Friday, 18 July 2014

Mari bertukar ke ALTEL :)

Assalamualaikum =)
Haii semua. sihat? Haaa malas la nak cerita pasal interview. Tak semangat. Kalau ada rezeki, In shaa Allah. hehe
Korang tau tak ALTEL ni ape? Actually before ni aku pun tak pernah tau kewujudan ALTEL ni. Sebab tak famous langsung. Aku start kenal ALTEL ni bila dekat FB dok heboh yang cina sekat perniagaan orang melayu, camtu la, cam ni la. Kalau korang ada terbaca la kisah seorang hamba Allah ni. So, aku pun buat la research aku sendiri pasal ALTEL ni. Kenapa smpai berkait ke cina pulak ni. Bunyi berbau racist sangat.
So, basically rupanya ALTEL ni salah satu telco yang ada kat Malaysia ni selain Celcom, Maxis dan lain-lain. Tapi tak ramai yang tau. And d most important thing, ALTEL ni satu-satunya telco yang dtg dari company melayu. Owner die mmg semua org mesti kenal punye la. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Mesti kenal kan? Tak perlu la aku nak bercerita panjang tentang owner die. Hehe
Sedikit pengenalan tok yang masih blur lagi. Altel Communications Sdn Bhd (ALTEL) merupakan sebahagian daripada kumpulan Syarikat Al-Bukhary. Ianya dibawah anak syarikat Puncak Semangat Sdn Bhd. Altel telah menyelinap masuk dalam industri telekomunikasi dan diperuntukkan spektrum untuk membina sebuah rangkaian mudah alih dan ingin menjadi pembekal khidmat telekomunikasi utama yang menyediakan Long Term Evolution (LTE) (4G), bagi semua perkhidmatan yang berkaitan dengan pembekalan servis telekomunikasi, penyampaian strategik, teknologi telefon bimbit dengan kepantasan yang laju berdesup. Yang menariknya pasal ALTEL ni dia punya pelan data yang ditawarkan. Boleh dikatakan murah jugak la. 
Altel 4G LTE
PELAN DATA JALUR LEBAR ALTEL

Kalau pasal liputan tak perlu risau. Aku dah pun bertanya pada mereka-mereka yang dah guna telco Altel ni. Mmg memuaskan dan tak mengecewakan sebabnya buat masa ni Altel bekerjasama dengan Celcom untuk membangunkan infrastuktur 4G LTE. So, kat mana ada Celcom, kat situ ada Altel ;)
Kadar panggilan pulak, dia ni ada macam telco lain jugak. Daftar nombor teman-teman rapat kat sistem and dapat la kadar yang lagi murah. Cuma aku tak pasti ianya untuk berapa orang. Kadar dia, 8sen untuk call and 2 sen untuk sms. Nombor teman rapat yang boleh register tak limit pada Altel sahaja. Mana-mana yang guna celcom or Tunetalk pun boleh masuk dalam list. Best kan? Kalau kadar biasa, tak salah aku, 16 sen untuk call and 5 sen untuk sms. Ini untuk kesemua rangkaian.
Kat mana nak dapat sim Altel ni? Disini aku nak tegaskan, mmg ada segelintir bangsa lain yang tak nak jual sim Altel ni kat org melayu. Apa motif dia, itu aku tak tau. Tak nak la kupas lebih-lebih. Aku berani cakap sebab mmg aku pun dah terkena. TAPI...hanya segelintir sahaja. Tak semua macam tu. 
Semalam kan aku balik Johor interview, then after interview, membe aku ajak pergi angsana. Dia kata kat sana ada dealer Altel. Mmg aku semangat la. Sebab aku cari kat Selangor ni, mmg merata kata takde. Aku nak gak la tengok kat Johor ni mcm tu jugak ke. NO! Aku dapat jumpa sendiri dengan dealer tu. Kedai tu sendiri nama ALTEL. And yang serve aku pun bangsa Cina. Dia siap suggest kat aku nombor mana yang cun. See? Jangan kerana seorang manusia, kita blame semua bangsa dia. Kita kan satu Malaysia, kalau boleh buang la sikap Racist tu. Peace ^^
Tadaaaa, dah beli dah pun. RM7 je! :) Saya dah bertukar ke ALTEL. Anda bila lagi? :p

SUMBER:
http://ikhmals.blogspot.com/2014/02/prabayar-altel-4g-lte-semakin-mendapat.html
http://amanz.my/2013/07/laman-altel-dikemaskini/
http://amanz.my/2013/07/altel-ogos-2013/

14 comments:

  1. ade gak terbace psl kesah Altel ni.ok ke line die Fara ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stakat ni mmg okay..coverage die kuat :)

      Delete
  2. Akn tkr tp utk broadband dulu.. utk hp nnt dulu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay jugak tu...pastu update la line internet die okay ke tak...hehe ;)

      Delete
  3. wah ..menarik juga. kad dia ada tarikh luput x? misalnya kita topup, dlm masa seminggu krdt 2 blh expired? nk guna yg jngka masa lama. so x yah leceh2 topup setiap mggu utk aktif kn kdt blk. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sme cm telco lain...tp altel RM5 tok 5 ari...compare to maxis, RM5 tok 3 hari..hee :D

      Delete
  4. nak dptkan topup altel katner pulak? langganan internet sebulan brapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Topap boleh dpt kat Aeon big, 7e, shell, blh dr CIMB click and bnyak lagi. Internet ade start dari 500 MB RM15. Kalau 1GB RM28, kalau 2GB RM40 =)

      Delete
  5. Ayat last tu yang molek tu ;-) betui2..tapi abg aku ada share benda ni blah Kedah,Sungai Petani masih ada kedai yang xmau juai..So, senang ja kan, ramai lagi kedai yg juai kan, kita ada pilihan ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..betul la tu..tapi skang ni da sng nk dpt..da ramai yg nak jd dealer sbb tau banyak kedai tknk jual sim ni. hehe. Pilihan di tgn kita ;)

      Delete
  6. hi fara, jalan2 singgah sini. salam perkenalan :)
    jemput singgah blog saya SET BERPANTANG PALING HOT!

    ReplyDelete
  7. Assalam
    Selamat Hari Raya dari www.opzzpinky.my

    oh pernah dgr sim ni dkt fb, thanks shared :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, dan selamat Pagi. Salam singgah pagi di sini. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Datang dari Blog Mialiana.Com

    ReplyDelete
  9. klau aku toupup untuk sebulan,lepas dh habis sebulan dan aku x toupup lagi no.altel aku terus mati ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...