Wednesday, 9 December 2015

Surprise Birthday Party :)

Assalamualaikum! :D
Hai korang, entry kali ni aku nak share macam mana nak plan suprise birthday party untuk yang tersayang!
Actually da lama giler nak buat entry ni tapi asik bertangguh je. So, here we go!
2hb ari tu bufday MR. Nerdy and ofcoz aku buat surprise untuk die. Tu yang nak share dgn korang semua :)
Okay, first sekali, korang kene tau orang yang diraikan tu jenis mcm mana. Suka surprise ke tak, suka ramai ramai org ke tak. Ini penting! Sbb kita naik raikan dia and semestinya kita nak buat dia rasa happy. Tak nak la nanti dia tak selesa dgn apa yg kita buat. Sia-sia usaha kita. Hehe
Macam MR. Nerdy, dia ni mmg sgt pemalu. Dia suka surprise tapi tak suka ramai ramai org. So hari tu masa celebrate bufday dia cuma ada aku, dia and sorang kawan baik aku. Enough! Lebih dari cukup. Tapi kalau org yang korang nak raikan tu mmg jenis tak kisah, happy go lucky, lagi suka something yg meriah, ini lagi senang sebenarnya! Hehe
Tadaaaa! Aku malas nak masuk gambar banyak banyak. So, combined jadi satu je. Hehe. Okay, untuk bufday MR. Nerdy ni, aku celebrate dekat Mixwell Garage Bangi. Lokasi betul betul belakang stesen keretapi UKM. Dekat sini semua western. Tapi makanan dieorg mmg superb! Harga pun berbaloi. Nampak tak, gamba yang ada tulisan Happy Birthday? Yang tu, owner kedai bagi. As a gift sebab pilih kedai dieorang untuk celebrate bufday yang tersayang :)
First, aku booking tempat. Korang kene cari tempat yang sesuai dgn org yang nak diraikan. Macam Mixwell Garage ni, kedai dia ada bilik bilik. So aku booked 1 bilik. Privacy sikit. Sesuai dgn sifat dia yg pemalu and tak suke terdedah dgn ramai org :)
Bilik tu aku deko sendiri. Part ni korang mmg kena creative abes! Thats why aku ajak kawan baik aku. Sebab dia banyak sumbang idea jugak. Haha -..- Takde deko apa sgt pun. Kat bawah ni list barang-barang yang aku beli (Make sure before beli da plan nak buat tema kaler ape sume) Tema aku Purple Hitam :)

  • Kain Satin Purple and Hitam 2 meter tiap satu (Untuk buat alas meja)
  • Lilin Hiasan 2 box. (1 Box ada dalam 10-15) Tgok pada jenis
  • Ballon Helium 6 (3 Purple, 3 Hitam) *Aku pilih plain sbb nak nampak simple
  • Kelopak bunga (Petals) *Purple jugak sbb nak ikut tema :p
Haaa tu je. Tak sampai 5 barang pun kan? Jimat pun jimat but still look grand! Kek tu aku tempah dengan kawan aku. Brownies layer Cheese. Sumpah sedap! Kalau korang nak try boleh usha IG dia, NZ Fingers :)
Aku terpaksa tipu MR Nerdy masa ni sebab nak lambatkan masa. Nasib baik dia tak marah. Masa dtg tu terkejut gak la dia. Hihi
Mmg sgt puas hati! Korang nak idea lain? Ada banyak je. Kalau nak lagi simple, boleh je search mana mana restaurant yang mmg ade buat service untuk birthday. Selalu ada pakej jugak. Haaa yang tu dieorg da siapkan deko. Tinggal bayar je. Hehe
Kalau korang reti buat kek, better korang buatkan kek sendiri. Lagi spesel! Kalau untuk pasangan yg dah kawin, boleh la masakkan untuk husband / wife and paling penting deko bilik cantik2! Beli je petals warna merah, then tabur kat katil. Beli belon helium banyak banyak letak gamba korang!
Ish kalau nak cerita pasal surprise ni, mcm mcm idea jaat ada dalam kepala. Haha. Okay untuk korang yang nak tanya pendapat / idea untuk buat birthday party, boleh email farafirhana@yahoo.com. In shaa Allah aku cuba tolong :) Free of Charge je. Janji korang happy! Hiks
Akhir kata, Happy Birthday Once Again MR Nerdy! Korang doakan yang terbaik untuk kami ye? Much Love :*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...