Tuesday, 12 January 2016

Menyimpan di Unit Trust satu kemestian

Assalamualaikum :)
Hai korang, sihat?
Okay hari ni aku nak share lagi tentang Unit Trust. Kalau perasan, sebelum sebelum ni pun ada post-post aku yang cerita pasal UT ni. Cuma tak berapa jelas. So hari ni aku nak highlight point point penting untuk menabung dalam UT ni.
Pada pendapat aku la kan, UT ni bukan je da jadi trend tapi menabung di UT ni adalah satu kemestian untuk perancangan masa depan kita. Okay pada sesipa yang masih belum jelas apa itu UT, boleh refer dekat link yang aku share ni:
  1. Link 1 
  2. Link 2
Atau pun cara lain korang boleh je google search, just type Unit Trust / Unit Trust Malaysia, beribu articles yang cerita tentang UT ni.
Okay da search da? Good! So aku assume korang da dapat pencerahan serba sedikit apa itu UT. Basic thing yang kene set dalam minda, this is MID-LONG TERM saving. So, jgn fikir menyimpan untuk keluarkan. Kalau korang simpan tapi plan nak kuarkan, aku sarankan untuk korang tidak sama sekali menyimpan di UT. And nak bagitahu, ini bukan skim cepat kaya atau pelaburan yang boleh dapat untung sekelip mata. As per mentioned, ini MID-LONG TERM saving. Jadiiii, untuk nampak hasil dalam menyimpan, mestilah take time at least 5 years. Sebab tu dikatakan ianya penting untuk masa depan :)
And now, aku nak tanya pulak, penah dengar CWA? Tak pernah? And korang sangat rugiiii :p
CWA atau Cimb Wealth Adisor adalah Perunding Kewangan untuk mereka yang berminat untuk menyimpan dan mengembangkan kewangan sedia ada.
CWA bernaung di bawah CIMB Bank (CIMB Principal Asset Management). Okay now kita proceed dengan apa yang aku nak highlight. Actually di bawah CIMB, ada banyak sgt fund yg korang boleh pilih. But I will focus ONLY on Islamic saving :) Ada 3 cara untuk menyimpan dalam unit trust (Will go through one by one):
  • Lump Sum
  • Monthly Saving
  • KWSP Acc 1
 Lump Sum
Dekat sini unit holder boleh membuat simpanan secara perap. Maksudnya bukak Acc and biar je duit dalam tu beranak pinak. Tanpa usik apa-apa. Kat CWA, tiada kontrak. Duit tu duit korang. Bila-bila masa pun korang boleh bawa keluar duit tu. Tapi perlu diingatkan sekali lagi. Ini adalah MID TO LONG TERM saving. Jadi anda dinasihatkan untuk tidak bawa keluar duit sehingga tempoh matang untuk melihat hasil yg lebih produktif :)
Monthly Saving
Monthly saving is simpan duit tiap-tiap bulan. Ini bukan loan seperti ASB. Ini adalah simpanan. Min untuk menyimpan adalah RM200/month. Tapi ini ikut korang jugak. Benda ni bukan komitmen. Korang simpan korang untung, korang tak simpan, aku pun tak rugi :p Hehe
KWSP Acc 1
Benda ni mmg aku akan highlight dekat setiap Client yg aku jumpa. Sebab apa? Sebab ini yang menentukan kehidupan korang selepas bersara. Tetapiii, untuk menggunakan Akaun 1 KWSP untuk menyimpan di Unit Trust, korang semua kene kira kelayakan dulu berdasarkan simpanan asas yg ditetapkan oleh KWSP sendiri. Korang semua boleh refer kat SINI 
Aku bagi contoh untuk lebih jelas:
Cara mengira kelayakkan:
(Total Akaun 1 KWSP - Kadar Simpanan Asas) x 20%
Contohnya, jika total akaun 1 KWSP RM100k dan seorang individu berumur 35 tahun:
(RM100k - RM46k) x 20% = RM10,800 layak melabur (min mesti RM1k untuk layak)
Fokus aku adalah untuk membantu sesiapa di luar sana yang memelukan khidmat nasihat tentang cara menyimpan yang lebih efektif juga membantu merancang kewangan persaraan korang semua dgn lebih baik :)
Orang yang menyimpan di UT ni selalunya akan fikir tentang dividen, dividen & dividen sahaja. Tetapi istimewanya di CWA, kita bukan hanya memberi Dividen tetapi beri juga Capital Appreciation. Haaa apa tu? Yang tu kalau nak tau, kita kene jumpa. Aku cerita A to Z :D
Apa yang boleh aku bgthau, Average return di CWA adalah 10-15%. Average ye, bukan accurate. Tapi tak perlu risau, kalau korang semua memang bersungguh nak menabung, aku sedia membantu. Free Consultant! :)
So pada sesiapa yang berminat nak buat saving kat UT boleh contact aku :) Dont worry tiada paksaan. Ini semua atas kehendak korang sendri. Kita jumpa, kita bincang, korang decide :D

Ikhlas,
Fara Firhana Md Amin
Cimb Wealth Advisor
CIMB Principal Asset Management
013 276 0463
farafirhana@yahoo.com



Thursday, 10 December 2015

Ativiti Hujung Minggu - Potluc Picnic :)

Assalamualaikum ;)
Hai Korang! *Lelambai*
Apa aktiviti hujung minggu ni? Tengok wayang? Karaoke? Window Shopping? Errr boring lah! :p
Korang tak boring ke asik buat benda sama every weekend? Why not try something else. Hewhew
Okay sebenarnya entry ni bertujuan nak share one of activity yang korang boleh lakukan di kala hujung minggu. Maybe boleh buat dengan kawan-kawan, family atau pun dgn yg tersayang! :)
Penah dengar potluck picnic? Confirm penah punya! Aktiviti ni agak menjadi trend jugak skang ni. Sambil santai-santai borak-borak, kita boleh makan dengan senang hati! Hati senang perut pun kenyang. Haaa kan best tu. Haha
Okay, potluck picnic ni actually aku buat last month. See, sebab busy yg melampau lampau, aku tak sempat nak share ngan korang. Nak tau kiteowg buat kat mana? Kiteowang buat dekat Tasik Empangan Putrajaya jee. Plan asal nak buat kat Damansara, tapi sebab fikir mesti crowded, so we decided buat dekat area Putrajaya je. Actually banyak je tempat mcm Taman Botani, Wetland..Tapi kiteowg pilih Tasik Empangan sebab stu tak ramai sangat manusia. So banyak ruang untuk kami :)
Duduk bawah pokok, bentang canvas, sambil menikmati makanan yang lazat-lazat. Ini lah masa untuk kita berborak, lepak-lepak, santai. Siap boleh main macam-macam games lagi. Mmg have fun!
Nak tau apa je menu kiteowg? Check it out!
  • Kak Ain - Brownies Chocolate (Chewy sangat, sedaaaapppppp)
  • Ilya - Macaroni Cheese Baked & Pelbagai Perisa Dadih
  • Eqa - Ayam Goreng Drummet & Sayur Campur
  • Ain - Nasi Putih & Ayam Masak Lemak Cili Api *Hot & Spicy*
  • Faiz - Burger Daging Special
  • Aku - Roti Telur Cheese & Sandwich
Masing masing tunjuk skill. Memang heaven dapat makan banyak banyak time ni. Jimat pun jimat plus sgt happening! Lepas siap makan semua kiteowg g tgok movie Spectre dekat Alamanda :)
Spectre? Hmmm 3 out of 5 kot. Cerita dia tak macam James Bond yg sebelum sebelum ni. A bit slow. But okay laa untuk aku yg memang pengikut James Bond. Untuk dieorg pulak sgt bosan katanya. Hahaha
Okay kalau masih blur jugak korang boleh just google! Macam macam keluar. Ada yg siap deko dengan belon, alas yg cantik cantik. Tapi apa yg penting untuk aktiviti mcm ni is Makanan yg sedap sedap and dapat santai sama sama.
Selamat Behujung Minggu! :)

Wednesday, 9 December 2015

Surprise Birthday Party :)

Assalamualaikum! :D
Hai korang, entry kali ni aku nak share macam mana nak plan suprise birthday party untuk yang tersayang!
Actually da lama giler nak buat entry ni tapi asik bertangguh je. So, here we go!
2hb ari tu bufday MR. Nerdy and ofcoz aku buat surprise untuk die. Tu yang nak share dgn korang semua :)
Okay, first sekali, korang kene tau orang yang diraikan tu jenis mcm mana. Suka surprise ke tak, suka ramai ramai org ke tak. Ini penting! Sbb kita naik raikan dia and semestinya kita nak buat dia rasa happy. Tak nak la nanti dia tak selesa dgn apa yg kita buat. Sia-sia usaha kita. Hehe
Macam MR. Nerdy, dia ni mmg sgt pemalu. Dia suka surprise tapi tak suka ramai ramai org. So hari tu masa celebrate bufday dia cuma ada aku, dia and sorang kawan baik aku. Enough! Lebih dari cukup. Tapi kalau org yang korang nak raikan tu mmg jenis tak kisah, happy go lucky, lagi suka something yg meriah, ini lagi senang sebenarnya! Hehe
Tadaaaa! Aku malas nak masuk gambar banyak banyak. So, combined jadi satu je. Hehe. Okay, untuk bufday MR. Nerdy ni, aku celebrate dekat Mixwell Garage Bangi. Lokasi betul betul belakang stesen keretapi UKM. Dekat sini semua western. Tapi makanan dieorg mmg superb! Harga pun berbaloi. Nampak tak, gamba yang ada tulisan Happy Birthday? Yang tu, owner kedai bagi. As a gift sebab pilih kedai dieorang untuk celebrate bufday yang tersayang :)
First, aku booking tempat. Korang kene cari tempat yang sesuai dgn org yang nak diraikan. Macam Mixwell Garage ni, kedai dia ada bilik bilik. So aku booked 1 bilik. Privacy sikit. Sesuai dgn sifat dia yg pemalu and tak suke terdedah dgn ramai org :)
Bilik tu aku deko sendiri. Part ni korang mmg kena creative abes! Thats why aku ajak kawan baik aku. Sebab dia banyak sumbang idea jugak. Haha -..- Takde deko apa sgt pun. Kat bawah ni list barang-barang yang aku beli (Make sure before beli da plan nak buat tema kaler ape sume) Tema aku Purple Hitam :)

  • Kain Satin Purple and Hitam 2 meter tiap satu (Untuk buat alas meja)
  • Lilin Hiasan 2 box. (1 Box ada dalam 10-15) Tgok pada jenis
  • Ballon Helium 6 (3 Purple, 3 Hitam) *Aku pilih plain sbb nak nampak simple
  • Kelopak bunga (Petals) *Purple jugak sbb nak ikut tema :p
Haaa tu je. Tak sampai 5 barang pun kan? Jimat pun jimat but still look grand! Kek tu aku tempah dengan kawan aku. Brownies layer Cheese. Sumpah sedap! Kalau korang nak try boleh usha IG dia, NZ Fingers :)
Aku terpaksa tipu MR Nerdy masa ni sebab nak lambatkan masa. Nasib baik dia tak marah. Masa dtg tu terkejut gak la dia. Hihi
Mmg sgt puas hati! Korang nak idea lain? Ada banyak je. Kalau nak lagi simple, boleh je search mana mana restaurant yang mmg ade buat service untuk birthday. Selalu ada pakej jugak. Haaa yang tu dieorg da siapkan deko. Tinggal bayar je. Hehe
Kalau korang reti buat kek, better korang buatkan kek sendiri. Lagi spesel! Kalau untuk pasangan yg dah kawin, boleh la masakkan untuk husband / wife and paling penting deko bilik cantik2! Beli je petals warna merah, then tabur kat katil. Beli belon helium banyak banyak letak gamba korang!
Ish kalau nak cerita pasal surprise ni, mcm mcm idea jaat ada dalam kepala. Haha. Okay untuk korang yang nak tanya pendapat / idea untuk buat birthday party, boleh email farafirhana@yahoo.com. In shaa Allah aku cuba tolong :) Free of Charge je. Janji korang happy! Hiks
Akhir kata, Happy Birthday Once Again MR Nerdy! Korang doakan yang terbaik untuk kami ye? Much Love :*

Sunday, 4 October 2015

Dove Nutritive Solutions

Assalamualaikum =)
Hai korangs. Busy ke? Haaa hari ni aku nak ucap thank you dekat Nuffnang sebab tempek iklan Dove kat blog ni. Rasanya mmg dah lama gila tak dapat iklan tau. Sampai merajuk da dgn Nuffnang ni. Kahkahkah
Okay, sbg tanda penghargaan, ni nak share sikit dengan korang pasal DOVE! Sape pengguna Dove sini? Yeyyy kita geng! Sbb aku juga pengguna Shampoo Dove :) Kadang kadang la. Haha. Sebab aku ni jenis tak suka stick pada satu shampoo. Selalunya aku akan tukar-tukar. Dove is one of it la. Sebab bau dia mmg wangi! Rambut pun jadi lembut. Gituuu. Tapi kena dengan conditioner sekali la. Kalau pakai shampoo je maybe tak lembut sgt :p

Okay pada yg tak tau, Dove adalah personal care brand di bawah company Unilever. Unilever ni company besar based dekat UK. Dulu aku pernah buat assignment pasal Unilever. Tapi semestinya, hanya cebisan je yg aku ingat. Hahaha. Kalau korang nak tau, Dove bukan hanya keluarkan produk penjagaan untuk wanita sahaja, tetapi ada jugak untuk lelaki.
Mana nak dapat produk Dove? Kat pasaraya banyak! Hehe. Selalu aku beli dekat Watson or Guardian. Tapi aku prefer Watson. Hihi. And kalau korang perasan sebenarnya ada sesetengah mall yg jual dengan harga yg lebih mahal berbanding Watson. That's why la aku selalu beli kat Watson.



credit to Google Image
Okay sebagai penutup, aku letak sikit gamba products Dove untuk korang. Till we meet again! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...