Thursday 10 December 2015

Ativiti Hujung Minggu - Potluc Picnic :)

Assalamualaikum ;)
Hai Korang! *Lelambai*
Apa aktiviti hujung minggu ni? Tengok wayang? Karaoke? Window Shopping? Errr boring lah! :p
Korang tak boring ke asik buat benda sama every weekend? Why not try something else. Hewhew
Okay sebenarnya entry ni bertujuan nak share one of activity yang korang boleh lakukan di kala hujung minggu. Maybe boleh buat dengan kawan-kawan, family atau pun dgn yg tersayang! :)
Penah dengar potluck picnic? Confirm penah punya! Aktiviti ni agak menjadi trend jugak skang ni. Sambil santai-santai borak-borak, kita boleh makan dengan senang hati! Hati senang perut pun kenyang. Haaa kan best tu. Haha
Okay, potluck picnic ni actually aku buat last month. See, sebab busy yg melampau lampau, aku tak sempat nak share ngan korang. Nak tau kiteowg buat kat mana? Kiteowang buat dekat Tasik Empangan Putrajaya jee. Plan asal nak buat kat Damansara, tapi sebab fikir mesti crowded, so we decided buat dekat area Putrajaya je. Actually banyak je tempat mcm Taman Botani, Wetland..Tapi kiteowg pilih Tasik Empangan sebab stu tak ramai sangat manusia. So banyak ruang untuk kami :)
Duduk bawah pokok, bentang canvas, sambil menikmati makanan yang lazat-lazat. Ini lah masa untuk kita berborak, lepak-lepak, santai. Siap boleh main macam-macam games lagi. Mmg have fun!
Nak tau apa je menu kiteowg? Check it out!
  • Kak Ain - Brownies Chocolate (Chewy sangat, sedaaaapppppp)
  • Ilya - Macaroni Cheese Baked & Pelbagai Perisa Dadih
  • Eqa - Ayam Goreng Drummet & Sayur Campur
  • Ain - Nasi Putih & Ayam Masak Lemak Cili Api *Hot & Spicy*
  • Faiz - Burger Daging Special
  • Aku - Roti Telur Cheese & Sandwich
Masing masing tunjuk skill. Memang heaven dapat makan banyak banyak time ni. Jimat pun jimat plus sgt happening! Lepas siap makan semua kiteowg g tgok movie Spectre dekat Alamanda :)
Spectre? Hmmm 3 out of 5 kot. Cerita dia tak macam James Bond yg sebelum sebelum ni. A bit slow. But okay laa untuk aku yg memang pengikut James Bond. Untuk dieorg pulak sgt bosan katanya. Hahaha
Okay kalau masih blur jugak korang boleh just google! Macam macam keluar. Ada yg siap deko dengan belon, alas yg cantik cantik. Tapi apa yg penting untuk aktiviti mcm ni is Makanan yg sedap sedap and dapat santai sama sama.
Selamat Behujung Minggu! :)

Wednesday 9 December 2015

Surprise Birthday Party :)

Assalamualaikum! :D
Hai korang, entry kali ni aku nak share macam mana nak plan suprise birthday party untuk yang tersayang!
Actually da lama giler nak buat entry ni tapi asik bertangguh je. So, here we go!
2hb ari tu bufday MR. Nerdy and ofcoz aku buat surprise untuk die. Tu yang nak share dgn korang semua :)
Okay, first sekali, korang kene tau orang yang diraikan tu jenis mcm mana. Suka surprise ke tak, suka ramai ramai org ke tak. Ini penting! Sbb kita naik raikan dia and semestinya kita nak buat dia rasa happy. Tak nak la nanti dia tak selesa dgn apa yg kita buat. Sia-sia usaha kita. Hehe
Macam MR. Nerdy, dia ni mmg sgt pemalu. Dia suka surprise tapi tak suka ramai ramai org. So hari tu masa celebrate bufday dia cuma ada aku, dia and sorang kawan baik aku. Enough! Lebih dari cukup. Tapi kalau org yang korang nak raikan tu mmg jenis tak kisah, happy go lucky, lagi suka something yg meriah, ini lagi senang sebenarnya! Hehe
Tadaaaa! Aku malas nak masuk gambar banyak banyak. So, combined jadi satu je. Hehe. Okay, untuk bufday MR. Nerdy ni, aku celebrate dekat Mixwell Garage Bangi. Lokasi betul betul belakang stesen keretapi UKM. Dekat sini semua western. Tapi makanan dieorg mmg superb! Harga pun berbaloi. Nampak tak, gamba yang ada tulisan Happy Birthday? Yang tu, owner kedai bagi. As a gift sebab pilih kedai dieorang untuk celebrate bufday yang tersayang :)
First, aku booking tempat. Korang kene cari tempat yang sesuai dgn org yang nak diraikan. Macam Mixwell Garage ni, kedai dia ada bilik bilik. So aku booked 1 bilik. Privacy sikit. Sesuai dgn sifat dia yg pemalu and tak suke terdedah dgn ramai org :)
Bilik tu aku deko sendiri. Part ni korang mmg kena creative abes! Thats why aku ajak kawan baik aku. Sebab dia banyak sumbang idea jugak. Haha -..- Takde deko apa sgt pun. Kat bawah ni list barang-barang yang aku beli (Make sure before beli da plan nak buat tema kaler ape sume) Tema aku Purple Hitam :)

  • Kain Satin Purple and Hitam 2 meter tiap satu (Untuk buat alas meja)
  • Lilin Hiasan 2 box. (1 Box ada dalam 10-15) Tgok pada jenis
  • Ballon Helium 6 (3 Purple, 3 Hitam) *Aku pilih plain sbb nak nampak simple
  • Kelopak bunga (Petals) *Purple jugak sbb nak ikut tema :p
Haaa tu je. Tak sampai 5 barang pun kan? Jimat pun jimat but still look grand! Kek tu aku tempah dengan kawan aku. Brownies layer Cheese. Sumpah sedap! Kalau korang nak try boleh usha IG dia, NZ Fingers :)
Aku terpaksa tipu MR Nerdy masa ni sebab nak lambatkan masa. Nasib baik dia tak marah. Masa dtg tu terkejut gak la dia. Hihi
Mmg sgt puas hati! Korang nak idea lain? Ada banyak je. Kalau nak lagi simple, boleh je search mana mana restaurant yang mmg ade buat service untuk birthday. Selalu ada pakej jugak. Haaa yang tu dieorg da siapkan deko. Tinggal bayar je. Hehe
Kalau korang reti buat kek, better korang buatkan kek sendiri. Lagi spesel! Kalau untuk pasangan yg dah kawin, boleh la masakkan untuk husband / wife and paling penting deko bilik cantik2! Beli je petals warna merah, then tabur kat katil. Beli belon helium banyak banyak letak gamba korang!
Ish kalau nak cerita pasal surprise ni, mcm mcm idea jaat ada dalam kepala. Haha. Okay untuk korang yang nak tanya pendapat / idea untuk buat birthday party, boleh email farafirhana@yahoo.com. In shaa Allah aku cuba tolong :) Free of Charge je. Janji korang happy! Hiks
Akhir kata, Happy Birthday Once Again MR Nerdy! Korang doakan yang terbaik untuk kami ye? Much Love :*

Sunday 4 October 2015

Dove Nutritive Solutions

Assalamualaikum =)
Hai korangs. Busy ke? Haaa hari ni aku nak ucap thank you dekat Nuffnang sebab tempek iklan Dove kat blog ni. Rasanya mmg dah lama gila tak dapat iklan tau. Sampai merajuk da dgn Nuffnang ni. Kahkahkah
Okay, sbg tanda penghargaan, ni nak share sikit dengan korang pasal DOVE! Sape pengguna Dove sini? Yeyyy kita geng! Sbb aku juga pengguna Shampoo Dove :) Kadang kadang la. Haha. Sebab aku ni jenis tak suka stick pada satu shampoo. Selalunya aku akan tukar-tukar. Dove is one of it la. Sebab bau dia mmg wangi! Rambut pun jadi lembut. Gituuu. Tapi kena dengan conditioner sekali la. Kalau pakai shampoo je maybe tak lembut sgt :p

Okay pada yg tak tau, Dove adalah personal care brand di bawah company Unilever. Unilever ni company besar based dekat UK. Dulu aku pernah buat assignment pasal Unilever. Tapi semestinya, hanya cebisan je yg aku ingat. Hahaha. Kalau korang nak tau, Dove bukan hanya keluarkan produk penjagaan untuk wanita sahaja, tetapi ada jugak untuk lelaki.
Mana nak dapat produk Dove? Kat pasaraya banyak! Hehe. Selalu aku beli dekat Watson or Guardian. Tapi aku prefer Watson. Hihi. And kalau korang perasan sebenarnya ada sesetengah mall yg jual dengan harga yg lebih mahal berbanding Watson. That's why la aku selalu beli kat Watson.



credit to Google Image
Okay sebagai penutup, aku letak sikit gamba products Dove untuk korang. Till we meet again! :)

Monday 7 September 2015

Tips Menabung Untuk Yg nak berkahwin - Kahwin Bajet :)

Assalamualaikum Dear Readers :)
Lately ni ramai naww yg WA aku Tanya pasal 1WHP. Okay kat sini aku nak jelaskan yg aku dah TAK join 1WHP :) Nak tau details boleh whatsapp personally 0132760463. Sebab entry ni aku buat khas untuk mereka-mereka yg bercita-cita nak menabung dengan gigih. Especially gadis gadis or jejaka jejaka kat luar sne yg nak berkahwin! ^_^
Aku akan bg 10 tips menyimpan duit yg korang boleh try :)

Credit to Google Image
1. Committed
Okay benda ni sgt sgt la penting. Korang cakap je nak simpan duit la ape la..Tapi kalau tak committed mcm mana nak start? Benda ni mmg kena tanam dalam dalam sedalamnya dalam hati korang. Hehe :p So, untuk terbitkan perasaan tu kat dalam hati, aku suggest korang simpan duit sebulan at least RM50. Takpe, mula mula RM50. Nanti bila korang da okay korang sendiri yg akan rasa nak simpan lebih. Depends :) Tapi make sure semua komitmen like sewa kereta, rumah, etc dah settle tau. Kalau tak nayaa kene kejar dengan bank. Heeeee
2. Simpan dekat ASB / TH
Kenapa TH / ASB? Sebab kat sini korang kalau nak withdraw, kene g Bank sebab takde ATM Card. So ini akan menyebabkan korang kene berlari waktu lunch hour pergi bank pastu nak cari parking, bla bla bla. Bila mengenangkan semua tu, automatik korang tak jadi keluaran duit dalam tu. Haaaaa, kan da selamat duit korang tu! Hehe. Tapi untuk bukak akaun ASB/TH pun korang kene g bank jugak kan? *For those yg takde la* Okay kalau untuk mereka yg tak ada akaun and malas nak g bukak ASB/TH, aku sugggest korang buat satu akaun khas untuk SAVING. Kad ATM korang sorok la mana mana. Yg pntg jgn ada depan mata :) Ada lagi 1 suggestion! Heeee~ Untuk yg plan nak kawin dalam tempoh lebih dari 5 tahun lagi, aku suggest orang simpan di Unit Trust (Selain ASB). Sebab apa? Sebab Unit Trust is one of financial platform yg stable. Plus nak bukak akaun tak payah susah susah pegi bank. Consultant Unit Trust akan tolong korang :) Ada banyak Unit Trust kat Malaysia. Yg paling femes CWA and Public Mutual. So kalau korang berminat nak simpan kat Unit Trust boleh contact aku. Haha *sempat promote* Aku tak nak bgtau aku Unit Trust mana. Kalau nak tau WA personally okay? :)
3. Menabung
Menabung ni bukan setakat boleh menyimpan tapi satu amalan yg mulia jugak. Tapi masih ramai yg liat sgt nak menabung. Aku sarankan korang beli satu tabung yg mmg tak boleh bukak. Which is kalau nak duit dlm tu korang kena pecahkan. Mesti syg kan? Pastu confirm tak jd pecahkan. Selamat duit duit dalam tu. Wajibkan diri untuk simpan syiling! Tak kira la walau 5sen, jumpa syiling je masuk tabung. Tapi syiling korang tau, jgn pulak syiling org lain korg masuk dlm tabung korang. Satu hal nk mencari kat padang masyar :) Satu tips menabung yg berkesan yg aku da buat is simpan duit RM5! Kalau korg mampu boleh buat untuk RM20 jugak :) Sebab duit ni kita jarang jumpa. So bila jumpa tu jgn guna. Korg simpan dalam tabung. Anggap je la sedekah untuk diri sendiri. Hehe
4. Tabung Couple
Hihi, ini adalah salah satu teknik menabung jugak. Aku pun tau dari internet. Cuma tak igt. But sgt menarik kot. Okay sekarang korg ajak pasangan korang untuk menabung sekali. Sebulan ada 31 / 30 hari kan? Cara menabung ialah simpan duit ikut tarikh. 1hb simpan RM1, 2hb simpan RM2 dan seterusnya. Siapa simpan tarikh ganjil dan genap? Itu korang bincang la ngn partner korg. Maybe korang boleh main satu game and siapa kalah kena simpan tarikh genap. Hihi. Selain seronok dapat jugak hasil kan? Sebulan korang boleh simpan dlm RM465. Kalau tak salah la. Malas pulak nak amek kalkulator kira. Korang kira la. Haha. Tapi kan aku suggest korang buat terbalik supaya tak rasa sgt. Means, 1hb simpan RM31, 2hb simpan RM30. Lagi okay kan? So hujung bulan takde la terasa sgt nak simpan banyak banyak.
5. Ikat Perut & Tahan Nafsu
Ini adalah fasa yang paling PENTING dalam membuat saving. Korg kene ikat segala apa yg boleh ikat. Ikat perut tu takde la kejam sampai tak makan. Kang pengsan, aku pulak dipersalahkan. Ikat perut means makan benda yg jimat. Kalau boleh masak kat uma. Super duper jimat! Tak rety masak? Goreng telur makan ngn kicap pun sedap. Janji kenyang, jimat pulak tu. Hihiks
Tahan nafsu dari membeli benda-benda yg tak penting! Jgn kerap sgt dating. Yela dating mesti nak mkn sedap sedap la, tengok wayang la. Kan? Apa kata korang tahan diri dulu. Duit nak dating tu simpan. Esok da kawin, korang dating la hari hari ye? Takde sape halang :)
6. Beli Barang Sikit Sikit
Bertunang? Depends la kalau korang mampu and mmg adat dr family. Kalau aku, aku suggest tak payah tunang. Buat sekali jalan majlis korg, Jimat banyak sgt! Kos nak tunang sekarang ni pun mau dekat RM5k. RM5k tu da boleh lepas duit bridal korang tau. Tambah sikit lagi da boleh dpt pelamin, baju and mekap yg grand grand gituuu. Beli barang perkahwinan korang sikit sikit, Ini sgt membantu sebab korang tak perasan sgt duit keluar. Instead beli brg sekali gus, banyaknyaa belanja :0
Gaji bulan ni, korang beli la bunga telur, bulan depan bayar duit bridal pulak, lepas tu beli gift pulak. Aku pun dah start buat mcm ni. Alhamdulillah, dah makin banyak barang. Hihi
7. DIY barang barang kahwin
Haaaa part ni pun aku dah start buat. Takpe kalau korang tak tetap tarikh lagi ke lambat lagi nak kahwin ke. Tak salah pun buat awal. By the time nanti senang semua dah ada. Jimat masa jimat duit. Habis tenaga jela. Hehe. Korang mesti nak majlis yg iut trend kan? Nak ada props, guestbook semua. Benda benda tu semua better buat sendiri. Lagi puas hati. Kalau beli ni takut ada yg tak kenann la pastu harga boleh tahan meletop letop. Kalau nak tau Kad Kahwin pun aku design sendri. Hihi. Guna adobe photoshop. Alaaa jgn risau kalau tak reti photoshop, photoscape ada, Tak reti jugak? Guna word / publisher / paint pun boleh. Google je images yg korang nak. Yg penting kena rajin. Nanti kalau rajin aku buat tutorial untuk korang k? :)
8. Financial Supplement
Selain menabung je korang rajin rajin la buat side income. Online business ke, buat dua kerja ke. Seriously buat dua keje aku penah, Online business pulak mmg tgh buat sekarang. Plus aku part time jadi Consultant Unit Trust. Alhamdulillah, yg penting niat. Ramai yg kata mesti aku kaya senang bla bla bla. Kalau aku kaya senang, aku tak buat semua ni. Baik duduk uma goyang kaki. Hehe. Untuk yg takde modal nak buat business tapi mmg berniat, korang boleh start as Dropshipper dulu. Ramai je online seller yg nak khidmat korg. Termasuk aku! Haha. Kalau nak jadi dropship handbag pun boleh WA aku personally. Walaupun untung tak banyak untuk 1 barang, tapi percayalah kalau korang rajin, korang boleh dapat income yg masyuk. Yg penting usaha! :)
9. Jaga Hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan Parents.
Ini adalah tunggak asas dlm kehidupan. Solat jangan tinggal. Biar busy mana, jaga hubungan kita dengan Allah. Sesungguhnya DIA yg beri rezeki pada kita :) Kalau rajin buat solat Dhuha. Banyak sgt manfaat buat Dhuha ni. Salah satunya, dijauhan dari kesempitan rezeki. Cam tu jugak hubungan dengan parents. Jgn kedekut. At least sebulan tu korg bg RM50 kat dieorg pun takpe. Apa la sgt dengan nilai dan pengorbanan mereka untuk besarkan kita kan? Besar ganjaran korg dapat. In shaa Allah ;)
10. Selalu Bersedekah
Nak kaya? Rajin la memberi. Igt selalu yg rezeki kita bukan hak mutlak kita sepenuhnya. Allah bg pinjaman je kat kita. Rezeki adalah untuk dikongsi. Rajin lah memberi, besar ganjaran. Tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima :) Last but not least, hiduplah dengan besederhana. Tawakkal dan serahkan semuanya pada Allah. In shaa Allah DIA maha pemurah dan mendengar :)
Yeyyy habis dah 10 tips ni. Harap dapat membantu korang semua. Yang single pun boleh try tips tips ni. Mana tau suka g travel kan? Yg barang sikit sikit tu boleh ganti dgn barang g travel instead barang kahwin. Tak gitu? Hehe...Selamat mencuba! =)





Tuesday 16 June 2015

Fenomena Unit Trust :)

Assalamualaikum =)


Allah.... Lamanya tak jengah blog ni.. Makin buruk je rasa :(

Okay, actually nak share something yang bermanfaat dekat korang semua..
Disebabkan ekonomi yg sekarang tak berapa stabil, of course kita kena amek langkah berjaga-jaga.
Bak kata pepatah melayu "Sediakan Payung Sebelum Hujan"

Rasanya semua orang pun nak kan perlindungan diri & secure income korang kan? Kadar inflasi sekarang agak tinggi. Apa bekap plan korang untuk masa akan dtg?

Haaaaaa.. Ni nak bagitau, rasanya fenomena Unit Trust bukan lagi satu benda baru dalam masyarakat kita. Secara dasarnya, Unit Trust adalah satu tempat yg mmg secure duit kita! In shaa Allah dijamin selamat =)

Tak nak ke simpan duit untuk bekap future korang? Kita tak tau kan apa yg akan jadi in future. Hanya mampu merancang, Allah penentu. Unit Trust bukan je secure tapi dapat menggandakan simpanan kita dalam satu tempoh yang agak singkat.

Berminat nak tau lagi lanjut pasal simpanan Unit Trust?
Boleh wassap / wechat / telegram 0132760463.

In shaa Allah aku cuba bantu yg terbaik. Yang pastinya ia adalah Shariah Compliance. Hehe :)

Jangan berlengah & bertindak sekarang! =)

Wednesday 1 April 2015

Pendapatan Sampingan

Assalamualaikum =)

Hi, ada sape2 kat sini yg nak tambah pendapatan secara sampingan? Sesiapa pun boleh. Lagi pun korang mesti familiar kan dengan nama dropship ni =)
Alhamdulillah ada rezeki lebih.. Rezeki kan untuk kita kongsi bersama. Tapi aku cari dropship untuk Handbag sahaja. In shaa Allah akan dtg rezeki lebih lagi, boleh ajak korg jual benda lain pulak. Satu satu pelan pelan kayuh.
Syarat simple je, yg penting korang rajin. Yg bestnya tak perlu simpan barang, tak perlu nak buat penghantaran, tak perlu jaga stock. Cuma perlu iklankan sahaja. Suma aku buat. Senang kan?
Berminat? Meh wassap 0132760463 (Fara).

Monday 12 January 2015

Movie Pilihan - TAKEN 3

Assalamualaikum :D

Sape kaki wayang? Sepp sikit!

Cerita yg ditunggu-tunggu da pun release!


Liam Neeson superb like always! Seriously Taken 3 mmg AWESOME!
I give 4.5 stars out of 5!

Give it your try and enjoy the movie! =)

WIFI POKET MODEM - I CHOOSE UMOBILE :)

Assalamualaikum! 
Hello readers :) Fuhhh fuhhh lama sgt tak update. Asik busy manjang. Haha. In shaa Allah lepas ni akan aktif balik berblog. Rindu kat nuffnang. Ehhhh :p
Okay btw hari ni nak share satu info dgn korang! 
Memandangkan zaman skrg ni semuanya di hujung jari je, internet menjadi satu keperluan! Bukan lagi kehendak ye syg. So, nak pilih data pun kene la pilih dengan bijak. Means kita layak untuk dapat apa yg kita bayar. 
Penah dengar modem wifi? Aku yakin and pasti korang semua tau pasal mende alah ni. Actually dulu aku da try macam2 telco as data kat hp. Tapi Umobile juga yg jadi pilihan. Sebelum ni aku guna data umobile kt hp je. Topap bila nak guna intenet. Renew bila rasa perlu. Pakej RM28/month untuk 1Gb. Siap dpt free call + msg lagi. Jimat kan?
Tapi disebabkan aku ada buat online business, aku akan guna banyak sgt data. Especially bila guna insta. Mmg cepat je data out. Hujung2 bulan slow je. Customer pun boleh lari cengginii. So aku pun survey la apa yg patut. Mmg before ni guna broadband, tapi budget lari la pulak. Mana nak bayar broadband lagi, data lagi. Haishh, tak boleh ni. Kita kene berjimat, tak lama lagi GST pulak. Tak kawen I kang, Haha
Disebabkan ke'loyal'an pada Umobile, aku pun dok survey la apa yg boleh diganti dengan data ni. And aku sgt tertarik dengan modem wifi. Boleh masuk poket bawa kehulu kehilir. Tak payah cucuk mana-mana. And paling best, plan yg die offer mmg aku suka! 
PLAN POSTPAID MODEM UMOBILE
Okay, korang boleh refer kat table plan umobile atas ni. Aku rasa okay la. Kene dengan bajet aku and data pun okay. Line mmg laju. Aku baru je guna sebulan, tapi Alhamdulillah setakat ni mmg puas ati. 
Apa makna 5GB+5GB, 7GB+14GB tu? Okay macam ni, untuk siang hari, kita akan dapat GB yg pertama. And setiap hari quota tu akan di renew. Contoh, aku amek plan yg MB88. Sebulan aku bayar RM88. Dalam sebulan tu setiap hari aku akan dapat 7GB. Hari-hari renew quota. Bukan 7GB untuk sebulan mcm data HP tau. And another 14GB aku dapat time peak hour.Peak hour adalah dari pukul 2 pagi - 8 pagi. Haaaaa masa ni la korang nak download video ke apa ke. Mmg laju! Plus yg ni pun quota dia renew hari-hari. Best kan?

MODEM POCKET WIFI
Sekarang ni Umobile tengah lanjutkan lagi offer yg die buat. Offer smpai bulan hujung bulan June ni. Korang ley usha kat website Umobile. Yg bestnya offer ni, korang just bayar RM150 (RM100 for registration & RM50 for deposit) and dapat FREE MODEM POCKET WIFI. Plus takde kontrak! Murah kot. Modem tu mmg 100% korang punya. Anytime nak terminate, boleh je. Takde penalty. Ada warranty 1 year. Modem tu kalau beli biasa cmtu je, market price da RM2++. Ni dapat free jeeee. Berbaloi sangat!

So untuk korang yg still mencari-cari plan internet yg murah and best, boleh usha umobile. Ade banyak je lagi Modem Wifi yg best, Ada YES, MAXIS....tapi aku pilih Umobile :)

It depends on individual opinion. Mungkin ada yg rasa telco lain lagi better. Ini cuma suggestion saje. Heee

Okay enough, till we meet again!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...