Tuesday 3 June 2014

Nikah Gantung


Assalamualaikum =)

Hai korang, entry aku kali ni nak bincangkan tentang "Nikah Gantung". Familiar with it? Rasanya perkataan ni familiar dikalangan remaja masa kini, especially kat kalangan students.
 Okay, first of all..mesti ramai yang tertanya-tanya dalam islam ada ke istilah nikah gantung ni? Jawapannya adaaa. Kalau nak tau nikah gantung dalam bahasa arab ialah nikah khitbah. Nikah khitbah ni sah dalam agama islam. Malah, Nabi Muhammad S.a.w juga pernah nikah khitbah semasa berkahwin dengan Saiditina Aisyah. =)
Ape sebenarnya nikah khitbah atau lebih dikenali sebagai nikah gantung dikalangan masyarakat melayu? Nikah gantung ialah dimana kedua pasangan telah sah diijabkabulkan sebagai suami isteri tetapi tidak tinggal serumah. Malah nafkah yang patut diberi oleh suami juga boleh dilepas atau dikurangkan. Nikah gantung selalunya terjadi pada mereka yang bergelar pelajar. Dimana si lelaki masih belum mampu untuk menyara si perempuan tetapi nafsunya dah membuak-buak. Ianya juga adalah salah satu langkah yang bijak untuk mencegah zina :)
For your information, nikah gantung masih lagi diamalkan dalam kalangan masyarakat arab sehingga kini. Jika di Malaysia, adat masyarakat melayu ialah bertunang. Dimana dalam tempoh bertunang, si lelaki akan mencari wang untuk meraikan majlis walimatul urus. Tetapi di negara Arab, instead of bertunang, mereka memilih untuk nikah khitbah. Konsep yang sama, dalam tempoh masa yang dipersetujui, si lelaki akan mencari wang hantaran untuk melangsungkan majlis. Bezanya disini, jika bertunang masih lagi ada batas antara lelaki dan perempuan. Sedangkan bila bernikah khitbah semuanya telah halal. 
Bila seseorang perempuan telah bernikah gantung, nafkah masih pada si ayah sehingga laa dia dan suami duduk serumah. Suami isteri yang telah nikah gantung bebas berjumpa tanpa ada batas tetapi mereka tidak boleh tinggal sebumbung. Jika telah tinggal sebumbung maka terbatallah nikah gantung ini dan disini nafkah si isteri tidak lagi pada ayah tetapi pada suami sepenuhnya. 
 Jelas sekali disini, sepatutnya kita boleh membawa amalan ini di Malaysia. Tetapi mentaliti masyarakat kita terlalu obses dengan perkahwinan yang gah. Ibu bapa pula menghalang anak-anak berkahwin. Maka tidak hairanlah jika setiap hari kita mendengar laporan tentang pembuangan bayi dan sebagainya.
Aku pun sebenarnya takde la arif sgt. Tapi pada aku, nikah gantung adalah satu benda yang sgt logik. Bukan setakat mencegah zina malah mendapat pahala.
Wallahualam. Jika tersalah harap betulkan. Ini hanyalah pendapat peribadi aku. Mungkin ada yang kat luar sana yang ada pendapat yang lebih bernas. Sama-sama kita renungkan :D

8 comments:

  1. Macam mana kalau nikah gantung tapi wiken balik rumah husben ? Adakah separa gantung namanyaaa. Huhuhu. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. itu dikira perkahwinan jarak jauh syg..bkn lg nikah gantung. Nikah gantung terbatal bila tgl sebumbung and adanya aktiviti sbg suami isteri =)

      Delete
  2. senior2 kita ramai yang nikah gantung.. hihi.. tapi kitaa belum lagi.. ekekeke :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha itu yg t'baik. Mungkin tk lme lg turn awak pulak. Hehe =)

      Delete
  3. Maaf nk tumpang brtnye....klaw nikah gantung ni,perlu ke disertakan sekali wang hantaran?? Confuse ni :'( wajib ke

    ReplyDelete
  4. Maaf nk tumpang brtnye....klaw nikah gantung ni,perlu ke disertakan sekali wang hantaran?? Confuse ni :'( wajib ke

    ReplyDelete
  5. mcm mane klau nikah gantung tapi kdg kdg bwak isteri tidur hotel , masih dikire gantung atau terbatal?

    ReplyDelete
  6. Tolong saya macam mana nak pujuk boyfriend untuk nikah gantung

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...