Wednesday, 16 July 2014

Interview Skim Latihan Tabung Haji

Assalamualaikum..
Morning Peeps! ;)
Semalam cuti, hari ni jadi bermalas-malasan je nak keje. Hewhew
Haaaa ni nak cte ni..sape kat sini yg pernah dengar tentang Skim Latihan yg dianjurkan Tabung Haji?
Sekarang ni Tabung Haji tengah buat open interview, khas untuk graduan yang masih belum mendapat kerja tetap atau yang masih mengganggur. Pada korang yang berkelulusan Ijazah and CGPA 2.5 above, boleh la try open interview ni. 
So, disebabkan aku pun belum dapat kerja tetap, aku nak la gak try interview ni. Kot-kot ada rezeki. Skim Latihan ni kita akan diberi latihan selama setahun dan elaun akan diberikan sebanyak RM1500 sebulan. Ok la kan? Dulu RM1000 je. Sekarang da naik RM500. Tak salah mencuba kan? Heee
Sape-sape yang pernah pergi interview Tabung Haji boleh tak share pengalaman korang? Ape je soalan yg ditanya. Dengar-dengar disuruh membaca Al-Quran. Agak-agak ada tanya pasal Haji semua tu tak? 
Kecut perut ni. Ni aku tengah membelek semula hukum-hukum tajwid. Yelaa, takut ada yang terlepas pandang, tersilap. 
Apa-apa pun harap berjaya la Interview esok ni. Wish me luck ya! 

9 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...