Monday 25 November 2013

Cerita Hujung Minggu

Assalamualaikum =)


Biasa laa bila hari isnin je jadi malass sangat..Rasa mcm cuti 2 hari tak puas.. Hehe

Hujung minggu hari tu korang buat ape? Dok uma ke jalan-jalan ke atau kene kerja? Heee

Aktiviti aku? Hehehe.. Disebabkan sekarang ni dah berhenti buat part time, hujung minggu sangat free. Ape lagi, bersiar-siar laa. Lama tk berjalan! Hehehe

Acah-acah macam gemok tapi keding!

Okay, semua orang sekarang da start panggil aku kerengga. Rasa cam nak gigit-gigit je dieorang ni.. Da makan banyak pun cmtu gak, still underweight :'( Ada tips nak gemok tak? Heee

Ish tak kan la keluar sensorang kan.. Mestila berteman. Hehe.. 

Bonzer ni! Hahaha ;p

Semestinya aku dengan Ain. Bff dunia akhirat, in shaa Allah. Actually ada watak ketiga antara kami berdua tapi watak itu dirahsiakan. Watak tu bukan dari aku tau, dari Ain. Heee.. Im happy for you my dear. Always pray d best for you. May him is the last one =)

Ni gamba amek kat TS. Rasa cam muda balik pulak bila jalan-jalan cmni. Tgok movie, lepak-lepak =)

Then malam kteowg lepak pantai and ada watak keempat yg ditambah oleh mereka berdua. Siapa? Itu pun dirahsiakan! Hahahaha. 

Ok bye. This weekend viva, so takde la nak berjalan-jalan sgt. Wish me luck! =)





Friday 15 November 2013

Balik Kampung

Assalamualaikum

Heee, minggu ni balik Johor. Tak sabar nak tunggu pukul 5. Ptg ni balik Melaka dulu amek anak buah. Cuti sekolah kan. Budak-budak akan temankan nenek di kampung. Esok pagi baru balik Johor. Yeahhh rindu. Rindu abah, rindu emak. Semoga selamat sampai :)



Thursday 14 November 2013

Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy


ASSALAMUALAIKUM

Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..


Car Boot Sale

Assalamualaikum 



Mai la ramai-ramai kita pakat berniaga. Mengisi masa terluang dihujung minggu. Sambil-sambil tu boleh jana pendapatan. Details semua dah ada dalam gambar. Tunggu apa lagi? :)

Wednesday 13 November 2013

Pertukaran Cuti Umum

Assalamualaikum




JOHOR dengan rasminya telah menukar cuti umum dari sabtu ahad ke jumaat sabtu. Wah! Da macam negeri pantai timur. Tapi rasanya ini adalah idea yang baik since sebenarnya dalam islam pun memang jumaat adalah hari yg baik untuk cuti. Jumaat kan penghulu segala hari.

Alhamdulillah Johor dah melangkah ke satu arah yang lebih baik. Terima kasih kerajaan johor, terima kasih Sultan, terima kasih semua. Saya bangga jadi rakyat Johor :D

Tuesday 12 November 2013

Super Friends Giveaway by Aina, Afiqa & E

Assalamualaikum =)

KLIK BANNER

Bila owner GA ni invite terus je rasa eksaited. Sebab pasal friendship! =)

Actually apa yg diharapkan dalam sebuah persahabatan? Kalau ikut fara, apa yg fara harapkan dalam sebuah hubungan adalah keikhlasan. Tak kira la hubungan apa sekali pun, keikhlasan adalah asas yg paling penting.

Kenapa keikhlasan? Sebabnye, bila hati kita sentiasa ikhlas, kita tak kan pernah merungut bila disusahkan, kita yg terlebih eksaited bila org kita sayang gembira. Dari keikhlasan akan lahir sendiri rasa sayang, akan lahir sendiri kejujuran dan juga kesetiaan. InsyaAllah, tidak akan ada rasa terpaksa dalam diri. Malah sentiasa bersedia untuk harungi susah senang bersama.

Marilah kita sama-sama mengekalkan persahabatan yang terjalin dan jgn biarkan tali yg tersimpul rapi itu terlerai!


Faiz, Why & Iena menjadi pilihan!

Salam ukhwah fillah :D







Thursday 7 November 2013

Pemain JDT 2014

Assalamualaikum =)



Me love Johor =)

Senarai Pemain JDT untuk tahun 2014 :

  • Muhammad Al-Hafiz Hamzah
  • Nurul Azwan Roya
  • NOrshahrul Idlan Talaha
  • Jasazrin
  • Mohd Akram Mahinan
  • Mohd NAzri Ahmad
  • Aidil Zafuan Abd Radzak
  • Safiq Rahim
  • See Kok Luen
  • Braulio Rodriguez
  • Hariss Harun
  • Pablo Aimar
  • Mohd Amri Yahyah
  • Mahali Jasuli
  • Norazlan Razali
  • Nazrin Nawi
  • Fadhli Shas
  • Irfan Fazail
  • Fandi Othman

Keeper, middle and striker masih belum diisi. Masih mencari-cari pemain yg sesuai kot..
Mahali Jasuli, Fadhli Shas and Amri Yahyah masuk JDT, teruja gilerrr! Favorite footballers pulakkk.. Memang musim depan aku aje la yg beli tiket bola. Hehehe :p


Tapi actually aku frustrated sket laa sebab Safee buah hati kesayangan aku tak main tok JDT season depan :'( No matter what, aku tetap support Safee. Malaysia footballer yg mmg tetap no 1 dihati =)

#Congrats Pahang! JDT tetap dihati :D






Betul ke bohong?

Assalamualaikum =)



Good morning! 

Heee. Siapa suka makan coklat angkat tangan! Yeahhh, sepp sikit! Me love chocolate sesangat. Hantu coklat kot! Sampaikan my sis kata adik makan coklat macam makan nasi. Boleh imagine?

Coklat menggemukkan? Betul ke bohong? 

Hurmss, pada pendapat aku la kan,coklat tu tak menggemukkan lgsg! Seriously. Tak tau la kalau aku badan aku ni mmg jenis yg ssh sgt nak naik kan. Tapi sepanjang 23 tahun hidup ni, coklat tu da mcm makanan harian, tak gemuk pun :'( Ini semua bohong :p

Lagi pun sebenarnya kan, coklat ni mampu mengurangkan stress dan perasaan nervous. Ini betul, tak tipu. Aku kalau stress mesti akan makan coklat and mesti rasa release je. Kawan-kawan yg lain pun sama tau! And kalau korang tengah nervous, yelaa ada interview ke, test JPJ ke, ape-ape jela, korang try la makan coklat, insyaAllah boleh reda sikit perasaan gemuruh tu. Just nak share tips je sebab masa aku test JPJ dulu aku buat cmni. Ehehehe :p



    

Yummyyy! Sedappnyeeee coklat. Jom breakfast coklat! =)


Tuesday 5 November 2013

Terpaksa Berhenti

Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah =) Semoga tahun baru ni akan memperbanyakkan lagi amalan baik kita. Amin

18hb ni due tok hantar sypnosis thesis. Know what? Banyak lagi tergendala. Mungkin aku terpaksa berhenti buat part time. Sebabnye aku dah tak mampu nak bahagi masa untuk thesis aku. Hari tu sempat la balik segamat jumpa my lovely lecturer bincang pasal thesis. Sir Ariff dengan baiknye bersedia untuk run data aku dgn sem. Terharuuu *sobssobs

Permanent untuk brand aku skang still dalam cuti sempena deepavali. Naik cuti ni aku akan bgtau dia tentang berhenti keje ni. Kesian kakak, tapi apakan daya, saya terpaksa. Takde thesis, tak boleh la nak grad :'(

Wish me luck. Pray for me, may Allah ease my ways :)

Monday 4 November 2013

Full Blog Edit :D

Assalamualaikum =)

Taddaaa, blog da berubah wajah. A big thanks to Dayang Deno sebab edit blog ni dengan cantiknyee.

Pada korangs yg suke dengan hasil keje Cik Deno kite boleh la terjah ke blog dia. Harga yg berpatutan dgn hasil yg memuaskan :D

#sukasesangat =)

Wednesday 23 October 2013

Kerja Kosong

Assalamualaikum..

Sekarang busy sangat dengan kerja, dengan thesis, dengan part time plus tengah mencari-cari  kerja untuk masa depan. *Pengsan


Doakan la saya ada banyak tenaga untuk teruskan perjuangan yg tinggal beberapa bulan sahaja. Hee


Sekarang ni da start nak cari kerja since practical akan habis early of December. Tak lama je lagi. So tak nak la menganggur kan walaupun tahu bukan senang nak dapat kerja sekarang ni. Ade few members yang da start g interview sana-sini. Good Luck korang. Doakan turn saya cepat sampai ye.

Kalau korang tau mana-mana yang ada kekosongan jawatan, roger-roger la saya di sini ye. Saya tak memilih kerja selagi halal. :)

Wish me Luck! 


Thursday 10 October 2013

Alhamdulillah =)

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah. Im still alive. Thank you Allah for lending me a life for this 23 years. This year birthday is not happy as before but I really thankful for what I have. Thanks to all friends for your thought and wishes. May Allah bless all of you. :D I'm a big girl now :p




Wednesday 2 October 2013

October Arrival. Grab it now! :)

Assalamualaikum. 

New stok is available for order now! :)







For more details and choices, visit here! :D

Thanks for support :)

Tuesday 1 October 2013

October :D

ASSALAMUALAIKUM ^_^



Hello october! We meet again. I heart you. Please be awesome =)

Thursday 26 September 2013

3000 SLE Supporters Giveaway


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam

Wednesday 25 September 2013

Perancangan Allah :')

Assalamualaikum :D

Hariii ni bangun tido pagi2 dah dapat berita gembira. Kak Ila da selamat melahirkan baby boy! =)
Anak buah lelaki yg pertama. Cucu lelaki mak abah yg first. Kalau la arwah abang masih ada...
Allah lebih sygkan abang, tapi dia gantikan abang dengan baby yg sangat comel sama cam muka abang :)

Allah maha mengetahui apa yg kita tak tahu. Perancangannya banyak yg kita tak faham tapi tanpa sedar semuanya adalah yg terbaik buat kita. Doa adik akan selalu untuk abang. Semoga baby jadi anak yg soleh =)

Welcome to d world :')

Masa scan ari tu baby girl, so mostly baju sume kalerr pink. Kuar2 baby boy. Haha. Yang penting baby sihat and kak Ila selamat. Satu-satunya peninggalan abang yg paling berharga dan tak ternilai. Permata Azimad kami selamanya. Al-Fatihah buat Eddy Azimad Md Amin :')


P/S - baby belum ada nama. Mak nak nama baby ada nama Hazim. Any idea?

Wednesday 18 September 2013

Wednesday 11 September 2013

Blog Review 2.0

Assalamualaikum =)

CLICK BANNER
Nak tambah kenalan? Mestilaaa kan. Haa meh la join segmen yang Shiela anjur ni. Salam ukhwah dari saya =)



Good Luck! xoxo :D

Giveaway iCEPS9 !

Assalamualaikum! =)

Klik banner untuk Join! :)

Hadiah yang bakal dimenangi :

1) 3 Blouse dan 3 cardigan from Mhouse Blouse
2) Topup RM5 untuk sepuluh orang dari Mieza
3) 1 Halfmoon, 2 Shawl, 1 Pashmina, 1 Golden Bookmark dari Hda
4) 1 Ladies Jaket dari Qayla Hijab

Penyertaan tamat pada 30 September 2013


Good Luck! xoxo :D

Tuesday 10 September 2013

Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com



Jom sertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Segmen ini berlangsung daripada 1 September 2013 hingga  30 September 2013. Caranya mudah sangat. Cuma lima langkah sahaja.

  1. Follow Blog cikguzamrud.com, Tambah Google+ hijau zamrud
  2. Buat entri bertajuk "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com"
  3. Copy paste kod HTML yang telah disediakan diruangan HTML new post dan publish entri.
  4. Tinggalkan link (URL entri) anda diruangan komen entri ini.
  5. Klik mana-mana iklan Nuffnang.

Blog rakan blogger yang menyertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com" akan tersenarai dalam bloglist cikguzamrud.com sehingga 31 Disember 2013.

Segmen ini dibuat sempena pertukaran domain pbssainsonline.blogspot.com kepada cikguzamrud.com. Selain itu, ia memberi peluang kepada cikguzamrud mengenali rakan-rakan blogger dan menziarahi blog rakan-rakan blogger. Secara tidak langsung segmen ini dapat merapatkan lagi persahabatan sesama blogger.

Kepada semua rakan blogger, selamat berkenalan. Terima kasih kerana memberi meryertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Sokongan kalian amat saya dihargai.

Monday 9 September 2013

Dear Soul Sister ;)

Assalamualaikum ;)

Yeahhh ari nii dah ari isnin. Monday blues. Malass sgttt nak koje.. Tapi kene laa koje kan, tanggungjawab. *yawning*

Jumaat ari tu aku lik melaka, balik keje je terus gerak. Sebenarnya malas nak balik tapi disebabkan Aisyah lik uma abg dia, then Ain pun tak balik lagi, aku terus la bawa diri pergi ke Melaka. Ngehehe. Layan karenah si An, hilang segala stress. Bila la si kocik ni nak pandai jalan. Hee

Semalam kol 6 aku sampai bangi terus g Kajang. Jumpa kakak ! :) Miss her a lot. Mmg da banyak kali jumpa, tapi asik rindu je. Lagi dah dekat, lagi nak jumpa. Yelaa, hari ni dia da start kelas. Da balik Melaka da pun, so nanti tade masa lak nak jumpa. Hehehe.

muka gua tanpa secalit mekap nampak pucat. Beza dgn kakak

I love you my dearest sister :* Nanti kita jumpa lagi ye. Dah lama tak tengok movie sama-sama. Waiting for the good time. Muahx! :*

P/S - ari ni student da naik, melambak-lambak manusia kat kaunter. Haaaa, penat layan karenah dieorang. Waktu rehat harus digunakan sebaiknya. ehehehe

Wednesday 28 August 2013

PABLO AIMAR main untuk JDT?

Assalamualaikum! =)

Haaaa sape yg minat bola for sure kenal kan sape Pablo Aimar tu? International footballer pulak. Kalau kata minat bola tapi tak kenal, parah tu parah.


credit to Google Image

Haaa pada sapa yg tak kenal Pablo Aimar, ini lah orangnyee ketika muda. Macho kan? Haaa ni baru kat luar, kalau tengok die beraksi dalam padang lagii umppphhh! 

Bekas pemain Argentina ini dikatakan akan bermain untuk pasukan Johor Darul Takzim pada season depan (2014) sebagai pemain tengah (midfielder). Berita ini pastinya menggembirakan peminat bola sepak terutamanya penyokong-penyokong JDT sendiri. (sayalah tu) hihihi. Thanks TMJ! Ramai yang tertanya-tanya kenapa Pablo Aimar memilih untuk bermain dengan JDT sedangkan beliau ada mendapat tawaran yang lebih lumayan dari Dubai dan Brazil.

Beliau hanya tersenyum ketika soalan ini diajukan kepadanya. Katanya lagi, keputusan untuk bermain bersama JDT adalah kerana sebelum ini beliau pernah tiba di Johor dan beliau sangat sukakan suasana kehidupan di Johor dan merasakan tempat itu sesuai untuk beliau serta keluarganya. Untuk pemain professional seperti beliau, wang ringgit bukanlah segala-galanya. Ditambah lagi, beliau juga memilih untuk bermain bersama pasukan Johor kerana penyokong Johor sendiri. Tidak banyak pasukan didunia ini yang mempunyai penyokong seperti penyokong Johor dan ia merupakan satu penghormatan untuk beraksi dihadapan mereka.

credit to Google Image

Acece sape la yg edit pic ni mesti eksaited macam kite jugak! Hahaha. Tapi dengar-dengar Nunez dgn Safee Sali dah tak main lagi untuk JDT musim depan. (Sedih) Jasa korang tetap dikenang. Saya penyokong Johor tetap bersama Johor. Go JDT! Thanks TMJ =)



Monday 19 August 2013

Jangan Menunggu........ :D

Assalamualaikum. =) Nak share something. Terjumpa dekat internet and sangat menarik hati. Renungkan :)

Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah maka kamu akan bahagia.

Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah maka kamu akan semakin kaya.

Jangan menunggu orang peduli kamu baru kamu nak peduli, tapi pedulilah dengan orang lain juga, maka kamu akan dipedulikan.

Jangan menunggu rezeki baru bekerja, tapi bekerjalah maka rezeki akan menunggu kamu.

Jangan tunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai maka kamu akan dicintai.

Jangan menunggu berjaya baru kamu bersyukur, tapi bersyukurlah maka bertambah kejayaan kamu.

Jangan menunggu bersemangat baru melakukan, tapi lakukanlah maka kamu akan lebih bersemangat.

DON'T WAIT ANYMORE!


A smile can hide thousand pains. Be thankful for everything you have. Never regrets. Be strong. Move on. Live your life happily. ILY. xoxo :)









Thursday 15 August 2013

Gila Novel? Mari Sini ! *kenyit mata*

Assalamualaikum w.b.t =)

Hello, hi, hoi and sewaktu dengannye! sape kat sini suka baca novel angkat kening *kekening* hehehe
Aku memang antu novel and plus aku suke mengarang novel. tetttt.. Nanti aku ada masa aku upload ye cerpen aku. Gaya cam best sgt je. Haha

Bagi mereka-mereka yg gila novel sama cam aku, ni haa aku nak suggest kat korang 2 novel yang pada aku mmg best la. Best sbb apa? Sebab......haaa kene laaa baca entry ni sampai habis :D

Novel pertama yang aku nak korang baca...jeng jeng jeng


Dush3, Projek Memikat Suami. Aku bet mesti ramai antara korang yg da khatam buku ni kan? Ntah2 dah 3, 4 kali. Ye tak? weeehuuu. Novel ni keluar tahun lepas kot. If im not mistaken laa. Tapi aku baru baca buku ni. ngehehe. Mula-mula aku baca novel ni aku tengok cam sama je ngan novel-novel lain sebabnya berkisahkan pasal kahwin paksa. Mesti la rasa cam, alahaii kahwin paksa lagi. Cam dah tade cerita lain je kan? Haaaa tapi novel ni lain. Even ia berkisahkan kahwin paksa, tapi cara penyampaiannya sangat berbeza. Kata orang novel ni agak 'keras'. Tetttt. Hahahaha. Bukan keras hantu tauu. Ngehehehe

Nawwal Husna seorang gadis kecil molek. Dia disuruh berkahwin dengan seorang lelaki yang sama sekali tidak dikenalinya. Dek kerana mahu membantu perniagaan ayahnya, dia menerima lamaran dari keluarga Zahrain Alimin. Zahrain Alimin seorang usahawan muda. Pertama kali mereka bersua muka Nawwal dah pun jatuh hati pada kekacakan Zahrain namun sikap Zahrain yg macam ketul ais membuatnya keliru dengan keputusannya. Diteruskan juga perkahwinan itu demi babah! Sejak hari pertama diijab qabulkan, Nawwal nekad mahu memikat suaminya supaya perkahwinan ini berjaya. Pelbagai usaha yg dilakukan. Memang menarik, kelakar, romantik. Segala rasa ada bila baca novel ni. Aksi-aksi seprti 'butter cream' dan 'now' sangat mencuit hati. Tau tak now tu ape? Haha. Nak tahu kenela baca okay! 

Baru-baru ni dapat tahu yang novel ni akan didramakan! phewwittt *gaya Amy Search*. Tak sabar nak tengoknyaa. Ngehehe. Dikhabarkan pelakon yg akan membawa watak hero dan heroin cerita ni ialah si hero malaya Aaron Aziz and si cantik manis Emma Maembong. Nak tau menjadi ke tak lakonan dyowg, kenelaa tunggguuuuu.....

Korang rasa okay tak? ;)

Sama-samalah kita tunggu kemunculan dieorang ye. :)

Haaaa, novel kedua tu nak tau tak? Novel ini......


Haaa sape penah baca cepat buat gaya alaaa-alaaa anak Tomok yg comel tuhhh. Hahaha comel je korang ni :) Ni laa novelnye, Awek Buku dan Cornflakes Madu!
Nak tau kenapa aku kata novel ni best? Sebab kan korang da boring dengan cerita kahwin paksa.. Haaa kita baca yang ni. Tak ada pun berkisahkan kahwin paksa. Romantik plus sedih ye. Ngehehehe

Penulis menceritakan tentang seorang remaja perempuan yang baya-baya aku ni dilamun cinta dengan seorang jejaka. Kelalaian Zaireen menjaga sebuah bukunya menemukan dia dengan si Arjuna yang lantas menggelarnya sebagai Awek buku. Arjuna atau nama sebenarnya Zaffrul seorang lelaki yang sangat pemalu dalam meluahkan isi hatinya. Tetapi gerak tubuhnya sudah cukup membuktikan cintanya pada seorang gadis. Percintaan yang ingin diakhiri dengan ijab dan qabul hancur berkecai apabila Zaffrul terlibat dalam satu kemalangan yang telah meragut nyawanya. Zaireen kecewa bertahun lamanya lantas membiarkan hatinya tertutup. Kehadiran Ruzaizi si jejaka Cornflakes madu mirip sekali tingkahnya dengan Zaffrul telah mencuri hati Zaireen dalam diam. Namun dek kerana cinta pada Zaffrul, dia mengabaikan rasa hatinya. Siapa Ruzaizi? Apa hubungannya dengan Zaffrul? Sejauh mana Zaireen mampu menahan rasa hatinya? 

Haaa tertanya-tanya kan? Nak tau baca laa. Confirm puas hati. Tapi permulaan cerita dia agak boring kot.. Tapi still menarik. Novel ni pun sebenarnya dah lama. Tapi tak kira nak share jugak. Ehehehe ;p

p/s - ari tu aku abeskan voucher beli novel tapi dikebas sumenye oleh abg ipau aku. Ish3. Sedih. Sobs sobs



Tuesday 13 August 2013

Do you understand?


Kata hati seorang sahabat..aku tak mampu nak puaskan hati semua insan di sekelilingku...tak mungkin aku mampu..Aku juga manusia biasa yg punya hati dan perasaan. Jangan. Jangan ditanya kenapa hati ini merekah. Ada di satu tahap, manusia akan jadi seorang yg sangat sensitif. Dan aku berada di zon itu sekarang. Aku hanya mampu berdoa semoga ikatan persahabatan antara kita akan terus terjalin dan simpulannya tak terbuka. I really love you my dear friends. Dont break it. Enough.

Monday 12 August 2013

BICARA HATI.....

Assalamualaikum :)


Haiii korangsss. Lom terlambat kan nak wish raya kan kan kan? Hee

"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN"


How's your Raya? Mesti best kan? Aku tade la best mana pun. Hari ni da start keje da pun. Haha jadi la kan dari tade cuti langsung. Ye tak? :)

Bicara hati? why3? Kata hati berbisik sesuatu yg sangat merunsingkan hati. Aicehhhh! Ayat gua tak boleh blah. Lately ni banyak sgt benda yg jadi. Memerlukan kesabaran yg sangat tinggi. Alhamdulillah aku masih mampu bersabar. Tapi hati aku umpama ais. Tak mampu dicairkan lagi dan terus membeku. I'm Heartless :) Akan aku terus mengorak langkah ke hadapan tanpa memandang ke belakang. Pray for me Dear. I really need support from someone. A friend maybe. Just wondering where all my friends yg ngaku bff when I really need them? Am I not important as I thought? Move on.

Itu cerita kawan. Cerita family? Aku dah pun berpindah. Start a new life with my beloved family. I really hope everything would be fine. Really tired with all this. Just need some space to have ever after happiness. Always pray for my parents. I really love you mom & dad :) Tade siapa pun yg tau aku pindah and I think tade sape pun yg berminat nak tau. Phewww. Move on.

Practical? Harharhar. Aku happy kat MFI. My new family. Semua orang baik sgt3 :) sudi bagi tunjuk ajar. Tak stress pun. Harap-harap dapat laporan yg baik and dapat A! InsyaAllah :D Move on.

Love? Oh no! Time raya ni la jumpe makcik pakcik sedara mara. Aku pun tak tau la da bape kali soalan kawen tu diajukan kat aku. Calon pun tade camne nak kawen? Ngehehe! My heart still empty and I'm not ready yet to having any serious relationship with anybody. Allah dah pun tetapkan jodoh kite. Dah ade nama di luh mahfuz. Hanya serahkan pada DIA sebaik-baik perancang. Berdoa dan terus berdoa. InsyaAllah :) Move on.

Sambung koje. Bicara Hati seterusnya akan bersambung. Hiks. xoxo

Friday 31 May 2013

Goodbye May ;)

Hello dearest! Its June already :) Means that here my final exam is around d corner. I'll fish my degree in this few days. Now lets counting the days! ;)

June is a month with lot of memories. All the memories will be kept in a folder. Memories to be remembered. Love. Be nice yeahh :D xoxo

Friday 17 May 2013

Practical Training ^_^

Assalamualaikum w.b.t ;)

Haiii uollss..lamenyee tak mengupdatee..dah bersawang-sawang daaa..bukan ape, skang i aku rasa aku busy mengalahkan mak datin.. mak datin pun lom tentu busy cm aku ni haaa.. Ni pun sebenarnyee banyak lagi keje yg terbengkalai..uwaaaaaa :'(

Naseb baik laaa tinggal sebulan lagi je untuk aku hadap semua benda ni...InsyaAllah..and then ak practical, after that finished! Yeahhhh, syukur =)

Practical??? Jeng jeng jeng.. Ramai lagi actually dak2 yg masih belum dapat tempat untuk prak.. Tapi Alhamdulillah..Syukur kepada Allah, aku da pun dapat tempat and diterima oleh sebuah company untuk amek aku praktikal. Ngeeee :D

Tadaaaaaa!!!


HAHAHA! Bangi jugak yg sudi terima aku. huhukkkk.. Tapi in case kalau aku dapat tempat lain yg lebih dekat, aku akan tolak tawaran ni.. Sebabnyeee, aku memerlukan transport and rumah kalau aku nak prak kat sane. Hurms, tau je laaa living cost kat bandar niii.. Parokkkk lerr den.. Tapi tu laaa, aku da happy dapat sini. Dekat ngn Ain, Jeda, Kakak, Eqa... Ish ramai laaa.. 


Em, later I will think about it. Now is time for me to focus on my final semester! Jyeahhh.. Bak kate wan, kene all out skang. Let us crazy now, dont crazy after get result. Chaiyokkk!!!

Wish me luck my dear and please pray for me. Always pray for you. Let do the best for both of us ;)


Good Night! =)

Sunday 7 April 2013

WeekEND ;)

Assalamualaikum :)

psstt psstt da tydo ke korggsss? Al maklumlahh da kol 12 malam ni. heee

Just nak share sikit ape yg menarikk sgt ngn weekend aku yg sebenarnyee agak boring. Cuma minggu ni up sikit laa, tak bosan cam yg lepas2. Hihi

Ari sabtu pe yg aku buat ek? Hurms, bgn pagi cam base laa mmg pas solat pasti akan tydo balik. Habit. Then petang pastinyee layan panggung sabtu. Shah rukh Khan uuuu. Even cte die tade laa best mne, tapi sbb minat Rani Mukherjee yg ayu tu, aku layankannn ajee. Cantik kan Rani tu? Lembut je dgn suara serak2 basah die. Awww, sexy! Heeee ^^

Abes hindustan? Hurms, dalam paleottak pk nak masak. Tup tup tgok sa nak kuar p jogging. Yana plak nak kuar ngn adik die. Tnggal la aku dgn Sem. Tetibe rase malas nak masak and bosan, so kami berdua pun keluar. Sampai pertengahan jalan, call kakak and Mayra ajak kuar makan sekali. Kat mane? Jeng jeng jeng. Kteowg da ade satu tempat favorite kat Segamat ni. Mana lagi, kat cactus laaa. Hee. Kedai makan ni agak femess laa kat sini. Sedap and harga pun nice. Abg tu bg harga baikk punyeee. Mekaseh Abe T_T

Tengah makan-makan sedap sedap ni, yana ngn adik die boleh mai. Haaa, chemistry kteowg kuat kan? HAHA. Then lepak setable laa pe lg. Borak punye borak rasa nak karok lak. Sekali sebut je terus deal. Contact lisa pun on. Haaaa, pe lagi..... Lpas maghrib tu kteowg terus g berjimba ramba. HAHA

CEHH SJE NAK LETAK. HAHA
Girl's day out =)
Haaaa, ni laa gamba kekasih hati saya. Yg pakai seluar merah tu laa Mayra. Yg ujung tudung biru tu Kak Sufi. Tudung hijau Sem, si kecik baju itam yg pakai bag tu Yana and yg pakai baju putih tudung pink tu Lisa. And yg tak disebut tu aku laaa. HAHA =) Muka aku dah makin gelap actually. uwaaaaa :'( Sayanggggg kamuuu semua ketat-ketat taw. Sahabat untuk selamanya, kau dan aku sahabat selama lamanya setia :D

Jeng jeng jeng. Ahad buat apa plak? Keje aku ni mmg asikk merayapp je. Tade nak buat keje langsung, teruk tol. Ahad tu hari ni la kan? Hewhewhew -.-

Pagi-pagi lg Sem da ajak p beli barang dapur. Okay, after deal kiteorg setuju nak beli kat OS. The only famous place in Segamat. Weeehuuuu. Masuk-masuk je dah nampak KAMDAR. Alamakkk, ade sale. Okay, niat aty masuk nak tgok2 jeww. Haaaa, baju sepasang RM11??WOW!! Tak dapat kat tempat lain ni. Hee. Mula mula tu nak usha2 je. Alamak tak boleh tahan laaa. Semua cantik2 ni. Hurms -.-

**mn mmg taleyy tahan. HAHA. Sampai 3 pasang aku angkut. Tp yg sepasang tu spesel kes la. Semeter RM18.90 tp tokeyyy tu bg RM16. Pe lg, saukkk r buat raya. Hiihihihii



Haaaa, comel dak? Banyak lg yg cantik2 kott. mmg rambang mata weyy. Siyeessss @___@
Yg kalerr coklat bunga besau besau tu laaa yg nak buat raya. Kain die mmg sedap, sejuk sangat. Berbaloii. Yg lg dua pasang, biru and merah tu laa yg harga sepasang RM11. Comel kan? Kain die pun okay beb, tak pecah! Buat2 basahan g kelas ke keje, mmg okay sgt. Peace ^^

Petang tu merepek amek gambar webcam ngn dak2 ni. Pecah perut ketawa. Hehe. Ni laa sem last kami bersama, so kami nak spend masa sebanyak yg mungkin untuk bersama-sama. Ofcoz Im gonna miss all this moments :'(

Malam lakk kite layan ABPBH laaa. Tapi malam ni tak syioookkk laa die punye program. Boringgg. And banyakk yg menyakitkan mata dengan gelagat dyowg. Tp JOZAN tetap awesome. My Zizan banyak menang tok anugerah yg online taw. Abes sume die sapu. Hameeekkkk kauuuu. Tapi tetap taleyy lawan kekasih hati saya yg menang ABPBH2012. Ehem ehem, abe Shaheizy Sam laaaa, sape lg. Hihi. Tak sia sia i sokong u sayang.. Opsss! terlebih plakkks. HAHA. Congrats Sam, u deserve it. And to be honest, i really love you from the start. Amaze!



This is the guy! Shaheizy sam. Mummy's son ;)

He is humble, funny, cute, handsome, talented, nice, good looking and bla bla bla. Sumenyee kat dia laa. Once again, CONGRATULATIONS!
#P/S - Jgn lupa bawa naik kete baru. Kehkehkeh

Awesome kan weekend aku? HAHA. Okay, bye.
Goodnight, xoxo :DD


Sunday 31 March 2013

T____T

Assalamualaikum :)


Sekadar perkongsian bersama. Ayat ini sangat memberi kekuatan dalam diri. harap ia memberi kekuatan dan semangat untuk awak awak jugak :) 

Monday 25 March 2013

Rindu Bertamu Dihati -.-

Assalamualaikum and Selamat Malam korgssss.

Dah nak masuk 2 bulan abang tinggalkan kami :( Hati aku ni tuhan je yg tau. Setiap kali aku tgok nama die, setiap kali aku tengok gambar die, hati aku rasa nak meraung sekuatnya. Ya, semua orang boleh tengok aku senyum, tak kan sesekali aku biar air mata mengalir, tapi pedih di hati? Ya Allah, seksa sangat :(
Aku rinduu abang sangat2. Aku rindu gelak tawa die, senda gurau die, rindu semuanya. 23 tahun aku hidup dengan die. Membesar bersama-sama. Dia laa tempat aku ngadu, tempat aku bergantung, sumenyee pada dia yg bergelar abang :(

Salah ke kalau rindu ni berlebihan? Aku cuma mampu berdoa agar segala urusannya di Alam sana dipermudahkan. Hanya yassin dan Fatihah yg jadi penghubung kami. Tiada lagi gurau senda, gelak tawa, marah memarahi, kacau sana sini. Semuanya tersemat dalam hati. He is the only one, forever. Tade sape yg mampu gantikan abang even anak angkat abah ade berpuluh-puluh sekali pun. Dia satu-satunya abang aku selama-lamanya. I miss you badly, I love you bro :'(



No matter what, u'll always in our heart! we love you so much. You're the only diamond and never be replaced. 

Al-Fatihah :'(

Monday 11 March 2013

Side Income :)

Assalamualaikum ebelibadi :)


Its quite a long time I leaved my blog. Errr, as my post before this, new semester already started. Ohhh, seriously, I have lots of things to do. Bayangkan, masa hari first masuk kampus, I already got too many assignments. Need to do this and this. Igtkan awal-awal ni nak bg laa rehat badan dulu kannn. Tadenyee. Betul la org kate, semester akhir mmg pasti banyak kejenyee. Sama macam masa Diploma dulu. Semester 6 adalah semester yg paling banyak big projects. Like it or not, I must say YES! 

I have no choice right? Wish me luck yeahhh! -.-'

emm, talking about assignments are too boring. Hehe. Even tengah busy2 ni, Alhamdulillah, aku sempat jugak untuk buat part time dari rumah. Menjana Income dari rumah. Sangat mudah. Aku baru je buat benda ni, belum sampai seminggu lagi. Tapi tu laaa, nk hadap laptop hari2 tu, tak la kan. Dengan assignments lagi. Tapi every time aku dapat masa terluang aku akan make sure yang aku buat benda ni. Mudah sgt weyy. Kawan aku yg kenalkan benda ni. At least ada la jugakk duit poket kannnn. Mana yg berminat tu boleh msg aku :) And another business is business topup. Before this aku da try banyak company yg offer business topup and aku rasa company yg skang aku masuk ni offer rates yg paling tggi untuk profit and yg paling peting, its fixed for all prices. Nak join? Mudah sgt. Ini sesuai sgt tok duit-duit kopi. Mana laaaa tau ujung-ujung bulan sesak kannn, ada jugak backup. Register murah sgt. Nak tau lebih lanjut msg je okay, I'll reply it! :)

Okay now aku letih sgt and need enough rest before day change. Later kita sambung okay! xoxo :)

Thursday 28 February 2013

Masuk Sem Baru ^^


Assalamualaikum w.b.t :D


Hai korgs korgs! Lame tak update ni meyh. Little bit busy. Semalam hari last aku keje. And hari ni free beb! :) Ngehehehe. Tapi dah nak kene balik segamat :( Benda tu mmg selalu berat je hati aku nak buat. Lisa ngn Aisyah ajak balik esok. Tapi rasa cam nak balik hari ahad. HAHA. Tumpang org kene la ikut hari dan waktu dieorang. So, mana-mana pun still kene lik Segamat kan? wuuuuu :(

Isnin ni dah start kelas. Maka mulalah kehidupan aku sebagai pelajar semula selepas hampir 2 bulan aku bercuti. Di harap sem baru ni, aku akan lebih semangat tok blaja. And dpt result yg lebih baik dari sem ni. First class honor for degree should be in my hand! jyeaahhhh :)

Walaupun aku tahu, dugaan sem baru ini pasti akan lebih hebat buat aku tanpa abang disisi. Aku kene belajar berdikari tanpa harap pada sesiapa. Jika dulu ada abang tempat aku bergantung. Sekarang? Belajarlah hidup diatas kaki sendiri. Aku pasti boleh.

Sepanjang cuti ni sempat la aku shopping dengan mak. Alaaa, cuma beli 2 helai tudung, kain labuh and kasut! Ngehehehe. Kemeja tak cari lagi ni. Adoyyy, susah betol jadi pmpuan ni. Macam-macam kan? Tak lame lagi dapat voucher buku. Hurms, mulalah aku dok pk nak beli novel ape. Hihi

Apa pun dugaan yg mendatang, aku pasti boleh hadapinya dengan adanya mak ngn abah :) Dengan adanye rakan-rakan seperjuang dan tak lupa pada BFF tersayang ! me love you so much! :)

Wish me luck korgs. Much love. xoxo

Thursday 21 February 2013

Chocolate Cheese Cake. Sedap? ;)

Assalamualaikum.Selamat Malam semua :)

Dinner dah sume? ngee. Mestilah dah kan, dah pukul 11 malam pun. Hehe. Okay ari ni aku nak share ngan korang resipi chocolate cheese cake. Sape penah makan mesti taw rase die kan? Lagi lagi kalau orang yg giler cheese. Terasa kelemakannye! ngehehehe

Actually ade sorang kawan yg request resipi ni. Ini tok HANG okay! :)

Oryte. First aku nak ajar buat base dulu. Untuk yg bawah. Ngee

Bahan-bahan yg korang perlukan Make sure kat umah ade timbang bahan-bahan ye!

  • 100gm Tepung Gandum
  • 50gm Serbuk Koko
  • 1 sudu kecil Baking Powder
  • 1 sudu kecil Soda Bikarbonat
  • 180gm butter
  • 180-200gm gula. yg biasa taw, bukan yg ising
  • 2 biji Telur
  • 1 sudu besar Aisin Vanila
  • 200ml Susu Cair. Aku guna Ideal.
Cara-caranya? Mudah je. Hehehe


Okay, first sekali korang campurkan dulu tepung, serbuk koko, baking powder and soda bikarbonat sekali. Gaulkan sampai sebati. Lepas tu, dengan menggunakan mixer, korang pukul mentega dengan gula sampai naik. Naik tak? Hehe. Agak-agak dah okay tu, korang masukkan telur. Pecahkan satu per satu ye. Dah? Okay, pukul lagi dalam seminit dua. Dah abes pukul belum? Kalau dah, masukkan pulak tepung and bahan-bahan lain yg korang dah mixed masa awal-awal tadi. Masukkan sikit-sikit. Pukul sampai sebati okay! Then, last sekali korang masukkan susu cair. Kali ni tak bolehlah guna mixer tu, kang habes percik air susu tu. Guna senduk kayu k? Hehehe -.-

Sekarang, bahan-bahan untuk buat yg cheese pulak. Woot woot 

  • 250gm Cream Cheese
  • 70gm gula yg dah di blend. caster sugar tuuu
  • 1 biji Telur
  • 1 sudu besar Aisin Vanila
  • 65gm Sour cream. Tade pun tak ape. ngee
Cara nak buat ni? Lagi la mudah. Hihihihi

Korang campur je sume bahan-bahan tu. Then gaul sebati. Tapi masuk satu-satu tau. Jgn hentam masuk semua sekali gus. Hehehe

Skang masa untuk membakar sampai terbakar. Hehehe
Korang guna oven ke guna pembakar kuih yg kat gas tu? Haaaa, p cek tgok.
Kalau yg guna oven, first korang kene masukkan and bakar yg coklat tadi. Suhu dalam 170C. Agak-agak da separuh masak, korang masukkan pulak yg cheese tu. Then bakar dalam 40 ke 45 minit. Suhu turunkan ke 150C.

Tu kalau guna oven. Bg yg tak biasa guna oven. Biasa guna yg bakar kat gas tu, lebih mudah kot. Cuma agak lambat nak dibandingkan kalau guna oven. Caranye sama je. Cuma masa and suhu tu, korang adjust2 la ye. Kene rajin cek. Hee

Kalau korang tak nak cheese tu ade kat atas setepek, korang nak die bercampur-campur, korang boleh letak cheese tu masuk dalam coklat tu lepas 20 minit. Hasilnye berbeza taw! :)

Atas tu, terpulang la korang nak letak chocolate chip kee, chocolate rice ke. Ikut kreativiti and cita rase masing-masing okay?

Tadaaaaaaa!
Terasa cam nak buat esok la! Hee~


Done, Selamat Mencuba! ^____^

Sunday 17 February 2013

Sedikit Rasa Gembira

Assalamualaikum :)

Seminggu sudah arwah abang tinggalkan kami semua. Kami redha dengan segala yg Allah dah tentukan. Aku yakin dan pasti ada hikmah disetiap apa yg berlaku. Sebab Allah itu maha Adil, maha mengetahui. DIA tahu apa yg terbaik untuk hambanya. Ada orang lain diduga lebih hebat dari dugaan yg kami terima. Apa yg pasti, setiap yg jadi, membuat aku jadi lebih kuat dan matang. Menyedarkan aku siapa kawan, siapa sahabat dan siapa teman. Aku redha... Jika ini yg terbaik buat kami, aku redha seredhanya. Aku cuba menjadi kuat sekuatnya di depan semua orang. Hati aku biarlah hanya Allah yg tahu.

15 Februari ari tu, result keluar. Ya Allah, aku berterima kasih padaMu atas rezeki yg KAU berikan. Aku mmg tak expect langsung dgn result yg aku dapat. Alhamdulillah sgt sgt. Orang pertama yg aku bgtahu mestilah emak. Emak terus peluk aku. Ya Allah, aku terharu sgt sbb aku dapat buat emak senyum disaat hati emak dan abah sedang berduka. Ini hadiah untuk emak dan abah. First class honor for degree? InsyaAllah. I will make it for you, mom and dad! :)


Betul lah kata orang, disebalik awan yg mendung, Allah bagi pelangi yg indah. Tapi jujur aku sangat rindukan abang. Aku masih trase di awang-awangan. Tapi aku kene redha. Aku kene terima. Ku tahu ku adaMu Allah. Semoga aku kuat untuk emak, abah dan kak Ila :) InsyaAllah.

So, itu je yg aku nak share setakat ni. Selamat malam semua! xoxo :*

Tuesday 12 February 2013

Moga Kau Tenang Disana :(


Assalamualaikum sahabatku semua. 

11 FEBRUARY 2013 telah mengubah kehidupan kami sekeluarga....

Seminggu sebelum kejadian (Hari terakhir aku jumpa abang)

Minggu tu abg dengan kak ila, keje shift malam. Balik pagi tu, dia tunggu aku kat tempat keje untuk amek moto. Dia isikan minyak moto full. Tengahari tu dia amek aku balik tok makan kat uma. Lepas tu, aku tak jumpe dia, sbb aku balik malam, dia dah pegi keje. And kebetulan minggu tu dah masuk turn umah kak Ila plak. Itu laa terakhir kalinye aku berjumpa dengan abg aku :(

Hari Kejadian. (Jam 10 pagi)

Hari tu abg dgn kak ila masih bercuti (CNY). Kebetulan minggu tu, mereka keje shift pagi. Jadinye, turn duduk kat rumah kak ila. Pagi tu, abah hantar aku pegi keje macam biasa. Tapi malam sebelum malam kejadian, sebelum aku tydo, aku tiba-tiba teringat satu ayat dari kawan sekolah aku. "Setiap pertemuan ada perpisahan. Kalau tak hari ini, pasti dipisahkan dgn kematian". Malam tu aku seakan-akan memberitahu pada diri sendiri agar sentiasa bersedia dengan kematian. Lebih kurang jam 10 pagi, waktu tu aku tengah serve customer. Tiba-tiba aku nampak kelibat mak dengan abah dtg arah aku dengan tangisan. Aku tengok abah sangat kelam kabut and aku melihat air mata mak mengalir laju. Aku bingung, perasaan jadi tak menentu. Aku siapkan keje aku secepat mungkin. Lepas siap, aku terus pergi ke arah mak. And smpai ke hari ini, ayat tu masih terngiang-ngiang dalam kepala aku. "Abang dah tak ada!"
Masa tu air mata aku terus mengalir laju tanpa aku pedulikan orang sekeliling. Dunia aku jadi gelap. Aku seakan tak percaya dengan apa yg aku dengar. Kami terus bergegas pulang kerumah, menunggu kepulangan jenazah yg akan dibawa dari Serkat.

(Jam 1.00 tengahari)

Rumah semakin ramai. Kami masih menunggu van jenazah yg masih belum sampai. Air mata aku tak berhenti mengalir. Aku betul-betul trase sesak nafas. Lebih kurang pukul 1.20, van jenazah sampai. Aku melihat sekujur tubuh yg kaku dibaringkan. Aku macam tak percaya apa yg aku nampak. Aku tak sedar yg aku telah meraung. Aku tengok kak ila menangis tersedu-sedu. Aku nampak kelibat akak yg baru sampai. Aku terus peluk akak, dan air mata kami tak mampu nak dibendung. Kami berempat memang sangat rapat. Aku tengok mak masih menangis, tapi masih mampu tersenyum melayan ragam manusia sekeliling.Tabahnya ibuku!

Selepas jenazah siap dimandikan, dikapankan semua, kami dibenarkan untuk mencium jenazah buat kali terakhir. Aku menggigil, Aku tengok wajah abang senyum, tak berubah langsung, sama seperti dia tidur. Aku mencium berkali-kali, seakan tak nak melepaskan. Aku dengar suara yg suruh aku bertenang. Masa abah cium jenazah abang, abah rebah. Aku terus peluk abah. Ini kali ke3 aku melihat abah menangis teruk selepas arwah Uncle and atok. Tapi pemergian abang seakan memberi impak yg sgt besar buat kami.

(Jam 3 ptg)

Jenazah dikebumikan, Aku mengiringi jenazah dengan kak ila dengan menaiki van. Mereka yg lain sendiri. Sampai je ditanah perkuburan, hujan turun rintik-rintik dan semakin lebat. Hujan yg turun terasa sayu seperti turut berasa kesedihannya.Tiada guruh, tiada kilat, hanya kesayuan. Mengiringi pemergian abang buat selamanya :(

(Hari Kedua)

Kami masih terasa kehilangan. Suara abg masih terngiang. Tade lagi yg akan ganggu tidurku, tade lagi yg akan jadi teman aku bergaduh. Dia satu-satunya abg yg aku ada. Aku lemah sangat. Aku seakan tak percaya. Tapi aku kene redha. Allah lebih sayangkan abang :(
Petang tu masa kak ila tengah angkat jemuran, dia bgtahu kat akak and mak, ada bau wangi. Bau setanggi. Tapi bila mak dengan akak dtg cium kain-kain tu tade bau pun. Kata mak, mungkin arwah abang dtg temankan kak ila. Sbb selalunya, tiap-tiap petang mmg abang akan temankan kak ila kat belakang buat keje. Sayunya hati,

Cerita Kak Ila.

"Malam tu, abg okay sangat. Tak ada tanda-tanda yg pelik. Cuma sehari sebelum kejadian, petang tu, kteorang ada pusing-pusing naik moto. Abg sempat pesan, jaga baby baik-baik. Jangan buat keje berat-berat. Pagi tu, abg mmg pelik. Bangun je tak penah2 dia bukak tingkap, dia bukak tingkap. Dia tengok luar. Lepas tu dia pergi toilet. Balik dari toilet tu, akak panggil dia, dia buat tak tahu je. Lepastu dia baring balik. Banyak kali akak panggil, dia buat tak tahu je. Lepas tu, akak tengok dia tak sedarkan diri. Akak terus bawa dia g klinik and doktor sahkan dia memang tak boleh nak diselamatkan."

Cerita Abah.

"Pagi tu abah anta adik pergi keje mcm biasa. Lepas tu abah lepak minum kat kedai Arsad. Baru nak minum, Ila call kate Eddy dah tak ade. Astaghfirullah. Terlepas cawan kat tangan, tumpah semua, pecah. Kawan-kawan kat kedai semua tenangkan abah. Abah terus cepat-cepat balik rumah nak bgtahu emak."

Cerita Emak.

"Pagi-pagi tu dapat call kate Ajim pengsan, mak dah tak sedap hati. Mak pun buat sembahyang hajat. Banyak kali telefon bunyi, mak tak angkat. Lepas tu mak call balik nombor Kak Ila, tapi Doktor yg agkat. Die kate anak makcik dah tak ade. SubhanaAllah. menjerit terus. Terus call akak, amek adik keje. Lepas tu baru dapat call kak ija."

Cerita Saudara-Mara.

"Tak sangka Ajim pegi dulu. Budaknye baik. Diam aje. Pergi ni pun tade susahkan sape-sape. Senang sangat. Mudah-mudahan dia tenang kat alam sana. Allahuakbar."

Ye, abang memang seorang yg pendiam dengan orang yg dia tak rapat. Tapi dia seorang yg sangat periang and manja dengan kami semua. Dengan adik-beradik, dengan mak. Perginya abang dalam hidup kami, peritnya hanya Allah S.W.T yg tahu. Aku betul-betul lemah. Tapi aku tahu, sesedih sedih aku, sedih lagi mak dan kak ila. Abg sempat tinggalkan zuriat dalam perut kak ila. Itulah satu-satuye harta yg paling bernilai. Dia tinggalkan kasihnye untuk kami. Ya Allah. Kata orang, 44 hari sebelum kita meninggal, kita dah nampak bayang Malaikat. Bila dikira 44 hari dari abang meninggal ialah dari tarikh sehari selepas abg diijabkabulkan dengan kak ila. Mungkin sebab tu die seboleh-boleh nak kahwin awal. Tercapai jugak hajat dia nak kahwin dengan kak ila.

Eddy Azimad Bin Md Amin,  abangku.. Kau permata AZIMAD kami buat selamanya :(

Ya Allah, ya Tuhanku. Kau terangilah "rumah" abangku. Tempatkan laa dia dikalangan orang-orang yg beriman. Aku berdoa padamu ya Allah, semoga arwah abang tenang disisiMU..Dan aku berdoa padaMu ya Allah, kau berikanlah kekuatan pada kakak iparku, pada kedua ibu bapaku, pada adik-beradikku dan juga pada diriku. Semoga kami tabah hadapi ujianMu ya Allah. Kami tau Kau menyayangi kami kerna itu Kau menguji. Terima Kasih Allah. Al-Fatihah.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...