Hello, hi, hoi and sewaktu dengannye! sape kat sini suka baca novel angkat kening *kekening* hehehe
Aku memang antu novel and plus aku suke mengarang novel. tetttt.. Nanti aku ada masa aku upload ye cerpen aku. Gaya cam best sgt je. Haha
Bagi mereka-mereka yg gila novel sama cam aku, ni haa aku nak suggest kat korang 2 novel yang pada aku mmg best la. Best sbb apa? Sebab......haaa kene laaa baca entry ni sampai habis :D
Novel pertama yang aku nak korang baca...jeng jeng jeng
Dush3, Projek Memikat Suami. Aku bet mesti ramai antara korang yg da khatam buku ni kan? Ntah2 dah 3, 4 kali. Ye tak? weeehuuu. Novel ni keluar tahun lepas kot. If im not mistaken laa. Tapi aku baru baca buku ni. ngehehe. Mula-mula aku baca novel ni aku tengok cam sama je ngan novel-novel lain sebabnya berkisahkan pasal kahwin paksa. Mesti la rasa cam, alahaii kahwin paksa lagi. Cam dah tade cerita lain je kan? Haaaa tapi novel ni lain. Even ia berkisahkan kahwin paksa, tapi cara penyampaiannya sangat berbeza. Kata orang novel ni agak 'keras'. Tetttt. Hahahaha. Bukan keras hantu tauu. Ngehehehe
Nawwal Husna seorang gadis kecil molek. Dia disuruh berkahwin dengan seorang lelaki yang sama sekali tidak dikenalinya. Dek kerana mahu membantu perniagaan ayahnya, dia menerima lamaran dari keluarga Zahrain Alimin. Zahrain Alimin seorang usahawan muda. Pertama kali mereka bersua muka Nawwal dah pun jatuh hati pada kekacakan Zahrain namun sikap Zahrain yg macam ketul ais membuatnya keliru dengan keputusannya. Diteruskan juga perkahwinan itu demi babah! Sejak hari pertama diijab qabulkan, Nawwal nekad mahu memikat suaminya supaya perkahwinan ini berjaya. Pelbagai usaha yg dilakukan. Memang menarik, kelakar, romantik. Segala rasa ada bila baca novel ni. Aksi-aksi seprti 'butter cream' dan 'now' sangat mencuit hati. Tau tak now tu ape? Haha. Nak tahu kenela baca okay!
Baru-baru ni dapat tahu yang novel ni akan didramakan! phewwittt *gaya Amy Search*. Tak sabar nak tengoknyaa. Ngehehe. Dikhabarkan pelakon yg akan membawa watak hero dan heroin cerita ni ialah si hero malaya Aaron Aziz and si cantik manis Emma Maembong. Nak tau menjadi ke tak lakonan dyowg, kenelaa tunggguuuuu.....
Korang rasa okay tak? ;)
Sama-samalah kita tunggu kemunculan dieorang ye. :)
Haaaa, novel kedua tu nak tau tak? Novel ini......
Haaa sape penah baca cepat buat gaya alaaa-alaaa anak Tomok yg comel tuhhh. Hahaha comel je korang ni :) Ni laa novelnye, Awek Buku dan Cornflakes Madu!
Nak tau kenapa aku kata novel ni best? Sebab kan korang da boring dengan cerita kahwin paksa.. Haaa kita baca yang ni. Tak ada pun berkisahkan kahwin paksa. Romantik plus sedih ye. Ngehehehe
Penulis menceritakan tentang seorang remaja perempuan yang baya-baya aku ni dilamun cinta dengan seorang jejaka. Kelalaian Zaireen menjaga sebuah bukunya menemukan dia dengan si Arjuna yang lantas menggelarnya sebagai Awek buku. Arjuna atau nama sebenarnya Zaffrul seorang lelaki yang sangat pemalu dalam meluahkan isi hatinya. Tetapi gerak tubuhnya sudah cukup membuktikan cintanya pada seorang gadis. Percintaan yang ingin diakhiri dengan ijab dan qabul hancur berkecai apabila Zaffrul terlibat dalam satu kemalangan yang telah meragut nyawanya. Zaireen kecewa bertahun lamanya lantas membiarkan hatinya tertutup. Kehadiran Ruzaizi si jejaka Cornflakes madu mirip sekali tingkahnya dengan Zaffrul telah mencuri hati Zaireen dalam diam. Namun dek kerana cinta pada Zaffrul, dia mengabaikan rasa hatinya. Siapa Ruzaizi? Apa hubungannya dengan Zaffrul? Sejauh mana Zaireen mampu menahan rasa hatinya?
Haaa tertanya-tanya kan? Nak tau baca laa. Confirm puas hati. Tapi permulaan cerita dia agak boring kot.. Tapi still menarik. Novel ni pun sebenarnya dah lama. Tapi tak kira nak share jugak. Ehehehe ;p
p/s - ari tu aku abeskan voucher beli novel tapi dikebas sumenye oleh abg ipau aku. Ish3. Sedih. Sobs sobs
No comments:
Post a Comment