Monday 11 August 2014

Boikot

Assalamualaikum
Satu dunia sedia maklum tentang peperangan yang berlaku antara Israel dan Palestine. Kita di Malaysia turut berasa kesedihan, kesakitan yang dirasai saudara seislam kita di sana. Walhal mereka yang bukan Islam juga turut bersimpati dengan apa yang menimpa rakyat di bumi Gaza atas dasar peri kemanusiaan. Mana letaknya hati nurani seorang manusia? Kezaliman mereka semakin dilihat dunia. Semoga kita yang beragama Islam terus bersatu dan berdoa untuk kebaikan sesama Islam. Sesungguhnya, doa itu la senjata yang paling bermakna buat kita. Allahuakbar!!
Jumaat lepas adalah hari di mana seluruh rakyat Malaysia yang Islam dan juga bukan Islam, sama-sama memboikot MCD. Aku harap bukan hanya pada MCD semata-mata, bukan hanya pada kata-kata semata-mata, bukan hanya pada luaran sahaja dan yang paling penting, bukan hanya pada musim ni sahaja!

Sebelum nak boikot, kita kena faham apa itu boikot? Kenapa kita nak boikot? Jangan buat tanpa sebab. Jangan buat sebab ikut orang lain. Jangan buat sebab nak timbulkan kontroversi. Tapi lakukan la kerana hati yang ikhlas, tulus memang untuk berjuang demi Islam.
Definisi boikot itu sendiri pada aku ialah membuang terus dari fikiran kita. Jangan jadikan ianya pilihan langsung. Kita kene faham, tujuan asal kita memboikot adalah untuk menyekat sumber kewangan mereka yang disalurkan kepada 'Negara' Israel dan lantas menjadi sumber dan kekuatan untuk zionis terus menindas manusia yang tidak berdosa. 
Yang menjadi persoalan, mcm mana dengan mereka yang bekerja di syarikat yang menyalur sumber kewangan pada Israel? Mereka tidak bersalah! Mereka hanya mencari rezeki. Kita sendiri boleh fikir dengan akal yang diberi, hari ni berhenti esok boleh dapat kerja ke? Tak semudah itu kawan! Kita tak berada di situasi mereka. Isu meludah pekerja Starbucks adalah satu tindakan yang memalukan agama dan bangsa kita. Mana perginya nila murni seorang yang beragama Islam? Berfikirlah sebelum bertindak. 
Sama-sama lah kita terus istiqamah dan muhasabah diri dalam nak memboikot ni. Yang tak nak boikot tu takpe la, dok diam-diam. Tapi janganlah melemahkan semangat orang yg nak memboikot. Dan yang memboikot ni pula, boikot lah dengan cara yang betul bukan dengan menimbulkan kekecohan.
Renung-renungkan dan selamat beramal! =)

p/s : credit to google.com for those photos.

6 comments:

  1. Nasib baik Cik Mimie bukan pengemar McD. Hope kita semua istiqamah dalam memboikot barangan Israel!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually saya penggemar MCD tapi kene boikot jugak! Aamiin. Sme-sme lah kite ye ;)

      Delete
  2. Boikot bukan bermusim... setuju

    http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Salam Syawal fara firhana, bersama cekalkan hati memboikot selagi mampu dengan rasa kewarasan akal bukan emosi terlampau, #prayforIslam #prayforGaza

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...