun boleh. Google je images yg korang nak. Yg penting kena rajin. Nanti kalau rajin aku buat tutorial untuk korang k? :)
8. Financial Supplement
Selain menabung je korang rajin rajin la buat side income. Online business ke, buat dua kerja ke. Seriously buat dua keje aku penah, Online business pulak mmg tgh buat sekarang. Plus aku part time jadi Consultant Unit Trust. Alhamdulillah, yg penting niat. Ramai yg kata mesti aku kaya senang bla bla bla. Kalau aku kaya senang, aku tak buat semua ni. Baik duduk uma goyang kaki. Hehe. Untuk yg takde modal nak buat business tapi mmg berniat, korang boleh start as Dropshipper dulu. Ramai je online seller yg nak khidmat korg. Termasuk aku! Haha. Kalau nak jadi dropship handbag pun boleh WA aku personally. Walaupun untung tak banyak untuk 1 barang, tapi percayalah kalau korang rajin, korang boleh dapat income yg masyuk. Yg penting usaha! :)
9. Jaga Hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan Parents.
Ini adalah tunggak asas dlm kehidupan. Solat jangan tinggal. Biar busy mana, jaga hubungan kita dengan Allah. Sesungguhnya DIA yg beri rezeki pada kita :) Kalau rajin buat solat Dhuha. Banyak sgt manfaat buat Dhuha ni. Salah satunya, dijauhan dari kesempitan rezeki. Cam tu jugak hubungan dengan parents. Jgn kedekut. At least sebulan tu korg bg RM50 kat dieorg pun takpe. Apa la sgt dengan nilai dan pengorbanan mereka untuk besarkan kita kan? Besar ganjaran korg dapat. In shaa Allah ;)
10. Selalu Bersedekah
Nak kaya? Rajin la memberi. Igt selalu yg rezeki kita bukan hak mutlak kita sepenuhnya. Allah bg pinjaman je kat kita. Rezeki adalah untuk dikongsi. Rajin lah memberi, besar ganjaran. Tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima :) Last but not least, hiduplah dengan besederhana. Tawakkal dan serahkan semuanya pada Allah. In shaa Allah DIA maha pemurah dan mendengar :)
Yeyyy habis dah 10 tips ni. Harap dapat membantu korang semua. Yang single pun boleh try tips tips ni. Mana tau suka g travel kan? Yg barang sikit sikit tu boleh ganti dgn barang g travel instead barang kahwin. Tak gitu? Hehe...Selamat mencuba! =)





Tuesday, 16 June 2015

Fenomena Unit Trust :)

Assalamualaikum =)


Allah.... Lamanya tak jengah blog ni.. Makin buruk je rasa :(

Okay, actually nak share something yang bermanfaat dekat korang semua..
Disebabkan ekonomi yg sekarang tak berapa stabil, of course kita kena amek langkah berjaga-jaga.
Bak kata pepatah melayu "Sediakan Payung Sebelum Hujan"

Rasanya semua orang pun nak kan perlindungan diri & secure income korang kan? Kadar inflasi sekarang agak tinggi. Apa bekap plan korang untuk masa akan dtg?

Haaaaaa.. Ni nak bagitau, rasanya fenomena Unit Trust bukan lagi satu benda baru dalam masyarakat kita. Secara dasarnya, Unit Trust adalah satu tempat yg mmg secure duit kita! In shaa Allah dijamin selamat =)

Tak nak ke simpan duit untuk bekap future korang? Kita tak tau kan apa yg akan jadi in future. Hanya mampu merancang, Allah penentu. Unit Trust bukan je secure tapi dapat menggandakan simpanan kita dalam satu tempoh yang agak singkat.

Berminat nak tau lagi lanjut pasal simpanan Unit Trust?
Boleh wassap / wechat / telegram 0132760463.

In shaa Allah aku cuba bantu yg terbaik. Yang pastinya ia adalah Shariah Compliance. Hehe :)

Jangan berlengah & bertindak sekarang! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...