Wednesday 28 August 2013

PABLO AIMAR main untuk JDT?

Assalamualaikum! =)

Haaaa sape yg minat bola for sure kenal kan sape Pablo Aimar tu? International footballer pulak. Kalau kata minat bola tapi tak kenal, parah tu parah.


credit to Google Image

Haaa pada sapa yg tak kenal Pablo Aimar, ini lah orangnyee ketika muda. Macho kan? Haaa ni baru kat luar, kalau tengok die beraksi dalam padang lagii umppphhh! 

Bekas pemain Argentina ini dikatakan akan bermain untuk pasukan Johor Darul Takzim pada season depan (2014) sebagai pemain tengah (midfielder). Berita ini pastinya menggembirakan peminat bola sepak terutamanya penyokong-penyokong JDT sendiri. (sayalah tu) hihihi. Thanks TMJ! Ramai yang tertanya-tanya kenapa Pablo Aimar memilih untuk bermain dengan JDT sedangkan beliau ada mendapat tawaran yang lebih lumayan dari Dubai dan Brazil.

Beliau hanya tersenyum ketika soalan ini diajukan kepadanya. Katanya lagi, keputusan untuk bermain bersama JDT adalah kerana sebelum ini beliau pernah tiba di Johor dan beliau sangat sukakan suasana kehidupan di Johor dan merasakan tempat itu sesuai untuk beliau serta keluarganya. Untuk pemain professional seperti beliau, wang ringgit bukanlah segala-galanya. Ditambah lagi, beliau juga memilih untuk bermain bersama pasukan Johor kerana penyokong Johor sendiri. Tidak banyak pasukan didunia ini yang mempunyai penyokong seperti penyokong Johor dan ia merupakan satu penghormatan untuk beraksi dihadapan mereka.

credit to Google Image

Acece sape la yg edit pic ni mesti eksaited macam kite jugak! Hahaha. Tapi dengar-dengar Nunez dgn Safee Sali dah tak main lagi untuk JDT musim depan. (Sedih) Jasa korang tetap dikenang. Saya penyokong Johor tetap bersama Johor. Go JDT! Thanks TMJ =)



4 comments:

  1. Salam perkenalan.

    Pemain dari Argentina memang hebat kemahiran beliau. Kehadiran beliau dapat menajamkan bahagian serangan pada masa bahagian pertahana perlu dikukuhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Perkenalan. Harapnye mcm tu laa...Bergarap yg JDT boleh mng musim depan. Amin :)

      Delete
  2. Terbaik JDT makin mantap kini huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Berkat usaha TMJ and semangat dari penyokong jugak. hee =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...