Friday 8 February 2013

BR1M yg ke2

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia :)

Actually aku tengah rehat and ini adalah cerita semalam. Tapi memandangkan aku ade sedikit masa lebih, so aku nak share ngan korg sikit. Hee :)



Mesti semua pun tau kan ape itu BR1M? BR1M ialah Bantuan Rakyat 1 Malaysia yg diperuntukkan oleh Perdana Menteri kita kepada golongan yg kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah. Especially untuk mereka yg tinggal di kawasan luar bandar. BR1M sudah dilaksanakan sebanyak dua kali. Sekali pada tahun lepas dan kali kedua adalah tahun ini.

Semalam, mereka yg namanya berada di dalam kelompok pertama kawasan Zon Benut telah menerima wang sebanyak RM500. Seawal jam 8 pagi, mereka telah menghadirkan diri ke dewan serbaguna untuk mendapatkan bantuan yg telah dihulurkan. Melihat pada nilai RM500, ada yg berpendapat ianya terlalu sedikit. Memandangkan kos perbelanjaan sara hidup sekarang sangat tinggi. Tapi pada mereka yg tinggal di kawasan luar bandar, RM500 terlalu bernilai pada mereka. Dengan wang sebanyak tu, mereka mampu untuk membeli semua kelengkapan yg diperlukan.

Gambar Sekadar Hiasan
Tak dinafikan, program BR1M ini telah mendapat sambutan yg luar biasa dari rakyat Malaysia. Ada yg bersetuju, ada pula yg membangkang. Tapi pada aku, usaha yg Perdana Menteri kita buat perlulah dihargai. Sekurang-kurangnya dia mencuba untuk memberi pelbagai kemudahan kepada kita rakyat Malaysia. Terima Kasih PM :) Kelompok kedua dijangka akan menerima bantuan pada 2 minggu lagi atau bulan hadapan. Jangan risau, insyaAllah semua akan dapat. 


Ape-ape pun semoga pemerintahan PM boleh kita terima selagi dia menjalankan tanggungjawabnye sebagai pemimpin. Cuma berharap semoga satu hari nanti, Malaysia dapat mengamalkan hukum hudud seperti yg Islam sarankan. InsyaAllah ^_^

4 comments:

  1. betul3... setuju dgn pndapat awk 2... sekurg2nya bantuan ini boleh meringankn sedikit beban buat golongan luar banda... :)

    ReplyDelete
  2. Kann. hehe. walaupun ade sesetengah pihak yg berfikir nilai tu kecik, tapi ianye sangatlah membantu :) hehe.

    ReplyDelete
  3. belum lagi kot.. nanti mesti dapat. kalau tak dpt gak, boleh buat rayuan. sabar ye? :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...